Sunday, 22 June 2014

Sinopsis Novel Mat Lembut Hero Hatiku Hasil Karya Fasya Sani


Firman Yusof seorang lelaki yang lembut dari gerak langkah dan tutur kata. Namun mulutnya berbisa. Shafirna merupakan gadis biasa yang mempunyai kesabaran tinggi. Tetapi apabila mereka bertemu, kesabaran Shafirna terus hilang. 

Firman dan Shafirna berkenalan sejak di bangku sekolah rendah. Di akhir darjah enam, perasaan benci menjadi sayang. Cinta yang berputik hanyalah cinta monyet. Mereka terpisah apabila menjejak kai ke sekolah menengah. Namun apabila mereka di tingkatan empat, sekali lagi di pertemukan. 

Ketika itu Shafirna mempunyai perasaan terhadap Arman, pelajar lelaki paling HOT di sekolah. Firman hanya menjadi sahabatnya.

Apabila tamat sekolah, Firman cuba menuntut kekasih lamanya semula walaupun dia sering diejek lembut. Pelbagai cara digunakan, walaupun kekecewaan yang perlu ditempuhi dahulu. Janji hati Shafirna menjadi miliknya.

Adakah Shafirna akan memilih Arman, jejaka macho atau Firman, mat lembut?

BAB TIGA BOYS OVER FLOWER



 “KAU CIUM DIA?!” Terbeliak mata Yuki dengan terkejutnya setelah mendengar cerita Makino Tsukushi.
Hampir tersembur daituku yang penuh dalam mulut Makino. Segera dia mendapatkan Yuki. Dia menoleh kiri dan kanan. Nasib baik tiada siapa yang mendengar.
“Kau cakaplah perlahan sedikit!” Marah Makino.
“Wah, hebatnya kau!” Usik Yuki.
“Apa yang hebatnya! Tak ada yang hebat langsung!” Bengang Makino.
“Kau cium musuh yang sentiasa bergaduh dengan kau. Habis Hanazawa Rui macam mana?” Tanya Yuki.
“Bencinya….”
“Laa..Kenapa pula? Macam mana perasaan orang lain yang pandang kamu berdua masa tu?”
“Ini semua kenyataan...” Tiba – tiba sahaja muncul Okami  di hadapan mereka. Dia memasang telinga terlebih dahulu.
“Kak Okami?” Serentak Yuki dan Makino. Sejak bila pula dia muncul disitu?
“Nampaknya, kau telah cium dengan orang yang paling kau benci di dalam dunia ini. Akak pasti kau akan trauma seumur hidup. Ciuman pertama kau telah dirampas oleh orang yang kau benci.” Perlahan – lahan Okami mendekati Makino. Semakin seram rasanya.
“Sudahlah tu akak Okami. Jangan takutkan dia.” Yuki cuba menghalang Okami daripada menakutkan Makino.
“Tambahan pula kau cium dihadapan orang yang kau suka dan cinta di dalam dunia ini.” Tambahnya lagi. Orang yang dimaksudkan oleh Okami itu ialah Hanazawa Rui.
Makino tertunduk. Muncung mulutnya. Ada kebenaran juga apa yang Okami katakan. Dia betul – betul telah mencalar hati Hanazawa Rui. Macam mana ni?
Okami menoleh kebelakang dan berlalu pergi dengan ketawa versi ahli sihir yang jahat. Dia memang seronok mengusik Makino Tsukushi.
“Kenapalah akak suka mengusik Makino?” Tegur Yuki.
“Bagaimana perasaan kamu setelah dapat ciuman pertama?” Okami sempat mengusik Makino lagi.

                                                ***********************************

“Ciuman pertama bukan cara aku untuk senang jatuh cinta pada dia.” Tengking Domyouji yang panas hati ditambah usikkan daripada Mimasaka Akira dan Nishikado Sojiroh.  Mereka menghabiskan masa di dalam bilik Domyouji dengan bermain mahjong.
“Tapi kau tak fikir ke, itulah ciuman pertama kau?” Tambah Nishikado yang sengaja mengusik.
“Sudahlah! Jangan nak merepek! Jangan bazirkan masa! Cepat main!” Marah Domyouji.
“Kau betul  - betul cium dia di khalayak ramaiii...” Sambung Mimasaka Akira.
Hati Domyouji mula berdegup kencang menahan kemarahan. Bagai api yang mahu menyambar di mulutnya. Dia bangkit sambil menolak mahjong yang dimain.
“Hoi, kau nak kata aku yang terhegeh - hegeh teringin nak ciuman dia ke?! Bodoh!” Balas Domyouji dengan menegking Mimasaka Akira.
Domyouji mengambil beberapa red dart dan dibaling tepat pada dartboard untuk melepaskan rasa geram.
“Itu bukan ciuman pertama aku!” Tambahnya lagi dengan rasa tidak puas hati.
“Setahu kami, itulah ciuman pertama kau.” Nishikado dan Mimasaka Akira melabuhkan punggung di atas sofa sambil memerhati Domouji.
“Kau silap! Kau tak tahu apa – apa pun tentang aku!”
“Kalau macam tu, bila kau dapat ciuman pertama?” Tanya Nishikado sengaja menguji Domyouji.
Domyouji teragak – agak untuk menjawab.
“Entah?? Emm.. Mungkin dua hari lepas.” Jawab Domyouji. Tanpa sengaja dia menyebut dua hari lepas iaitu parti yang diadakan dirumah Todou Shizuka.

                                                ***********************************

Bunyi kebingitan kenderaan memecah kesunyian malam. Makino berjalan pulang bersama Yuki dari tempat kerja. Dia dan Yuki berhenti seketika ditengah jejantas. Sambil melihat kesesakan lalu lintas, dia merenung pada sapu tangan yang diberi oleh Hanazawa Rui.
“Aku tak sanggup nak pergi ke laluan tangga kebakaran selepas ini.” Keluh Makino. Dia tak sanggup berhadapan dengan Hanazawa Rui.
“Tsukushi, aku fikir sudah tiba masanya kau kena terus terang dengan dia.” Kata Yuki.
“Apa?” Makino yang terkejut menoleh pandangan 90 darjah ke arah Yuki.
“Kau kena terus terang pada dia dengan cara begini. Sejak kejadian hari itu, saya benar – benar sukakan awak. Mata saya hanya dapat memandang awak sahaja.” Yuki cuba membantu Makino dengan eksperisi wajah.
“Tak mahulah! Lagipun dia sudah ada Shizuka.” Makino mengetap bibir.
“Habis kalau kau tak bagitahu dia, hati kau rasa okay? Kau sanggup melihat cinta dari jauh?” Tanya Yuki bertubi – tubi dengan rasa tidak puas hati.
“Ye,tapi…” Makino merenung pada sapu tangan Hanazawa Rui. Teringat pula kata – kata Rui pada malam itu.
“Awak sangat cantik.” Puji Hanazawa Rui dengan senyuman.
Terukir senyuman di bibir Makino. Bagai ada semangat kekuatan kembali kepada dirinya. Dia tidak akan lupa saat terindah itu.
“Dia kata pada aku, awak sangat cantik.”Beritahu Makino
“Apa?” Yuki kehairanan. Tidak tahu cerita apa yang Makino cuba katakan.
“Selepas aku tukar pakaian pada malam itu, dia memandang aku dan dia kata yang aku cantik.”
“Betul ke? Siapa? Hanazawa Rui ke? Putera kacak cakap cakap macam tu?” Terbeliak mata Yuki. Bertubi – tubi soalan yang keluar dari mulutnya dengan teruja.
Makino membalas dengan mengangguk kepala. Yuki teruja mendengar cerita Makino. Bagaikan cerita seorang puteri yang ditawan dua orang jejaka putera.
Dalam masa yang sama Domyouji, Nishikado dan Mimasaka Akira dalam perjalanan ke Pub dengan menaiki kereta panjang Limosin. Nishikado dan Mimasaka Akira menghabiskan masa dengan  bermain chess.
 Domyouji  yang masih panas hati melihat di luar jendela. Tiada pekara lain yang dibincangkan selain kejadian malam tempoh hari yang lalu.
“Aku tak akan maafkan Rui. Dia punca segala – galanya.” Marah Domyouji.
“Jangan cakap begitu. Kau maaf sajalah dia.” Pujuk Nishikado. Kalau difikirkan, masalah yang berlaku berpunca daripada Domyouji.
“Kalau dia minta maaf pada aku. Em, baru aku akan maafkan dia.” Balas Domyouji. Tak tergamak hatinya untuk marah berpanjangan walaupun di hati masih panas membara.
“Nampaknya kau kena bawa berbincanglah dengan Hanazawa Rui.”
“Tak perlu nak berbincang. Aku pun tak kesah kalau di ada di sini ataupun tidak.” Balas Domyouji sambil memaling wajah kearah lain.
Kereta mewah miliknya membelok ke kanan. Mimasaka Akira terkejut apabila ternampak Makino yang lalu di sisi jalan.
“Eh, itu Makino Tsukushi!” Kata Mimasaka Akira yang separuh terkejut.
Bagai ada sesuatu magnet pada diri Domyouji untuk Makino walaupun secara senyap.
“Kau tak nak berhenti kereta sekejap ke?” Usik Nishikado.
Domyouji yang tersedar segera berpura – pura memandang ke arah lain dengan perasaan berlagak.
“Buat apa nak berhenti kerata. Buang masa je!” Jawab Domyouji dengan ego.
“Checkmate! YES! ” Jerit gembira Mimasaka Akira yang telah kalahkan Nishikado dalam permainan Chess. Nishikado menarik muka tidak puas hati.
Dalam keasyikan kawannya berborak, Domyouji sekali lagi mencuri pandangan ke arah Makino. Dia melihat makino yang berjalan seorang diri dengan terukir senyuman manis dibibir. Semakin hanyut bayangan Makino jauh dibawa pergi. Dia memandang hadapan semula sambil memikirkan tentang Makino. Makino Tsukushi senyum?

                               ****************************
“Jangan nak mengelak! Awak kena berdamai dengan Tsukasa.” Pujuk Shizuka sambil berbicang diruang beranda bersama Hanazawa Rui.
“Sebenarnya, dia yang tak ambil peduli.” Balas Hanazawa Rui sambil menghirup secawan kopi.
“Sebab itulah kamu…” Belum sempat Shizuka menghabiskan kata – kata, Hanazawa Rui mencelah.
“Saya marah dia sebab dia biadap bila bercakap dengan awak. Saya memang tak akan maafkan dia!” Sambung Hanazawa Rui dengan tegas.
“Tapi… Apabila Tsukasa tercium Tsukushi, kenapa kamu betul – betul marah pada Tsukasa?” Shizuka bertanya dengan serius. Dia merenung tepat ke mata Hanazawa Rui.
“Apa?” Balas Hanazawa Rui dengan ketawa sinis.
“Saya tahu kamu minat pada dia. Tsukushi mempunyai semangat kekuatan dan dari matanya terpancar kejujuran. ” Luah Shizuka dengan lembut agar Hanazawa Rui faham.
“Jadikan dia orang yang penting dalam hidup kamu. Sekarang awak akan dapat bina kehidupan tanpa keraguan.” Tambahnya lagi. Dia tidak mahu Hanazawa Rui terlalu mengharapkan cinta darinya.
Hujan lebat mula membasahi tanah. Hanazawa Rui merenung ke bawah dengan perasaan sedih. Air mata mula ligat bermain dikelopak mata. Shizuka, kenapa awak tak pernah pandang perasaan saya walaupun sesaat?
“Pekara ini tidak akan berlaku.” Kata Hanazawa Rui dengan perlahan.
“Apa?” Tanya Shizuka semula yang tidak jelas mendengar kata dari Hanazawa Rui.
“Awak tahu tentang perasaan saya bukan? Awak cuma nak main perasaan saya dengan kata – kata awak bukan?” Kata Hanazawa Rui dengan lemah.
“Rui…”Panggil Shizuka dengan lembut.
Hanazawa Rui terus bangun. Dia cuba menahan sebak di dalam hati. Dia merenung ke mata Shizuka.
“Awak tak tahu, apa maksud hidup tanpa keraguan?” Kata Hanazawa Rui. Setelah dia amati raut wajah Shizuka, dia mengambil  jaketnya dan terus berlalu pergi. Walaupun hujan turun lebat, biarlah air yang turun dari langit malam menemani tangisannya.
“Rui.. Rui… “ Kejar Shizuka dari belakang.
Makino Tsukushi yang berlari merendah hujan, berhenti seketika menumpang teduh di sebuah kedai kopi.
“Alamak, basah teruk.” Keluh Makino yang basah kuyup. Tersentak dia setelah mendengar suara orang yang dikenalinya dari jauh.
“Rui! Rui! Rui…. Nanti dulu!” Jerit Shizuka.
“Awak tahu tak! Saya akan pulang ke Perancis tak lama lagi.” Jelas Shizuka.
Hanazawa Rui berhenti melangkah. Dia langsung tidak memaling ke wajah Shizuka dan hanya mendengar. 
“Untuk masa depan, kamu jangan harapkan saya lagi untuk kekuatan awak. Sebab itu, saya sudah buat keputusan untuk mulakan hidup di Perancis. Saya perlu capai cita – cita saya sebagai seorang peguam antarabangsa.” Jelas Shizuka.
Hanazawa Rui dengan perlahan menoleh ke belakang dan merenung ke mata Shizuka. Dia akan tinggalkan aku?
“Saya tak akan mewarisi Toudou Company lagi. Saya bukan anak kepada Toudou Financial Group, cuma manusia biasa. Sebab itu saya nak mulakan hidup baru di Perancis.” Tambahnya lagi yang cuba menahan sebak di dada.
Makino yang sembunyi di sebalik diding memandang ke mata Hanazawa Rui. Jelas di matanya sedang menangis di dalam hujan.

                                                ***********************************

“Baiklah, seterusnya cuba kamu teka apakah maksud Senzai Ichiguu.” Kebiasaan Mama pasti bermain peribahasa Jepun semasa makan.
“Senzai Ichiguu? Saya tahu! Senzai Ichiguu bermaksud satu cup serbuk pencuci baju.” Teka  Susumu dengan penuh yakin.
“Salah!” Balas Mama.
“Habis, apa jawapan yang betul mama?” Tanya semula Susumu.
“Maksudnya, apabila pertemuaan pertama tidak memilihnya maka dia berpeluang untuk mendapat mencari yang lain. Contohnya, lelaki itu benar – benar cintakan seorang gadis tapi gadis itu tak mahu padanya. Gadis itu pula minta putus. Maka dia ada peluang lain.” Terang Mama.
Makino yang menguyah makanan turut mendengar penjelasan mama.Tersentak hatinya. Aik, kenapa peribahasa hari ini agak menyentuh hati? Rasanya ada kaitan apa yang berlaku pada hari ini. Makanan di tekak pun rasa susah rasa nak ditelan. Hilang terus selera makan.
“Oh,begitu. Baru saya faham.” Angguk Susumu.
“Saya sudah habis makan.” Kata Makino Tsukushi  sambil membawa pinggan nasi ke singki.
Mereka semua kehairanan. Sejak bila pula Makino Tsukushi makan sedikit.
“Eh, Hari ini kamu ada pelanggan ramai ke?” Tanya Ayah meneka yang Tsukushi akan  letih berkerja.
“Tak. Saya rasa sesak dada.” Balas Makino Tsukushi  yang tak bermaya. Sebenarnya itu cuma alasan sahaja. Dia mahu bersendirian di dalam bilik.
“Saya sudah habis makan.” Kata Susumu pula.
“Susumu, kenapa kamu pun tak mahu makan?” Ayah bertambah kehairanan apabila melihat makanan Susumu yang belum disentuh.
“Saya rasa sesak di buah dada saya.” Ejek Susumu dengan ketawa.
Makino yang malas melayan ejekkan Susumu, terus masuk ke dalam bilik. Ekor mata mama mengiringi langkah Makino Tsukushi.
“Pandailah kamu! Nanti bila kamu besar, Ayah tak meragui lagi nak masukkan kamu ke sekolah yang terpilih.” Balas Papa yang ketawa sambil mencuit pinggang Susumu.
“Betul ke ayah?” Tanya Susumu semula.
“Saya rasa dia dalam dilema cinta.” Mengadu mama dengan perlahan.
“Eh?” Papa kehairanan.
“Sejak anak kita balik dari parti sekolahnya, dia berperangai begini.” Tambah mama lagi.
“Maksud mama, kakak mungkin bercinta dengan salah seorang anak orang kaya?” Tanya Susumu dengan teruja. Selain Makino Tsukushi, hanya anak orang kaya sahaja yang bersekolahan di Sekolah Tinggi Eitoku.
Mama menekup mulut kerana terkejut dengan kata – kata susumu. Ada juga kebenarannya.
“Mungkin dia risau tentang status dirinya?” Kata Papa pula.
“Serius ni kalau dia betul – betul cintakan salah seorang dari mereka.” Mama kian rancak berbual tentang hal ini.
“Jadinya cerita cinta kakak boleh dijadikan contoh sebagai Senzai Ichiguu.” Teruja Susumu.
“Bercinta dengan orang kaya!” Kata mereka serentak.

                                ***********************************
Makino Tsukushi merebahkan tubuhnya diatas katil. Dia merenung sapu tangan Hanazawa Rui yang dipegang.
“Betulke aku Senzai Ichiguu. Aku ada peluang untuk dapatkan dia?” Soal seorang diri.
Senyuman terukir dibibir. Bagaikan panahan cinta melekat dihatinya. Dia terus bangun dan masuk ke dalam bilik air. Sedikit demi sedikit dia menuang air ke dalam sebuah besen kecil dan memasukan sedikit serbuk pencuci. Perlahan –lahan dia mengosok sapu tangan itu.
Setelap siap mencuci, dia masuk ke dalam bilik semula. Kali ini, dia mengosok perlahan dengan sterika yang separuh panas. Bersungguh –sungguh dia menjaga sapu tangan milik Hanazawa Rui dengan sepenuh hati sepenuh jiwa.

                                ***********************************

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Makino Tsukushi segera berlari ke laluan tangga kebakaran. Niat hatinya ingin memulangkan semula sapu tangan itu pada Hanazawa Rui.
Makino menuruni anak tangga yang selalu Hanazawa Rui duduk berehat. Langkahnya terhenti. Bayangan Hanazawa Rui tiada? Kemanakah dia? Makino menghela nafas. Dia kembali ke kafe.
Tiada apa yang Makino lakukan melainkan memandang sapu tangan Hanazawa Rui. Dia mengeluh panjang lagi.
Tiba – tiba sahaja ramai pelajar lain berdiri di sekelilingnya. Kehairanan Makino. Kali ini apa yang mereka mahukan lagi?
“Nampaknya Sanjou Sakurako sudah tak datang sekolah tapi kau masih berani datang ke sekolah.” Kata Asai Yuriko yang mulakan dahulu.
“Yeah..” Balas serentak pelajar lain.
“Rasanya dia akan berhenti sekolah.” Sambung Asai Yuriko.
“Eh?” Terkejut Makino Tsukushi. Sanjou Sakurako berhenti sekolah? Tak mungkin! Ini semua salah dirinya.
“Ini semua salah kau! Itupun kau masih berani datang ke sekolah?” Tambahnya lagi.
Makino yang terkejut terus berlari keluar dari sekolah. Dia sengaja ponteng kelas semata – mata untuk pujuk Sanjou Sakurako kembali ke sekolah.
                                

                             ***********************************

Rumah villa dari seni bina Inggeris tersegam indah dari jauh. Makino dibenarkan masuk ke dalam bilik Sanjou Sakurako. Dia masih baring pada katil. Makino melabuhkan punggungnya di kerusi yang empuk bersebelahan katil Sanjou Sakurako.
“Saya sudah buat keputusan untuk tidak ke sekolah lagi.” Ringkas penjelasan Sanjou Sakurako.
“Saya minta maaf. Ini semua salah saya.” Mohon Makino Tsukushi.
“Tak apalah.”
Sanjou Sakurako teringatkan sesuatu.
“Tsukushi… Betulkah awak cium Domyouji di parti?” Tanya Sakurako.
Makino yang malu teragak – agak untuk menjawab.
“Ala, itu cuma kemalangan yang tidak disengajakan.” Jawab Makino yang tersipu – sipu.
Air wajah Sakurako terus berubah masam. Dia terus menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“Tapi tak apalah sebab sekarang dia sudah mula tak membuli kita lagi.” Gelabah Makino. Alamak, dia sudah salah faham!
“Sakurako… Saya akan sentiasa disisi awak.”Pujuk Makino Tshukushi.
“Kalau awak sunyi , awak terus hubungi saya okay.”  Makino cuba memujuk lagi tetapi Sakurako tetap tidak membalas.
Makino cuba memahami. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk memujuknya. Dia bagun daripada kerusi empuk itu.
“Kita jumpa nanti ye.”Kata Makino. Dia berlalu pergi meninggalkan Sakurako.
Sakurako bangun. Dia memandang Makino dari jauh dengan penuh rasa dendam.


                               ***********************************

Makino berlari sekuat hati untuk pulang ke sekolah semula.
“Matilah kali ini kalau tak sempat pulang.” Mengeluh Makino.
Belum sempat dia melintas, sebuah kereta hitam berhenti dihadapannya. Segera Makino berhenti melangkah. Nasib baik dia tidak dilanggar dengan kereta mewah ini.
Perlahan cermin kereta dibuka. Apa Domyouji?
“Alamak, malang pula nasib aku!” Mengeluh panjang Makino kali ini.
Domyouji baru sahaja tersedar kewujudan Makino disebelahnya. Tiba – tiba sahaja pipinya menjadi merah.
“Oh, awak! Nampaknya kita bertemu secara kebetulan.” Tergagap Domyouji  yang cuba menghulurkan senyuman. Entah mengapa gelabah dirinya.
“Kalau berhenti begini, ini bukan kebetulan.” Bidas Makino dengan jelingan mata yang tajam.
Domyouji terus keluar dan berdiri dengan menyandar pada kereta. Kononnya gaya macho lah tu!
“Kenapa awak ponteng kelas?”  Tanya Domyouji yang secara tiba – tiba mengambil berat pada Makino Tsukushi.
“Bukan masalah awak pun.” Mengomel Makino dengan perlahan.  Sejak bila dia guna panggilan saya dan awak?
“Apa?” Tanya Domyouji yang kurang jelas mendengar kata Makino Tsukushi.
“Kau juga punca aku ponteng kelas.” Mengomel Makino sekali lagi.
“Saya nak pergi sekarang!” Beritahu Domyouji.
“Jadi? Pergilah sekarang!” Makino terus berlalu pergi.
“Hei… Hei… Hei… Awak!” Panggil Domyouji. Makino berhenti melangkah.
“Masa… Awak cium saya. Awak sengaja lakukan, betul tak?” Tanya Domyouji  yang mahu kepastian.
Makino tersentak. Soalan bodoh apa yang dia tanya ni? Dia segera menoleh ke belakang.
“APA?! Kau ni bodohkah?! Aku tak faham maksud kau.” Tengking Makino.
“Masuk!” Arah Domyouji dengan membuat isyarat mata.
“Apa?” Tanya Makino kehairanan.
“Saya akan tumpangkan awak ke sekolah. Cepatlah masuk ke dalam kereta!” Domyouji menarik erat tangan Makino.
“Nanti! Nanti! Hentikan!” Makino merentap tangannya semula.
“Kau ni tak boleh dipercayai.” Tengking Makino. Dia berlari sekuat hati meninggalkan Domyouji.
“Apa kau kata?!” Marah Domyouji. Dia terus berlari mengejar Makino.
“Yaaaaa….” Jerit Makino.
“Nanti dulu!!” Jerit Domyouji.
Makino dan Domyouji berlari sekuat hati di kaki lima kedai. Sebuah kereta Ferrari  458 Spider White turut mengejar dengan membelok ke arah kiri. Makino turut berlari membelok ke arah kiri iaitu laluan belakang kedai.
“Tak guna! Laju betul dia berlari!” Marah Domyouji. Domyouji turut masuk ke lorong belakang kedai.
“Jangan nak melampau sangat!” Satu tumbukan hinggap di muka Domyouji sehingga rebah ke tanah.Makino berhenti lalu dan menoleh kebelakang. Siapa tu?
“Tak mungkin!” Kata Makino yang tergamam.
Domyouji terkesot – kesot cuba bagun. Satu tendangan kena lagi pada Domyouji. Kali ini dia mendekati Makino.
“Apa yang awak nak?” Tergetar – tergetar Makino.
“Aa..Apa yang awak nak?” Tanya Makino lagi.
Domyouji bangun dengan mengelap darah pada hujung bibir.
“Sakitlah kakak!!” Tengking Domyouji.
“Kakak??” Tergamam Makino.
“Boleh saya bantu awak?” Domyoji  Tsubaki menghulurkan senyuman.


                              ***********************************

Kereta Ferrari 458 Spider berwarna putih memasuki kawasan sekolah. Semua orang tergamam. Malah mereka turut mengejar kereta itu dengan penuhteruja.
 Tambahan pula, Makino Tsukushi turut ada di dalam kereta itu. Jelas wajah tidak puas hati di muka Asai Yuriko, Yamano Minako dan Ayuhara Erika.
“Kenapa Makino Tsukushi ada di dalam kereta kakak Tsubaki?”  Tanya Asai Yuriko yang rasa teramat cemburu.
Tsubaki berhenti kereta dihadapan bagunan sekolah. Dia menghulurkan sekeping kad kepada Makino yang telah keluar dari keretanya.
“Awak boleh menghubungi saya bila – bila masa dan di mana sahaja.” Kata Tsubaki.
“Baiklah.” Sambut Makino Tsukushi dengan tersipu – sipu.
Makino Tsukushi tergamam setelah membaca kad Tsubaki.
“Apa? Los Angeles?!”
“Well, kalau saya dapat apa – apa mesej dari kamu, saya akan datang ke sini dengan kadar segera.” Kata Tsubaki. Kian ramai yang mula mendekati dengan penuh rasa teruja.
“Jangan risau, saya akan datang ke Japan semula melalui penebangan persendirian.” Tambahnya lagi.
“Patutlah cepat datang.” Mengomel Makino Tsukushi.
“Saya datang ke Jepun hanya sekejap.  Jadi, lain kali kita akan keluar makan bersama.” Ajak Tsubaki.
“Um.. Kenapa kakak bantu saya?”Tanya Makino dengan jujur.
“Sebab adik saya yang bodoh itu suka menyusahkan kamu. Lagipun bau kamu sama.” Jelas Tsubaki dengan menghadiahkan senyuman.
Makino Tsukuhi yang tidak faham cuba mencium bau badannya. Bau badan yang samakah? Tsubaki hanya ketawa kecil melihat gelagat Makino Tsukushi.
“Bukanlah. Maksud saya ialah perangai kamu sama dengan Tsukasa. Patutlah dia suka dekat kamu, Tsukushi.” Tsubaki memakai cermin matanya semula sebelum menghidupkan enjin kereta.
“Apa?” Makino Tsukushi masih dalam kebingguan.
“Jumpa kamu lagi. Jangan lupa hubungi saya!” Tsubaki mengukir senyuman.
“Baiklah. Terima kasih banyak - banyak” Jawab Makino.
Tsubaki memecut keluar kereta dengan laju. Menjerit – jerit pelajar lain. Tidakkira pelajar perempuan mahupun pelajar lelaki.
“So cool!!” Kata Makino Tsukushi.
Tiga sekawan datang menolak kuat Makino Tsukushi sehingga rebah ke tanah.
“SO COOLl!!!” Jerit serentak Asai Asai Yuriko, Ayuhara Erika dan Yamano Minako.

                                
                                       ***********************************

                Sepuluh buah kereta BMW berwarna hitam menyusur masuk ke tempat letak kereta bagunan Domyouji Financial. Dengan angkuh Kaeda keluar dari kereta. Semua kakitangan menunduk hormat. Puluhan pengawai peribadi menjaga setiap kawasan yang dilaluinya.
                “Tuan. Cik Tsubaki telah pulang ke Japan hari ini.” Beritahu salah seorang pembantu peribadinya.
                “Tsubaki?” Tanya Kaeda sekali lagi.
                “Ya. Anak tuan.” Jawab pembantu peribadi.
                “Jadi, kamu nak cuba beritahu tentang hal peribadi saya?” Tanya Kaeda dengan sombong.
                Tersentak pembantu peribadinya. Bukan itu niatnya. 
                “Nishida..” Panggil Kaeda.
                “Ya Puan.” Jawab Nishida salah seorang pembantu peribadinya lagi.
                “Kamu siapkan surat peletakan jawatan untuknya.Terima kasih atas perkhidmatan kamu di sini.” Jeling Kaeda dan berlalu pergi begitu sahaja.
                Nishida memangil pengawal peribadi untuk membawa keluar pekerja Kaeda yang baru dibuang kerja secara tiba – tiba.
“Tuan..Tuan… Nanti dulu. Bukan itu niat saya.” Merayu pembantu peribadi itu.
                                
                                         
                                            ***********************************


                Domyouji masuk ke dalam biliknya. Terkejut dia apabila melihat seseorang turut ada di dalam biliknya. Tsubaki melipat dua suratkhabar yang dibaca.
                “Mak suka ikut cara dia.” Kata Tsubaki yang memulakan bicara.
                “Kenapa tak beritahu nak balik?!” Marah Domyouji Tsukasa.
                “Maaf tak beritahu.” Senyum lebar Tsubaki.
                “Kenapa kakak balik?” Tanya Domyouji.
                “Suami akak yang benarkan.” Tsubaki cuba sembunyikan sesuatu dengan berpura – pura membaca majalah.
                “Apa yang lurus bendul tu buat lagi pada akak?” Domyouji Tsukasa maksudkan abang iparnya.
                “Jangan panggil dia lurus bendul.” Tegur Tsubaki dengan lembut.
                “Kakak masih nak membela dia walaupun akak tak cintakan dia?” tanya Domyouji dengan serius.
                “Akak bahagia dengan cara begini.” Balas Tsubaki.
                “Masa kakak nak kahwin dulu, akak tak nak terima dia pun.” Ungkit Domyouji.
                “Oh! Jadi? Kalau akak bercerai dengan dia, kamu nak akak balik ke sini? Untuk jaga kamu sahaja?” Gurau Tsubaki.
                “Jangan cakap pekara yang merepek lah!”
                Tsubaki membalas dengan ketawa. Kadang kala sifat adiknya yang manja itu membuatkan hatinya terhibur.
                “Emm… Berapa lama akak ada disini?” Tanya Domyouji Tsukasa.
                “Ah, mungkin seminggu.” Tsubaki menyambung semula membaca majalah.
                Wajah Domyouji Tsukasa terus berubah. Tsubaki memerhati adiknya. Dia mendekati Domyouji.
                “Janganlah buat muka begitu. Kakak akan balik ke sini lagi.” Tsubaki duduk di sebelah adiknya.
                “Saya tak kesah pun akak nak balik ataupun tidak.” Balas Domyouji dengan berlagak. Tapi kakaknya sahaja yang boleh mengesan perasaannya.
                “Hey Tsukasa. Kamu suka budak perempuan tu?” Tanya Tsubaki dengan membuat isyarat mata. Budak perempuan yang dimaksudkan itu ialah Makino Tsukushi.
                “Siapa?” Domyouji Tsukasa kehairanan.
                “Budak perempuan yang kamu kejar hari itu. Ingat tak lagi?”
                “Kenapa kakak tanya pekara ni? Jangan salah faham!” Tergagap Domyouji yang jawab acuh tak acuh.
                 “Ooooo…..” Balas Tsubaki sambil ketawa kecil. Dia boleh rasa apa yang Domyouji Tsukasa cuba sembunyikan.
                “Apa?” Tanya Domyouji Tsukasa yang tidak puas hati.
                “Kalau kamu buat baik dengan dia, pasti dia tak akan mengelak daripada kamu.” Nasihat Tsubaki.
                “Saya tak faham maksud kakak. Lagipun saya tak perlukan nasihat kakak.” Pura – pura Domyouji tidak memahami.
                “Kalau kamu ada masalah cinta, beritahu sahaja akak.” Kata Tsubaki dengan mengukir senyuman.
                Domyouji berfikir sejenak. Memang betul apa yang dikatakan oleh kakaknya. Mungkin inilah masa yang sesuai dia ceritakan segala – galanya.
                “Kakak….” Belum sempat Domyouji Tsukasa menghabiskan kata – kata, Tsubaki mencelah.
                “He! Tengok.. Gambar Shizuka ada dalam majalah.”
                “Ya…” Terbantut niat Domyouji Tsukasa. Dia merenung ke mata Tsubaki.
                “Tengok. Shizuka telah menjadi orang yang bejaya di luar negara.” Puji Tsubaki.
                Mengeluh panjang Domyouji Tsukasa. Mungkin lain kali sahaja, dia ceritakan pada Tsubaki.

                                ****************
                Makino membuka tingkap bilik. Angin malam menjengah masuk. Kepekatan langit dihiasi keindahan bintang kecil. Terkejut Makino melihat meteor yang melintas di langit. Orang kata kita, apa yang dihajatkan pasti tercapai.
                “Saya harap esok, saya akan bertemu dengannya.” Kata Makino Tsukushi seorang diri.
                Domyouji Tsukasa turut melihat bintang dilangit dari ruang beranda. Angin malam menjamah tubuhnya. Hampir mengeletar tubuhnya. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa melihat meteor yang melintas.

                
                           ***********************************

Seperti biasa setelah loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat, Makino pasti pergi ke laluan tangga kebakaran. Dia melihat sapu tangan Hanazawa Rui. Dia yakin yang Hanazawa Rui pasti ada.
 Domyouji Tsukasa memandang Makino dari jauh. Dia cuba mengekori Makino Tsukushi dari belakang secara senyap.
Perlahan – lahan Makino Tsukushi menuruni anak tangga. Sekali lagi bayangan Hanazawa Rui tidak muncul.
“Kenapa dia tak ada disini?” Kecewa Makino. Mengeluh panjang dia kali ini.
“Saya Nak Jumpa Dia!” Jerit Makino Tsukushi sekuatnya untuk melepaskan rasa rindu dihati.
Tiba – tiba bunyi tombol pintu dipulas. Makino Tsukushi menoleh ke belakang. Adakah Hanazawa Rui yang membuka pintu?
“Tak mungkin.” Kata Makino Tsukushi.
Muncul Hanazawa Rui. Dengan bergaya dia mendekati Makino Tsukuhi. Gelabah Makino Tsukushi. Ke kiri dan ke kanan dia bergerak rasa tak kena.
“Siapa yang awak nak jumpa tu?” Tanya Hanazawa Rui sambil merenung ke wajah Makino Tsukushi.
“Huh? Em.. Aa… la..lama kita tak jumpa. Sa.. Saya nak..” Tergagap Makino. Tersipu – sipu dia kerana malu. Belum habis dia berkata, Hanazawa Rui mencelah.
“Shizuka nak balik ke Perancis. Jadi saya tak ada sesiapa lagi.” Kata Hanazawa Rui yang memaling wajah ke arah lain.
Terbantut niat Makino Tsukushi untuk memulangkan sapu tangan Hanazawa Rui. Dia cuba memahami Hanazawa Rui.
“Betul kah dia nak balik ke Perancis?” Tanya Makino Tsukushi. Tiada jawapan dari Hanazawa Rui. Sapu tangan yang dipegang disimpan ke dalam poket.
“Awak tak apa – apa?” Tanya Makino Tsukushi.
“Dia tak pernah putus asa setiap kali keputusan yang dia buat.” Jelas nada suara kecewa Hanazawa Rui.
Makino merenung ke mata Hanazawa Rui. Dia pasti sedih dan sukar menerima kenyataan ini. Jelas dari matanya, dia sedang menanggung kesedihan. Hanya mampu mengukir senyuman pahit.
Domyouji membuka pintu perlahan – lahan. Dia melihat Makino Tsukushi yang merenung ke mata Hanazawa Rui. Makino Tsukushi bagaikan tersimpan perasaan terhadap Hanazawa Rui. Dia cuba menahan marah agar mereka tidak perasan kehadirannya. Segera dia meninggalkan tempat itu dengan perasaan seribu kekecewaan.
“Tapi, kalau dia pergi tak bermakna awak tak boleh jumpa dia lagi kan?” Pujuk Makino Tsukushi yang cuba membuka semula kesunyian.
“Awak nak jumpa dia?” Tanya Hanazawa Rui.
“Eh?”
“Awak nak jumpa Shizuka sekali lagi?” Tanya Hanazawa Rui.
“Uh…” Ringkas jawapan dari mulut Makino.
“Dulu awak pernah kata yang awak nak jumpa dia. Shizuka, orang yang awak nak jumpa betul tak?”
“Ah… Ya..” Balas Makino Tsukushi sambil mengangguk – angguk kepala.
“Dulu awak beritahu saya yang awak peminat Shizuka.” Tambahnya lagi.
Makino Tsukushi cuba membalas dengan senyuman.

                           ***********************************        
                       
Hanazawa Rui membawa Makino Tsukushi berjumpa dengan Shizuka di villa milik keluarga gadis jelita itu.
 “Cik. Rui datang untuk bertemu dengan cik.” Beritahu pembantu rumahnya yang berusia dalam  40 an.
“Hai. Selamat petang.” Ucap Shizuka dengan gembira.
“Hai. Makino Tsukushi datang nak jumpa awak untuk ucapkan terima kasih atas bantuan awak pada malam parti tu.” Beritahu Hanazawa Rui.
“Tak perlu ucapkan terima kasih.” Kata Shizuka.
“Macam mana dengan makcik? Dia masih marah?” Tanya Hanazawa Rui tentang ibu Shizuka. Sememangnya ibu tidak bersetuju dengan keputusan Shizuka.
“Buat masa sekarang, ibu masih baru terima kenyataan walaupun hatinya berat nak melepaskan saya.” Jawab Shizuka.
“Saya nak jumpa mak cik sekejap.” Hanazawa Rui mengundur diri untuk bertemu dengan ibu Shizuka.
“Jemputlah masuk.” Ajak Shizuka yang sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Perancis.
Melopong mulut Makino setelah masuk ke dalam bilik Shizuka. Ruang keluasan biliknya sahaja bagai sebuah rumah. Cukup dengan kelengkapan.
“Awak nak bersiap untuk berlepas esok?” Tanya Makino.
“Saya belum lagi. Seminggu lagi baru saya akan bertolak ke Perancis tapi saya akan hantarkan barang ini terlebih dahulu.”
“Satu minggu lagi? Awak tak akan kembali ke sini lagi?” Tanya Makino Tsukushi.
Shizuka menarik nafas sedalam – dalamnya untuk mencari kekuatan.
“Saya rasa begitulah. Lagipun itulah keputusan saya.” Jawab Shizuka.
Makino melihat sekeliling. Kemudian matanya tertumpu pada beberapa gambar yang dihiasi di atas kabinet. Shizuka melihat gelagat Makino Tsukushi.
“Boleh awak beritahu siapa yang ada di dalam gambar ini?” Tanya Makino sambil membelek gambar.
“Oh, itu kumpulan F4 dan saya semasa kecil. Di sebelah saya ialah Hanazawa Rui. Comel tak?”  Jelas Shizuka.
Makino memandang tepat pada gambar Hanazawa Rui semasa kecil. Begitu rapat sekali mereka berdua.
“Saya tak pernah melihat dia tersenyum begini.” Kata Makino dengan perlahan. Makino teringat senyuman pahit yang terukir di wajah Hanazawa Rui pagi tadi.
“Dia betul – betul mencintai awak.” Tambah Makino lagi. Air mata bermain di kelopak mata. Mungkin Hanazawa Rui bukan ditakdirkan cinta untuk Makino. Jika ditunggu seribu tahun lagi belum tentu dia akan membuka pintu hati kerana dia  benar – benar mencintai Shizuka.
“Tolong jangan balik kePerancis semula.” Tiba – tiba sahaja Makino Tsukushi berkata. Shizuka memandang dengan penuh kehairanan.
“Kenapa awak kata begini?” Tanya Shizuka.
“Demi Hanazawa Rui, saya merayu pada awak jangan pulang ke Perancis.” Merayu Makino Tsukushi dengan nada suara sebak.
Hanazawa Rui terhenti langkah di hadapan pintu setelah mendengar kata – kata Makino.
“Saya selalu jumpa dia di laluan tangga kebakaran. Setiap hari dia merenung gambar awak. Selalu cakap tentang awak. Senyuman lembut dibibirnya. Tapi, sejak awak nak balik ke Perancis, dia mula tidak datang kelaluan tangga kebakaran. Bila saya memandang dia seakan – akan menahan air mata walaupun dia cuba mengukir senyuman.” Luah Makino Tsukushi.
“Kalau awak balik ke Perancis, saya akan ada perasaan terhadapa dirinya. Tolong jangan pergi. Saya merayu pada awak. Tolong tinggal disini.” Air mata Makino tak mampu ditanggung lagi.
“Saya minta maaf. Saya tak boleh tunaikan permintaan awak.” Pujuk Shizuka.
Makino Tsukushi tak mahu berputus asa untuk merayu. Dia terus mendekati dan melutut ke lantai. Hanazawa Rui tergamam dengan pekara yang dilakukan Makino Tsukushi.
“Tolong Shizuka. Saya tahu sukar. Saya tahu apa yang saya buat ni tak masuk akal.” Merayu dan terus merayu Makino.
“Tolong bangun Tsukushi.” Shizuka mendekati dan memujuk MakinoTsukushi. Hanazawa Rui terus berlalu pergi dengan perasaan marah.
“Saya sudah merancang segala –galanya. Kalau saya pergi ke sana dan pulang semula ibarat saya telah membuat pekara yang sia – sia. Orang yang normal akan selalunya berkata “ Kalaulah aku dapat undurkan masa.” Tapi bagi saya, kata – kata itu yang saya tak suka. Saya tak mahu hidup menyesal kemudian.” Jelas Shizuka agar Makino memahaminya. Makino hanya mendengar.
“Saya nak hidup berdikari dengan cara saya. Awak fahamkan?” Tambahnya lagi.
Makino mengangguk kepala walaupun sukar untuk menerima.
“Saya faham.” Jawab Makino Tsukushi. Mereka sama – sama bangkit.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan awak.” Mohon Makino yang mula sedar.
“Tak ada lah. Saya betul – betul bangga dengan keberanian awak.”
Shizuka memegang bahu Makino Tsukushi. “Tolong jagakan Rui.”
“Saya minta maaf.”Makino tak boleh menerima permintaan Shizuka. Dia terus berlalu pergi. Makino membuka pintu utama untuk keluar. Tiba – tiba muncul suara dari belakangnya.
“Apa yang awak buat?” Tanya Hanazawa Rui. Langkah Makino terhenti. Dia menoleh ke belakang semula.
“Eh?” Makino berpura – pura tidak memahami.
“Apa yang awak lakukan sebentar tadi?” Hanazawa Rui mula mendekati Makino.
“Tak ada apa – apa.” Balas Makino Tsukushi yang cuba berdalih.
“Siapa yang suruh awak buat begitu? Saya bawa awak ke sini bukan untuk menyuruh awak meluahkan segala – galanya. Demi saya konon. Apa semua ni? Ini semua tak perlu.” Hanazawa Rui cuba menahan marah walaupun matanya mula berkaca.
“Tak perlu?” Tanya Makino Tsukushi sekali lagi.
“Apa yang awak fikir sehingga nak melutut bagai?” Kata – kata Hanazawa Rui mula bernada marah.Dia mula tidak dapat menahan diri.
“Saya…” Makino cuba mempertahankan diri.
“Sanggup awak buat begini. Saya tak akan percayakan awak lagi.” Bidas Hanazawa Rui.
Air mata Makino mula bertakung. Kata – kata Hanazawa Rui menguriskan hatinya. Namun dia cuba menerangkan hal yang sebenar.
“Saya nampak kesedihan di dalam hati melalui wajah awak. Awak mungkin tak akan bertemu dengannya lagi.” Jelas Makino Tsukushi.
“Kehidupan saya tak berkaitan dengan awak. Pergi balik.”
Tergamam Makino Tsukushi. Hanazawa Rui tidak pernah berkasar dengannya. Dia menahan tanggisan di dalam hatinya.
“PERGI!” Hanazawa Rui menegking sekali lagi.
Makino Tsukushi yang sebak menahan kesedihan terus berlari keluar. Hanazawa Rui terus rebah ke lantai. Apa yang telah dia lakukan? Kebingguan Hanazawa Rui.
Makino Tsukushi berhenti di sisi jalan yang sunyi. Dia menangis semahu – mahunya. Mengapa Hanazawa Rui langsung tidak faham tentang dirinya?  Hanya neon yang menemani raungan tangisannya.

                                 ***********************************

Seminggu telah berlalu. Ramai peminat Shizuka memenuhi ruang menunggu di Lapangan Narita Airport Terminal. Shizuka sibuk melayani peminatnya sebelum berangkat pergi.
“Shizuka!” Panggil Domyouji yang baru datang bersama Mimasaki Akira dan Nishikado Sojiroh.
“Tentang kejadian di parti tempoh hari lalu…” Tambahnya lagi yang teragak- agak memohon maaf.
“Saya tahu. Tolong sampaikan saya pada Rui” Balas Shizuka.
Domyouji Tsukasa menjeling apabila mendengar nama Hanazawa Rui. Teringat pula kejadian dilaluan tangga kebakaran. Panggilan untuk penebangan ke Perancis telah pun tiba.
“Sudah tiba masanya untuk saya pergi.” Kata Shizuka pada Domyouji Tsukasa.
Shizuka mendekati peminatnya. Dia ucapkan selamat tinggal dan kata – kata terakhir pada peminat.
Makino Tsukushi yang baru sampai ke lapangan terbang bergegas supaya tidak terlambat.
“Shizuka….” Jerit Makino. Shizuka menoleh ke belakang. Domyouji memandang tepat ke wajah Makino Tsukushi.
“Awak datang pun.” Shizuka terus mendapatkan Makino Tsukushi.
“Saya minta maaf kerana lambat.” Mohon Makino. Dia melihat orang yang ada di sekeliling. Hanazawa Rui tiada di situ.
“Mana Hanazawa Rui?” Tanya Makino Tsukushi.
“ Dia tak datang. Dia ni macam budak – budak. Oh, lupa pula!” Shizuka mengambil sesuatu di dalam bagasi. Dia menghulurkan kotak yang berisi kasut tumit tinggi yang cantik pada Makino Tsukushi.
“Ambillah. Saya pasti awak akan nampak cantik bila memakai kasut ini.”
Makino Tsukushi menyambut hadiah daripada Shizuka. Tergamam dia seketika.
“Selamat tinggal.” Ucap Shizuka dengan senyuman. Makino turut membalas dengan senyuman.
Shizuka menarik bagasi dan berlalu pergi. Semua melambai tangan padanya. Bayangannya mula  lenyap dari pandangan. Makino menoleh ke belakang setelah mendengar nama Hanazawa Rui.
“Apa yang kau buat ni? Kenapa kau tak dapatkan dia?” Tanya Mimasaka Akira bertubi – tubi.
Makino mula rasa marah. Dia mendekati Hanazawa Rui. Domyoujimemandang Makino.
“Kau ni bodohkah?! Datang selepas dia pergi. Kalau kau benar –benar cintakan dia, kau kena ada  sentiasa di sisinya. Kau ni lelaki jenis apa?” Marah Makino.
“Saya akan pergi juga.” Balas Hanazawa Rui.
“Ah? Apa?” Makino kehairanan.
“Saya akan pergi ke Perancis juga.” Hanazawa Rui menunjukkan tiket yang dibelinya.
“Rui…”Tergamam Mimasaka Akira.
“Kau serious?”Tanya Nishikado Sojiroh.
Terkunci mulut Makino Tsukushi. Apa? Dia akan pergi. Habis aku? Hanazawa Rui mula rapat dengan Makino Tsukushi. Dia merenung tepat ke mata gadis yang ada dihadapannya.
“Makino, saya benar – benar suka tentang awak. Saya langsung tiada kekuatan sebelum ni tetapi awak selalu sedarkan saya. Terima kasih.” Hanazawa Rui mencium dahi Makino sebagai tanda terima kasih.
Domyouji yang melihat ciuman itu, menahan geram. Hanazawa Rui berlalu pergi. Sedikit pun tidak memandang Domyouji Tsukasa.
“Nanti dulu Rui!” Domyouji menengking. Hanazawa Rui terhenti langkah.
“Betulkah kau nak pergi?” Tanya Domyouji Tsukasa dengan nada suara rendah.
“Emm.” Ringkas jawapan Hanazawa Rui.
“Apa semua ni? Kenapa kau tak beritahu aku dulu?” Marah Domyouji Tsukasa semula.
“Saya minta maaf.” Hanazawa Rui memandang ke arah lain. Domyouji menarik bahu Hanazawa Rui supaya dia dapat memandang wajahHanazawa Rui.
“Selama ini, kita sentiasa bersama. Kenapa dengan engkau? Kenapa nak pergi secara tiba – tiba?” Domyouji menolak kawannya.
 Mimasaka Akira dan Nishikado Sojiroh terus berlalu pergi ke tempat lain. Makino Tsukushi memandang sayu pada Hanazawa Rui.
“Tsukasa, tentang hari itu aku nak...” Hanazawa Rui cuba meminta tentang malam parti.
“Aku tak kesah tentang hari itu! Hey! Betul kah kau nak pergi? Kalau kau ada di sini, kami akan jaga kau. Kau rasa akan selamat di sana?”  Luah Domyouji dengan air mata.
Hanazawa Rui menghiraukan kata – kata Domyouji Tsukasa. Dia tetap dengan keputusannya.
“Jaga diri, Tsukasa.” Ucap ringkas Hanazawa Rui. Domyouji menarik nafas sedalam – dalamnya. Dia perlu menerima keputusan yang menyakitkan ini.
“Di Perancis nanti, kalau ada orang yang apa – apakan kau. Beritahu sahaja, kami bertiga akan datang.”
“Terima kasih. Aku pergi dulu.” Balas Hanazawa Rui dengan senyuman.
 Hanazawa Rui sempat menghadiahkan senyuman pada Makino Tsukushi yang pandang dari jauh. Dia meneruskan perjalanan. Mimasaka Akira dan Nisikado Sojiroh pulang semula dengan sebiji buah apple.
“Tsukasa, ambillah.” Mimasaka Akira menghulurkan buah apple pada Domyouji dengan membuat isyarat mata.
 “RUI!!!” Jerit Domyouji Tsukasa. Hanazawa Rui menoleh semula ke belakang. Domyouji Tsukasa membaling buah apple dan disambut oleh Hanazawa Rui. Hanya mereka berempat sahaja yang mengetahui disebalik maksud buah apple itu.
Makino dan mereka bertiga melihat dari jauh kapal terbang yang membelah awan. Domyouji Tsukasa tidak jemu melambai –lambai tangan walaupun tiada siapa akan mebalas lambaian itu.
“Bye – bye Hanazawa Rui.” Kata Makino perlahan dengan perasaan agak sedih.
“Rui!! Semoga berjaya! Rui!! Jaga diri! Rui.. Rui…” Jerit Domyouji Tsukasa dengan melambai tangan pada kapal terbang yang kian hilang disebalik awan.
Makino tersenyum melihat Domyouji Tsukasa. Kali pertama dia melihat air mata Domyouji Tsukasa menitis. Air mata yang benar – benar ikhlas.


                                 ***********************************

“Pandangan aku terhadap dia agak berubah sedikit.” Kata Makino setelah menceritakan segalanya pada Yuki. Orang yang dia maksudkan ialah Domyouji Tsukasa.
“Sebagai lelaki biasa atau kawan?” Usik Yuki. Makino Tsukushi membalas dengan senyuman.
Seperti biasa, sekiranya Yuki dan Makino Tsukuhi kian rancak berbual pasti Okami akan mencelah.
“Tak sangka, rupanya dia seorang yang baik. Dulu akak juga pernah bercinta dengan seorang lelaki seperti Tiger Mask.” Muncul Okami secara tiba- tiba. Entah dari mana.
“Haa… Dia mula nak merepek.” Mengeluh Yuki.
“Dari wajahnya nampak garang dan ganas tapi hatinya lembut.Walaupun dia sebenarnya merupakan pemain gusti tetapi dia menderma sebahagian harta pada rumah anak yatim. Sebenarnya dia hidup dalam kesunyian disebalik muka yang ganas. Orang yang memahaminya ialah saya.” Luah Okami dan menghilang diri semula.
Melopong mulut Makino yang kehairanan dengan luahan Okami. Adakah berkaitan dengan dirinya?
“Aku tak faham apa yang dia nak cuba katakan?” Kata Yuki.

                                ***********************************

Makino Tsukushi merebahkan tubuhnya diatas katil. Dia amat berasa letih kerana penat bekerja. Dia tetap memandang sapu tangan Hanazawa Rui. Sapu tangan ini sahaja yang mampu merawat rindu dihati.
“Nampaknya aku tak berjaya pulangkan sapu tangannya.” Kata Makino. Mungkin ada sebab sapu tangan ini masih ada pada dia. Sekurang – kurangnya rindu dihatinya dapat diubati.
                *************************
Domyouji cuba membuat ayat di atas kertas terlebih dahulu sebelum menghantar mesej pada Hanazawa Rui. Berkerut dahinya memikirkan ayat yang sesuai.
“Bagaimana kau di Perancis? Apa yang kau sedang buat sekarang?”
Domyouji Tsukasa teringat pula ciuman Hanazawa Rui pada Makino dilapangan terbangan tempoh hari. Begitu sakit hatinya. Bagaimana kalau Hanazawa Rui juga menyukainya? Aku?
“Sejujurnya adakah kau suka pada Makino Tsukushi?” Serius Domyouji Tsukasa menulis.
“Apa yang kamu tulis?” Muncul Tsubaki dari belakang.
“Waa…” Terperanjat Domyouji Tsukasa. Hampir terconteng kertasnya.
“Surat cinta ye..” Usik Tsubaki.
“Bukanlah!! Jangan terkejutkan orang.” Gelabah Domyouji Tsukasa.
Tsubaki merampas lalu membaca dengan kuat. Berkerut dahinya cuba memahami ayat yang Domyouji tuliskan.
“Hai Kazu?” Tsubaki kehairanan. Siapa Kazu?
“Rui lah, bodoh!” Marah Domyouji. Dia merampas semula kertas itu.
“Kakak tak pandai baca ke?!” Tambahnya lagi dengan ketawa sinis.
Tsubaki mengeleng kepala. Kasihan pula rasanya melihat ayat yang dia tulis. Walaupun sudah dewasa, dia tetap lemah dalam mengeja.
“Nak kakak tuliskan?”
“Kenapa pula kakak nak tuliskan? Saya nak luahkan isi hati saya.” Domyouji menyambung semula menulis.
“Tsukasa, kenapa kamu nak cuba tanya Hanazawa Rui?” Tsubaki sempat membaca ayat terakhir yang berkaitan Makino Tsukushi.
Alamak! Domyouji memikirkan alasan yang sesuai selain melibatkan Makino Tsukushi.
“Saya nak tanya kenapa dia ikut Shizuka ke Perancis?” Jawab Domyouji acuh tak acuh.
“Herm.. Begituke?” Tsubaki tahu itu bukanlah jawapan yang sebenar.
“Apabila kamu mencintai seseorang, kamu perlu melakukan sesuatu. Perlukan pengorbanan.” Tsubaki duduk atas sofa sambil memerhati Domyouji Tsukasa.
“Apa?” Domyouji  masih kebinguan.
“Kakak ambil dari petikan dalam novel Hemingway’s. Kalau kamubetul – betul cintakan cinta, selami hati kamu terlebih dahulu. Barulah kamu akan faham. Kamu bersikap baran, jadi berhati – hati.” Nasihat Tsubaki dengan lembut.
Domyouji Tsukasa hanya mendengar. Betul apa yang dikatakan oleh Tsubaki. Dia tidak boleh mengalah begitu sahaja. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik hati Makino agar menyukainya.
 “Sabar itu separuh dari iman. Cinta tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kamu perlu mencintai barulah dicintai. Faham?” Tambahnya lagi.
Domyouji Tsukasa merasai sesuatu semangat mula meresap dalam hatinya. Benar cinta itu memerlukan kesabaran. Dia bangun secara tiba – tiba. Terperanjat Tsubaki.
“Kakak, mulai saat ini saya rasa teperangkap dalam cahaya.” Kata Domyouji dengan serius.
“Terperangkap dalam cahaya? Kamu salah guna ayat.” Tegur Tsubaki.
“Terima kasih. Bukankah kakak nak pulang esok? Pulang dengan selamat tau. Nanti kalau kakak pulang ke sini semula, saya akan menjadi orang yang lebih sempurna.” Kata Domyouji dengan gembira.
Mengangga mulut Tsubaki. Risau pula lihat Domyouji begini. Domyouji menyambung semula menulis pesanan untuk Hanazawa Rui.
“Tak apakah kalau aku tinggalkan dia begini?” Bisik Tsubaki.

                                  ***********************************

Loceng sekolah berdering. Makino Tsukushi membawa bekal makanan ke Kafe.
“Wah…” Teruja Makino melihat bekalan makanan yang dia bawa. Memang sedap setaraf hotel lima bintang.
Muncul tiga sahabat yang tidak habis – habis menganggu Makino Tsukushi. Asal nak makan, pasti muncul.
“Sedihnya. Hanazawa Rui dia sudah pergi.” Sindir Asai Yuriko. Pelajar lain turut memandang sinis. Mengeluh panjang Makino.
“Shizuka pun sudah pulang dan kakak Tsubaki pun sudah pulang ke Los Angeles.” Sambung Ayuhara Erika.
“Tak ada siapa pun akan berpihak pada kau, orang miskin.” Tambah Yamano Minako dengan pedas.
 Mereka menambah dengan ketawa sinis yang membuatkan hati Makino Tsukushi membuak – buak kemarahan.
Pang! Makino menampar meja. Dia bangun dan mendekati mereka bertiga.
“Kalau korang ada masalah, jangan nak membabitkan aku! Kalau tidak aku akan buat sesuatu.” Tengking Makino.
“Kau jangan nak berlakon hebat sangat.” Bidas Asai Yuriko.
Tiba – tiba bahu Asai Yuriko ditarik kuat ke belakang oleh Domyouji Tsukasa sehingga rebah ke lantai. Pelajar lain memberi tumpuan sepenuhnya pada mereka.
“Oh, tangan Domyouji menyentuh..” Belum sempat Asai Yuriko merengek keanak – anakkan, Domyouji Tsukasa menengkingnya.
“Diamlah, hudoh!!” Bagai panahan petir menghinggap dihati Asai Yuriko.
“Yuriko!” Yamano Minako dan Ayuhara Erika mendapatkan rakannya.
Domyouji Tsukasa merenung tepat ke mata Makino Tsukushi. Renungan itu mampu menghentikan dengupan jantung Makino Tsukushi.
“A.. Awak nak apa?” Tergagap Makino Tsukushi bertanya dengan nada suara perlahan.
Pang! Sekali lagi bunyi meja ditampar. Terperanjat Makino Tsukushi. Kali ini Domyouji Tsukasa pula yang menampar meja. Dia cuba mengawal marah dengan menarik nafas sedalam – dalamnya.
“Sabar itu separuh dari iman.” Kata Domyouji Tsukasa dengan perlahan. Untukmenghilangkan rasa gelabah dia berjalan mengelingi Makino berberapa kali. Dia berdiri semula dihadapan Makino.
“Hari Ahad, di Ebisu Garden hadapan Clock Tower Square, jam 1 petang.” Domyouji bercakap sepantas kilat. Selepas dia memberitahu, segera dia meninggalkan tempat tersebut. 
Tercengang Makino Tsukushi. Apa sebenarnya yang Domyouji mahu katakan? Hari Ahad? Ebisu Garden? Tak mungkin dia nak…
Tiga orang sahabat itu tergamam seketika. Tidak sangka Domyouji Tsukasa datang hanya berjumpa dengan Makino Tsukushi. Orang miskin ini!
“Kenapa? Kenapa Domyouji datang cuma nak berjumpa dia?” Soal Asai Yuriko.
“Haa.. Aku tak dengar! Aku tak nak dengar.” Ayuhara Erika menutup telinganya.
“Aa.. Aku dengar Domyouji nak mengajak dia keluar dating?” Kata Yamano Minako dengan serius
“HAAAA…..” Semua pelajar memandang Makino Tsukushi dengan menjerit. Tambahan pula pelajar perempuan. Terpinga – pingga Makino Tsukushi. Segera dia mengemas bekal makanan dan mengejar Domyouji Tsukasa.
“Nanti dulu.” Panggil Makino Tsukushi.
“Huh?” Domyouji Tsukasa menoleh ke belakang. Makino! Segera dia memaling wajah ke arah lain dengan ego.
“Nak apa?” Marah Domyouji Tsukasa.
“Apa yang awak cakap sebenarnya tadi? Saya tak faham.”
  “Apa? kau tak faham? Bodoh! Sebenarnya aku ikut daripada Humingyay.” Balas Domyouji dengan penuh angkuh.
“Humingyay?” Kebingguan Makino. Bukankah Humingway.
Domyouji ketawa kecil apabila melihat wajah Makino Tsukushi yang kehairanan.
“Tak baca buku lah tu.” Domyouji meneruskan perjalanannya.
Menambah kebuntuan Makino Tsukushi


                                *****************************

Seperti yang dijanjikan, Domyouji sampai lebih awal di Ebisu Garden hadapan Clock Tower Square. Di situ ramai pasangan kekasih keluar bersama. Domyouji mejeling jam di tangan yang menunjukkan pukul 12.45 tengahari.
“Nampaknya aku datang lebih awal. Kalau dia lambat lima minit, aku akan bunuh dia.” Kata Domyouji dengan senyuman sinis.
Makino keluar bersama Yuki. Mengikut rancangan, mereka akan keluar membeli belah bersama bagi menghabiskan masa pada hujung minggu.
“Bukankah hari ini kau akan keluar dengan dia?” Tanya Yuki bagi mendapat kepastian.
“Perlukah aku jumpa dia  untuk hilangkan mood hujung minggu?” Jawab Makino dengan ringkas dan padat.
“Tapi kalau kau tak pergi, dia akan balas dendam pada kau semula. Bagaimana?”
“Betul juga.” Mengangguk Makino Tsukushi.
“Kau pergi jumpa dia pun terseksa. Tak jumpa dia pun terseksa.” Kata Yuki.
“Aku yang isytiharkan peperangan, jadi sama juga kalau aku pergi. Tetap terseksa di sekolah.” Balas Makino Tsukushi dengan memeluk tubuh.
“Wah, comelnya!” Mata Yuki menghinggap di sebuah butik. Dia terus berlari masuk.
Makino rasa sesuatu yang tidak kena. Dia menjeling jam di tangan. Tepat pukul 1.00 petang.
Berkali – kali Domyouji Tsukasa mengeluh. Dia melihat jam di tangan sekali lagi. Kali ini jam tepat menunjukkan pukul 1.15 petang. Naik bengang rasanya!
“Maafkan saya kerana lambat…” Muncul suara itu dari jauh. Domyouji Tsukasa segera bangun. Malangnya, suara itu bukan milik Makino Tsukushi. Pemilik suara itu terus berlalu pergi bersama kekasihnya.
“Siap kau Makino!” Geram Domyouji Tsukasa.
Satu demi satu kedai Makino Tsukushi dan Yuki singgah. Hampir lima buah butik dan beberapa buah gerai makanan. Naik letih Makino Tsukuhi.
Muncung mulut Makino Tsukushi kerana bosan. Dia menjeling pada jam di tangannya sekali lagi. Ah, sudah terlalu lambat! Mungkin dia sudah pulang.
Yuki membeli anak patung lelaki yang memakai topeng Harimau. Kehairanan dia sejenak.
“Anak patung apa ni?” Tanya Yuki.
“Mungkin itulah Tiger Mask.” Teringat Makino Tsukushi dengan kata – kata Okami.
“Ooo…” Yuki membuka topeng harimau untuk melihat wajah anak patung tersebut. Jelas wajah comel anak patung tersebut.
“Comelkan?” Ketawa kecil Makino.
“Oh, barulah aku faham. Kenapa kak Okami contohkan kekasihnya dengan patung Tiger Mask. Tengok patung ni, seorang lelaki yang kesunyian di sebalik topeng harimau walaupun tiada siapa yang tahu dia seorang yang gentle.” Jelas Yuki.
Tersentuh hati Makino Tsukushi. Sejurus dia teringat pada Domyouji Tsukasa. Walaupun dia seorang yang kuat adakalanya dia nampak baik. Dia memandang di luar kedai. Hujan turun membasahi bumi.
Hatinya meronta – ronta untuk berjumpa Domyouji Tsukasa. Mungkin kali ini Domyouji Tsukasa tidak main – main. Jam tepat pukul 4.00 petang.
“Saya minta maaf, Yuki.” Dia segera mengambil payung dan berlalu pergi. Yuki kehairanan.
Makino berlari sekuat hati. Hatinya kuat mengatakan yang Domyouji Tsukasa bukan bergurau. Sejak kejadian kejar mengejar, dia dapat melihat keikhlasan hati Domyouji.
‘Kenapa awak ajaksaya keluar? Tak mungkin.. Tak mungkin kalau awak masih tunggu saya lagi. Saya betul – betul lewat. Tak mungkin kalau awak masih tunggu saya.’ Bisik hati Makino.
Makino Tsukushi berhenti di hadapan Clock Tower Square. Tercunggap – cunggap dia kepenatan. Dia cuba mencari bayangan Domyouji Tsukasa jika masih ada.
“Tak mungkin…” Tersentuh hati Makino Tsukushi melihat Domyouji yang basah kuyup menunggunya. Hampir mengeletar tubuhnya.
“Tak mungkin. Kenapa?” Bisik hatinya lagi.






Thursday, 1 May 2014

Sinopsis Boys Over Flower


 Hana Yori Dango bermaksud Boys Over Flower. Cerita ini daripada Jepun yang diadaptasikan ke dalam bahasa melayu.

Makino merupakan gadis biasa di  Sekolah Tinggi Eitoku. Dia yang serba kekurangan membuatkan dirinya menyendiri di Eitoku. Sakurako merupakan kawannya di Eitoku. Dia juga mempunyai sahabat di tempat kerja sambilan Japanese Sweet Shop iaitu Yuki.

F4 merupakan kumpulan yang terdiri daripada Domyouji, Hanazawa Rui, Mimasaka Akira dan Nishikado Soujiroh. Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dan hartawan. Mereka sering melepaskan kekerasan pada pelajar Eitoku.

Disebabkan sesuatu kejadian, Domyouji menyimpan dendam terhadap Makino. Setiap hari, Makino terpaksa menghadapi hari malangnya di Eitoku. Tetapi setiap kekerasan Domyouji pasti diselamatkan oleh Hanazawa Rui. Hanya dia yang ada disisi Makino.

Secara senyap Domyouji menyimpan perasaan terhadap Makino. Dia akan pastikan Makino akan jatuh cinta padanya. Saat romantik dilalui bersama. 

Adakah Makino akan memilih Domyouji yang pernah membulinya sebagai cinta hati? Atau Hanazawa Rui yang sentiasa disisinya? Kumpulan F4 yang dikagumi dan digilai ramai kini menjadi gengaman Makino. 

BAB DUA BOYS OVER FLOWER

 Makino di bawa ke bilik khas. Dia masih tidak sedarkan diri. Beberapa orang yang tidak dikenali menanggalkan pakaiannya. Perlahan – lahan Makino membuka kelopak mata.
“Siapa mereka?” Soal dalam hatinya.
“Nampaknya kita sudah tanggalkan pakaiannya.” Kata seseorang yang tak dikenali.
Makino masih ingat lagi wajah terakhir yang sempat dilihatnya iaitu Domyouji. Apa yang terjadi? Makino semakin lemah. Dia bagaikan terkena suntikan pelali. Dia melelapkan mata.
“Mari kita mulakan.” Kata lagi suara yang tak dikenali itu.
Domyouji menunggu di ruang rehat. Kini dia mampu tersenyum puas. Cuba kau rasakan peperangan antara kita.
Makino baru sahaja tersedar daripada pengsan. Dia melihat sekeliling. Semuanya dalam keadaan mewah. Makino duduk diatas kerusi yang dihadapkan dengan sebuah cermin besar.
Makino terkejut melihat dirinya dalam cermin. Semua pakaiannya berubah. Dia dipakaikan dress hitam serta perhiasan diri yang mewah. Wajahnya agak berbeza apabila disolek.
“Apa semua ini?” Tergamam Makino.
Domyouji tersenyum sambil melihat Makino dari arah belakang. Makino yang sedar terus menoleh ke belakang.
“Kau! Apa semua ni?!” Tanya Makino.
“Withdraw.” Ringkas Domyouji membalas.
“Apa?” Bertambah kebingguan Makino.
“Kau isytiharkan peperangan, bukan? Withdraw.”
“Aku cuma bergurau.” Balas Makino.
“100 juta yen.” Ringkas Domyouji memberitahu.
“Huh?” Makino kehairanan.
“Semua jumlah perbelanjaan terhadap diri engkau.”
“100 juta yen?!” Terbeliak mata Makino. Seumur hidupnya pun tak pernah rasa duit sebanyak itu.
“Jumlah rawatan spa, rambut dan solekan ialah 10 juta. Dress 20 juta. Rantai, cicin dan lain – lain lagi membuatkan semuanya 100 juta yen.” Jelas Domyouji.
“Tak mungkin… Kau gunakan seolah -olah berhutang dengan kau!?” Bengang Makino.
“Diam! Aku tak kesah harganya berapa, kalau kau nak aku boleh bagilah. Dengan Percuma!” Kata Domyouji.
“Apa? Habis kenapa kau buat semua ni?”
Domyouji hanya membalas dengan ketawa sinis.
“Kenapa kau ketawa pula?! Kau ingat aku nak sangat semua  benda ni?Arghh…” Makino cuba  mencabut cicin dari jarinya.
“Apa pun, tak kan kau tak berminat langsung dengan semua barang yang aku bagi? Kau suka kan?” Tanya Domyouji yang cuba menguji Makino.
“Tapi, sebab…” Memang Makino akui, dia amat suka tapi bukan daripadanya. Apa maksud Domyouji sebenarnya.
Domyouji tersenyum sinis. Jika Makino mengaku pasti dia akan menang kali ini.
“Tengok, manusia boleh berubah sekelip mata hanya mengunakan kuasa dan kekayaan. Kau cuma orang biasa! Tiada harta kekayaan.” Hina Domyouji.
Makino rasa dirinya sangat tercabar dan terhina. Dia mengenggam erat tangan dan menahan marah di dalam hatinya.
“Senyum… Kalau kau rasa  gembira, senyum? Imej kau sudah berubah pasti kau rasa gembira, bukan?.” Domyouji mula mendekati Makino. Dia mula memaksa Makino untuk menghadiahkan padanya dengan sebuah senyuman.
“Senyum. Senyum, aku kata!”Paksa Domyouji.
“Kau ni bodohkah? Macam mana aku nak senyum!? Apa yang kau bagi dekat aku, sedikit pun tak menarik! Aku tak berminat langsung! Kau tak boleh gunakan semua pekara dalam dunia ini dengan duit kau.” Tengking Makino. Tergamam Domyouji buat kali kedua.
“Aku tak akan mengalah, Domyouji! Kau jangan umpan aku seperti perempuan murahan lain!” Makino terus keluar daaripada bilik itu.
Terpaku Domyouji. Dia seolah – olah terkunci mulut untuk membalas. Dia tidak menjangka yang Makino akan membalasnya dengan hinaan.
“Hilang akal ke! Macam manalah nak senyum kalau kena paksa?!” Mengomel Makino sambil mencari jalan keluar. Langkahnya terhenti setelah mengingati sesuatu.
“Mana baju sekolah aku?”
Makino masuk satu demi satu bilik di setiap lorong. Melopong mulutnya melihat kemewahan setiap ruang di dalam villa itu. Dia melihat beberapa gambar di atas kabinet. Siapakah gadis yang cantik itu?
“Cantiknya… Ah,  ini bukan masa untuk kagum dengan kecantikan orang lain.” Tersedar Makino semula.
Makino masuk ke dalam sebuah bilik lagi. Tergamam dirinya apabila melihat ruang meja makan yang sangat panjang. Ia mengingatkan pada satu babak di dalam sebuah filem terkenal.
“Ahhh!!! Ini meja makan Harry Potter ke? Herr.. macam tak percaya!”Makino mencari dan terus mencari. Hampir lesu dirinya. 
“Dunia apa ni… Mana baju sekolah?” Makino berjalan ke ruang hadapan.
Pintu villa terbuka luas. Kaeda dan beberapa pengawal peribadinya masuk ke dalam villa. Kaeda sempat menjeling padangan ke arah Makino.
“Aaa…  Nanti!” Tegur Makino ke arah Kaeda.
Segera pengawal peribadi Kaeda mengheret Makino keluar dari Villa mewah itu setelah menukar pakaian.
Makino meneloh ke belakang. Terpaku seketika melihat villa yang seperti istana itu.
“Wau…Rumah ni seperti di luar negara. Mungkin aku dah silap pilih musuh nampaknya.”Keluh Makino.
Domyouji memandang Makino melalui jendela daripada tingkat dua. Domyouji masih ingat kata – kata Makino. Sememangnya kata – kata itu bermain di fikirannya.

                                    ***********************************
Dari luar suara rakan sekelas Makino jelas bergosip tentang dirinya.
“Makino Tsukushi sepatutnya dibuang ke daerah Tokyo Bay sekarang juga. Baru dia rasa.” Kata seorang lelaki.
“Itulah siapa suruh dia isytiharkan peperangan dengan Domyouji tanpa berfikir panjang.” Balas pelajar perempuan.
“Dia di ibaratkan membunuh dirinya sendiri.” Kata lelaki itu pula sambil ketawa. Mereka semua turut ketawa gembira.
Makino tidak mampu menahan marah lagi.
“Kalau aku pergi mana pun, bukan masalah korang!” Tengking Makino yang sudah lama muncul.
Semua menjeling ke arah Makino dengan rasa marah.
“Korang tahu tak, aku rasa lebih elok kalau dia berhenti sekolah serta merta.” Kata Asai Yuriko.
“Ye, betul tu! Sebelum dia berhenti sekolah kerana orang lain.” Balas Ayuhara Erika.
“Betul tu….” Balas semua pelajar lain. Mereka semua memulaukan Makino. Ini semua angkara F4!
Sakurako juga berlalu pergi. Makino terpaksa memendam rasa marah seorang diri.  Tapi kenapa dia tinggalkan aku?

                                    ***********************************

Makino melangkah kaki ke Kafe untuk makan tengahari. Alangkah terkejut apabila melihat sepanjang pintu kaca di cat merah dengan perkataan yang tak senonoh. “Makino Tsukushi perempuan murahan jahat yang sudah 5 kali gugur kandungan.” Siapa yang tergamak menulis semua ni?
“Tertanya – tanya saya selama ini? Kali pertama saya dengar begini.” Kata Asai Yuriko.
“Sungguh tak cool!” Balas Yamano Minako.
“Kalau apa yang ditulis semua tak benar, saya fikir saya  tak mampu nak hidup.” Kata Asai Yuriko lagi. Dia mengharapkan pekara yang tidak baik berlaku pada Makino.
“Tapi…saya rasa ia benar.” Balas Ayuhara Erika dengan yakin.
Makino mengenggam erat tangan menahan geram. Mereka semua kejam. Mereka memang gembira jika kawan sekelas mereka diejek dan dihina.
Makino berlari sekuat hati ke laluan kebakaran. Hujan renyai merintih dari awan seperti hatinya juga. 
“Kenapa dengan semua orang! Aku masih ada dara lagi!” Jerit Makino separuh menangis. Begitu hina mereka memandang Makino seolah – olah dia tidak bermaruah.
Makino menarik nafas lega.  Dengan menjerit sebegini, dia dapat tenangkan hati.
“Alamak, terlupa pula! Hanazawa Rui!” Dia menoleh ke belakang.
“Haa… Nasib baik dia tiada. Kalau tidak pasti dia dengar perkataan dara.” Tambahnya lagi.
Makino memandang persekitaran. Indah juga permandangan dari sini terutama permandangan selepas hujan.
“Hmm…dara, eh?” Muncul Hanazawa Rui dari arah belakang.
Alamak, dia! Makino menunduk malu. Sejak bila pula yang dia muncul. Hanazawa Rui memandang makino dengan senyuman.
“Tolonglah, jangan gelak!”  Kata Makino.
Hanazawa Rui menyambung semula melihat buku yang sering dibawa ke mana sahaja.
“Awak tahu tak perbezaan masa diantara sini dengan Perancis?” Tanya Hanazawa Rui.
“Apa?” TanyaMakino sekali lagi.
“Perbezaan masa.” Ringkas Hanazawa Rui ulang.
“Tak…Saya tak tahu.” Jawab Makino.
Banyak gambar model cantik dalam buku yang Hanazawa Rui baca. Dia melihat dengan senyuman menawan. Makino merenung ke wajah Hanazawa Rui. Susah benar melihat senyuman itu.
Tiga sekawan, Ayuhara Erika, Yamano Minako dan Asai Yuriko melihat dari jauh. Tergamam mereka melihat Makino duduk bersama Hanazawa Rui yang digilai ramai.
“Nanti sekejap! Kenapa Hanazawa bersama dengan perempuan tu?!” Rungut Ayuhara Erika.
“Berani perempuan tu menghampiri Hanazawa. Dasar perempuan murahan!” Berang Asai Yuriko.

                                    ***********************************
Seperti biasa Makino akan berada di Japanese Sweet Shop pada waktu petang.
“Perbezaan masa…. Perbezaan masa antara japan dan Perancis.” Satu demi satu muka surat ditelitinya sambil makan daituku.
“Eh… Jumpa pun! Jawapannya lapan jam. Aku nak bagitahu dia esok.” Tambahnya lagi.
“Aku tengok kau sekarang semakin gembira.” Tegur Yuki yang sudah masak dengan perangainya.
“Apa?” Tanya Makino sekali lagi. Dia berpura – pura tidak faham dengan tujuan soalan Yuki.
“Bukankah lelaki yang kau ceritakan, salah seorang daripada kumpulan F4? Entah – entah dia lebih dahsyat daripada orang yang beri notis merah.” Kata Yuki.
“Yang beri notis merah dekat aku hanyalah Domyouji, ketua bapa syaitan!” Tegas Makino.
“Aku fikir Hanazawa Rui tak macam tu…” Tambahnya lagi sambil membayangkan wajah Hanazawa Rui disaat berada di hadapannya.
“Cuba kau fikir, kenapa dia tak hentikan semua permainan F4? Kenapa dia tak pernah rasa bersalah apa yang mereka buat? Macam penjenayah!”
“Dia bukan pejenayah!” Bela Makino
“Apasal yang engkau mempertahankan dia ni?” Teka Yuki sambil tersenyum.
“A..Aku tak mempertahankan dia lah!”
“Cuba kau jelaskan, dia jenis orang yang bagaimana?” Tanya Yuki yang cuba menguji hati kawannnya.
“Hmm… dia. Kadangkala aku tak faham apa yang dia fikir. Aku rasa sentiasa tenang bila ada disisi dia. Ah… Kadangkala dia senyuman nampak macam budak – budak. Dia juga ada kaki yang panjang macam model. Mata dia bulat macam guli. Hurmm… macam mana dia boleh sentiasa rasa tenang?” Rancak Makino meluahkan sambil tersenyum sipu.
“Kiranya, kau suka dekat dia?” Teka Yuki lagi. Makino cuba menyorok tentang hatinya. Segera Makino menukar topik dengan bertanya tentang status Yuki.
“Macam mana dengan kau, Yuki? Lelaki yang terlanggar dengan kau, hari tu?”
   Yuki hanya membalas dengan senyuman. Makino memandangnya dengan kehairanan.
“Apasal kau tersenyum?” Makino dapat menggagak jawapan daripada kawannya.
“Aku sudah buat…” Balas Yuki dengan ringkas.
“Eh! Apa?!” Terkejut Makino dan Okami.
Bertambah terkejut lagi makino apabila muncul Okami secara tiba – tiba. Okami terus memikirkan pekara yang negatif.
“Kamu tak tahu malu ke? Kamu tahu tak, saya hanya beri pekerjaan bagi orang yang Kimusume!” Marah Okami.
“Apa maksud kimuseme?” Tanya Makino yang kehairanan.
“Saya pun tak tahu.” Balas Yuki yang turut kehairanan.
“Kamu berdua tak tahu…” Mengeluh Okami. “Kimusume bermaksud perempuan yang masih suci.” Jawab Okami.
“Bukan maksud saya macam tu akak. Yang saya maksudkan ciuman. First kiss.” Segera Yuki memperbetulkan maksudnya.
“Oh… Ciuman ke. Tapi aku cemburu dengan kau.” Kata Makino. Muncung mulut Makino.
“Kamu sekurang – kurangnya mendapat ciuman yang pertama. Sekarang baru akak tahu kenapa dango sudah habis dijual. Ia juga berkaitan?” Kata Okami yang memberi perumpamaan. Bertamabah kehairanan Makino dan Yuki. Dango merupakan makanan yang diperbuat daripada nasi dan kacang merah.
“Apa pun antara lelaki dan perempuan… Kamu perlu berhati – hati dengan ciuman ketika sekolah tinggi.. Kamu faham, bukan!” Nasihat Okami lagi.
“Apa maksud akak?” Tanya Makino.
“Dulu saya pernah jumpa dengan seorang jejaka. Saya pernah bercinta dengannya. Dia merupakan anak orang kaya dan baik sikapnya. Tapi dia telah membunuh orang dan sekarang dia berada di penjara. Saya rasa bersalah sangat.” Cerita Okami dengan penuh asyik sebelum pergi.
“Apa yang dia nak cakap sebenarnya? Tak ada kaitan langsung.” Makino kehairanan.
Yuki memandang seorang perempuan yang mengintai dari luar kedai. Perempuan itu seperti ketakutan dan rasa bersalah.
“Tsukushi….tengok tu.” Yuki memberitahu.
“Sakurako!” Kata Makino.

                                    ***********************************
Nishikado Soujiroh dan Mimasaka Akira menghabiskan masa malam di Villa mewah Domyouji dengan bermain mahjong.
 “Apa ni? Aku asyik dapat yang tak elok saja.” Berang Domyouji.
“Jangan salahkan permainan mahjong ni.” Balas Mimasaka Akira.
“Dalam dunia ni kau sangat terkenal, Domyouji Tsukasa.” Mimasaka Akira mula panaskan hati Domyouji.
“Diamlah…” Marah Domyouji.
“Eh, itu PON.” Kata Nishikado Soujiroh.
“Nampaknya, itu bukan tsumo.” Balas Mimasaka Akira.
“Oh ya, Makino Tsukushi ada balas apa – apa tak dekat kau?” Tanya Nishikado Soujiroh.
“Kau diam dan mainlah!” Jawab Domyouji dengan marah.
“Kalau korang nak tahu, aku tak pernah jumpa perempuan macam dia sebelum ni.”Tambahnya lagi.
”Yup. Dia seorang yang miskin tapi kuat. Seronok juga buli dia.” Kata Nishikado Soujiroh.
“Betul tu. Dia seorang yang kuat. Tangan dia juga kuat. Kau ingat tak tumbukan yang sama hinggap dekat muka kau dulu? Tumbukan daripada kakak kau.” Mimasaka Akira panaskan hati Domyouji lagi.
“Ye betul tu.” Balas Nishikado Soujiroh sambil ketawa.
“Tsukasa! Jangan melampau sangat!” Ejek Nishikado Soujiroh.
“Diamlah! Cepatlah main, Nishikado!” Bengang Domyouji sambil arah Nishikado.
“Taklah. Ini giliran kau. “ Kata Mimasaka Akira sambil ketawa.
“Aku tahulah!” Balas Domyouji dengan sombong.
“Hurm…  Rasanya senang betul nak kalahkan kau, Tsukasa.” Leceh Nishikado.
“Ye…betul tu. Aku tahu Tsukasa. Niat kau nak Kokushi” Akui Mimasaka Akira. Maksud kokushi ialah meletakkan target yang tinggi dalam permainan mahjong.
“Kau tu patut main dengan hebat. ” Balas Domyouji.
“Alah, senang je ni.” Kata Mimasaka Akira yang boleh agak corak permainan Domyouji.
“Kemenangan ini untuk aku.” Kata Nishikado yang memulakan giliran.
Domyouji yang mula bengang mencampak mainan mahjong.
“Aku malas nak main dengan korang!” Domyouji mendapatkan jaketnya.
“Aku nak keluar, nak cari orang yang bakal menjadi mangsa aku.” Kata Domyouji lagi sebelum pergi. Tergangga mulut Mimasaka Akira.
“Dia cakap tentang Rui ke? Rui nak jadi mangsa dia?” Tanya Mimasaka Akira.
“Mungkin.” Jawab Nishikado.
“Rasanya Rui orang yang senang jadi sasarannya.”
“Secara semula jadi memang Rui jadi sasarannya.”
“Aku tahu... Dia tak datang sini sebab dalam minda dia hanya ada nama Shizuka sahaja.” Kata Mimasaka Akira yang tahu rahsia kawannya.
“Aku tengok Rui semakin tak senang hidup sejak dapat tahu yang Shizuka nak balik sini.” Tambah Nishikado

                                    ***********************************
Makino pulang bersama Sakurako. Mereka berjalan di kota sambil bertemankan neon.  
“Saya minta maaf. Sejak awak selamatkan saya… saya…” Mohon Sakurako.
“Tak apalah. Jangan risau tentang hal itu lagi. Awak tahu, bahaya kalau kita bersama macam ni.” Kata Makino.
“Tapi…”
“Dekat sekolah, baik awak jangan dekat dengan saya. Kalau awak nak cakap apa – apa, telefon sahaja saya. Saya tak fikir yang mereka boleh siasat sampai dalam telefon.” Pujuk Makino yang melihat Sakurako agak sedih kerana rasa bersalah.
“Saya betul – betul nak minta maaf.” Mohon Sakurako lagi.
“Tak apa.” Balas Makino dengan senyuman.
Sakurako juga membalas dengan senyuman. Makino terkejut melihat gambar model yang tepapang pada signboard yang ada di hadapannya.
“Ah! Kalau awaknak tahu, dia bekas pelajar Eitoku. Dia ialah Toudou Shizuka. Dia merupakan anak kepada pengurus besar syarikat Toudou. Dia juga model antarabangsa. Impian dia nak jadi seorang penguam antarabangsa. ” Kata Makino dengan bangga.
“Wow, awak tahu banyak tentang dia.” Balas Sakurako sambil tersenyum.
“Disebabkan dia, aku masuk ke Eitoku…”
Sakurako hampir menjerit kerana terkejut melihat salah seorang ahli kumpulan F4. Makino teperanjat.
 “Kenapa ni?” Tanya Makino.
“Salah seorang ahli kumpulan F4.” Jawab Sakurako.
Segera Makino menoleh ke kiri. Bayangan seorang lelaki yang bersandar pada kerusi sambil memerhati wajah Shizuka. Terukir senyuman dibibir Makino.
“Hanazawa Rui… Awak tunggu sini sekejap.”Kata Makino kepada Sakurako. Dia terus mendekati Hanazawa Rui.
“Haa, apa yang awak buat dekat sini?”Gempar Makino. HanazawaRui langsung tidak terkejut.
“Awak lagi.” Keluh Hanazawa Rui.
“Saya sudah tahu perbezaan masa antara Japan dan Perancis ialah 8 jam.” Beritahu Makino.
“Awak ada kenalan di sana? Atau awak nak melancong?” Tambahnya lagi.
“Jadi, jawapannya 8 jam, huh.” Balas Hanazawa Rui tanpa menjawab soalan Makino.
Makino masih menunggu jawapan Hanazawa Rui. Mungkin Hanazawa tidak akan jawab. Dia memandang Hanazawa Rui yang asyik memandang poster model itu.
“Ah… Dia yang ada di dalam poster ini adalah senior kita. Awak pernah jumpa dia tak? Saya teringin sangat nak jumpa dia.” Kata Makino dengan kagum.
Makino menoleh pandangan ke arah Hanazawa Rui. Dia tergamam seketika setelah muka Hanazawa Rui amat dekat dengan mukanya.  Hanya beberapa inci sahaja. Apa  yang dia mahu buat. Tak mungkin jika ciuman pertama.
Sakurako yang memandang dari jauh juga tergamam. Semakin bedebar jantung Makino. Jari Hanazawa Rui mengusap lembut di hujung bibir Makino.
“Ada sesuatu yang lekat di bibir awak. Nampak macam serbuk yang berwarna putih.”Kata Hanazawa Rui.
“Mungkin itu cebisan daituku yang dimakan tadi semasa kerja. Macam mana dia boleh perasan?” Bisik hati Makino.
“Mungkin itu daituku..” Kata Makino perlahan.
“Daituku?” Tanya Hanazawa Rui sekali lagi.
“Em… Tak ada apalah. Sa..Saya minta diri dulu.” Makino terus berlalu pergi.
Makino menarik tangan Sakurako. Tanpa mereka sedar, Domyouji memandang dari jauh. Dia menyimpan satu rancangan besar untuk mereka.

                                    ***********************************
Seperti pagi yang biasa, Makino melangkah kaki ke Eitoku. Pekara yang benci perlu tempuhi ialah membuka loker. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya. Perlahan – lahan dia membuka loker. Aik… tak ada notis merah? Dia menghela nafas.
Makino berjalan ke kelas. Dia terserempak Sakurako yang baru tiba di sekolah. Mereka saling membalas senyuman.
Sakurako membuka loker miliknya. Dia yang terkejut terus rebah ke lantai kerana notis merah ada di dalam lokernya.
“Notis  merah…” Tergamam Sakurako.
“Ada orang dapat notis merah!!” Jerit pelajar lelaki itu.
Ramai orang yang mendekati Sakurako, cuba mengapa - apakannya. Hampir mengeletar badanya.
“Kali ini, Sanjou Sakurako daripada kelas 2 C!! “ Heboh pelajar lelaki itu lagi.
Terbeliak mata Makino. Dia menoleh ke arah lelaki itu. Apa? Sakurako! Dia berlari sekuat hati untuk mendapatkan kawannya.
Pelajar lelaki itu menolak Sakurako ke hadapan Domyouji. Setelah Domyouji membuat isyarat, pelajar lelaki itu menuang sebaldi air ke Sakurako. Pelajar lain turut membaling guni kecil yang berisi tepung.
Sakurako menangis teresak – esak. Dia yang tak bermaya, terduduk di atas lantai. Makino baru muncul dengan membawa sebatang penyapu untuk menyelamatkan Sakurako.
“Awak tak apa – apa?” Tanya Makino.
“Tsukushi…” Panggil Sakurako sambil menangis.
Tergamak Domyouji membalas kepada orang yang tidak bersalah. Makino menarik nafas sedalam –dalamnya. Dia tidak dapat menahan marah lagi. Dia merenung ke mata Domyouji dengan penuh kebencian.
 “Mari kita tamatkan pergaduhan ini. Aku sepatutnya yang jadi mangsa kau! Bukan Sakurako!” Tengking Makino.
“Jangan nak berlakon hebat sangat!” Kata seorang pelajar lelaki.
Makino hanya membalas dengan jelingan. Semua pelajar ketawa pada Makino.
“Apa gunanya kalau kau jadi kaya tapi bodoh! Sakurako tak terlibat langsung…”Belum sempat Makino menghabiskan kata – kata, Domyouji terus mencelah.
“Kau! Nampaknya masih tak faham lagi? Kau yang isyhtiharkan peperangan antara kita, bukan?”Kata Domyouji yang ketawa sinis.
“Kalau kau berhenti sekolah, pasti masalah kau akan selesai.” Jawab Pelajar lelaki itu.
“Kau memang tak berguna langsung!” Baling sebotol cecair hitam ke arah Makino.
Makino terus membidas botol itu dengan penyapu. Botol itu tercampak ke tepi. Bertambah malang lagi, cecair yang terkeluar dari botol itu, terkena pada hujung kasut Domyouji. Samua memandang kasut Domyouji bagai satu pekara yang menjengkelkan.
“Kamu!” Tengking Domyouji.
“Awak tak apa – apa Domyouji?” Tanya tali barut Domyouji yang begitu bimbang.
“Kau pergi mampuslah !” Jerit pelajar lelaki itu sambil membaling guni kecil yang berisi tepung.
Semua pelajar turut membaling guni kecil itu. Makino membiarkan dirinya menjadi mangsa kepuasan mereka. Dia cuba melindungi kawannya, Sakurako. Domyouji memandang Makino dengan  satu perasaan yang berbeza. Perasaan yang dia sendiri tidak dapat dizahirkan.
“Berhenti semua!” Tengking Domyouji dengan kuat. Semua tergamam.
“Cukup….” Tambahnya lagi. Dia mendekati sambil merenung ke wajah Makino.
Domyouji menghela nafas. Dia cuba mencampakan jauh perasaan yang ada di dalam hati. Dia cuba kekalkan perasaan benci dan sombong cuba dikekalkan.
“Jilat…” Ringkas arahan Domyouji sambil memandang ke arah lain.
“Apa?” Terkejut Makino.
“Jilat kasut aku! Kalau kau buat, aku akan hentikan semua permainan ini.”
Domyouji merenung ke mata Makino. Jelas di mata Makino perasaan kesedihan yang ditanggungnya selama ini. Sayu hati Domyouji.
“Jilat… Jilat… Jilat… Jilat…” Jerit semua pelajar lain.
Makino memandang Sakurako. Permainan semua berpunca dirinya. Dia patut selesaikan demi menlindungi kawannya.
Makino melutut ke lantai. Semakin rancak pelajar lain memberi arahan. Nishikado dan Mimasaka Akira  menonton dengan serius. Perlahan – lahan Makino menunduk kepala ke kaki Domyouji.
Belum sempat menghampiri kasut Domyouji, suara seseorang yang dikenali mencelah.
“Awak sudah silap!”
Terhenti Makino. Semua menoleh ke belakang. Bayangan lelaki itu ialah Hanazawa Rui yang menyandar pada dinding.
“Perbezaan masa.” Kata Hanazawa Rui yang cuba membantu.
“Perbezaan masa?” Makino kehairanan.
“Jawapannya 7 jam sebab bulan Oktober ialah bulan penjimatan eletrik.” Hanazawa mendekati Makino.
“Emm… Saya minta maaf.” Balas Makino.
Domyouji yang terasa malu, terus beredar.
“Baiklah, masa sudah tamat.” Kata Nihikado.
“Permainan tamat.” Kata Mimasaka Akira.
Mereka berdua mengikut Domyouji dari belakang. Hanazawa Rui menguntum senyumanan kepada Makino sebelum pergi.
Makino memujuk Sakurako yang masih dalam ketakutan.

                                    ***********************************
Makino berlari ke laluan tangga kebakaran. Harapannya agar dapat bertemu dengan Hanazawa Rui. Dia menuruni anak tangga. Kecewa hatinya takala bayangan Hanazawa Rui juga tidak muncul.
“Kenapa…” Soal dirinya seorang sambil menyandar pada dinding.
Makino masih teringat di saat Hanazawa Rui menyelamatkan dirinya. Setiap kali kesusahan melanda pasti dia turut ada. Tapi, kenapa dia perlu selamatkan dirinya?

                                    ***********************************

Hari ini Makino masih tidak dapat notis merah. Dia yang berjalan di kaki lima, tergamam apabila semua pelajar menegurnya dengan mesra.
“Hi, Makino! Buat yang terbaik!” Tegur pelajar lelaki itu dengan tersipu – sipu.
Terhenti langkah Makino. Tergangga mulutnya. Apa yang sudah berlaku? Bukankah semua pelajar membencinya? Tetapi mengapa mereka menegur? Dia mula kehairanan.
“Selamat pagi Makino.” Tegur pelajar lain.
Makino berjalan ke Kafe untuk makan tengahari. Semua menyambutnya seperti tuan puteri. Apa yang berlaku? Tidak senang hatinya.
“Ah! Itu Tsukky! Tsukky… Tsukky, datanglah sini!” Jerit Asai Yuriko. Semua pelajar lain turut memanggil Makino.
“Tsukky? Sejak bila nama aku ditukar?”Tercengang Makino mendengar panggilan barunya.
“Masih ada di situ lagi! Cat merah itu perlu dikeluarkan! Kemaskannya! Cepat .. Cepat… Cepat…” Kata tiga sahabat itu dengan memberi sokongan kepada pekerja yang membersihkan cat merah di dinding kafe. Tulisan cat merah yang menghina Makino tempoh hari.
“Apa semua ni?”
“Oh, Tsukky. Saya minta maaf tetang pekara yang berlaku kelmarin.” Mohon Asai Yuriko yang separuh merengek.
“Sejujurnya, kami tak mampu selamatkan awak daripada Domyouji.” Tambahnya lagi.
“Sekiranya Hanazawa tak datang selamatkan awak, saya pasti membantu awak kelmarin.” Sambung Yamano Minako.
“Betul tu.” Sokong Ayuhara Erika.
“Jadi, Tsukky awak maafkan kami?” Mohon Asai Yuriko.
Makino hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sejak bila mereka berubah baik. Ada sesuatu yang telah berlaku?

                                    ***********************************

“Parti?” Tanya Yuki sambil mengemas kedai.
“Ya. Mereka ajak aku ke parti sempena kepulangan Toudou Shizuka. Mereka tanya aku, jika aku boleh datang.”
“Baguslah tu. Kau tak pernah keluar bersama dengan pelajar – pelajar Eitoku. Jadi,tak mungkin kau nak tolak permintaan itu, betul tak? Aku turut gembira untuk kau, tau. “Teruja Yuki.
“Kalau kau pergi, mungkin mereka akan tahu siapa Tsukushi yang sebenar.” Tambahnya lagi.
“Ya.. Tapi aku harap yang F4 tak akan muncul masa parti itu nanti.” Balas Makino yang agak kecewa.
“Kalau muncul pun, apa salahnhya. Cuba kau bayangkan tuan putera kacak yang kau selalu cakap itu datang? Kalau ada apa – apa berlaku, pasti dia akan selamatkan kau.” Kata Yuki yang terlebih teruja.
“Tak mungkinlah. Dia mungkin tak akan ada selalu disisi aku.” Balas Makino.
“Tak mengapa…Tapi, kau pergilah!” Pujuk Yuki.
Makino hanya membalas dengan senyuman. Muncul Okami secara tiba – tiba dari arah belakang.
“Kamu mahu teman tak?” Tanya Okami dengan  tersenyum sengih untuk mempromosikan dirinya.
“Terima kasih sajalah. Saya tak perlu teman.” Tolak pelawaan  Makino secara lembut.

                                    ***********************************

“Mama rasa kita perlu tolak duit perbelanjaan makanan bulanan sedikit supaya kita boleh belanja untuk parti kamu.” Kata Chieko sambil menyedok nasi ke dalam mangkuk.
“Mama buat begini supaya kita dapat beli dress cantik untuk kamu.”Tambahnya lagi.
“Tsukushi akhirnya dapat juga bergaul dengan orang golongan atasan.”Kata Haruo dengan gembira.
“Akhirnya, kakak jadi Cinderella!” Sambung Susumu yang betul – betul teruja.
“Eh..Berhenti mengarutlah. Saya dengar parti tu cuma memakai jeans dengan bergaya. Tak perlulah sehingga terpaksa potong duit perbelanjaan makanan, Mama”Kata Makino sambil tersenyum.
“Apa? Tak perlu? Macam mana putera kacak nak jatuh cinta dengan kamu? Itulah kebaikan Eitoku. Kamu perlu sentiasa kelihatan cantik walaupun makan makanan yang masin. ” Balas Chieko yang mula bergurau dengan anaknya.
 “Papa sudah faham, Tsukushi. Kita perlu potong daging untuk dapatkan tulang.” Kata Haruo yang beri perumpamaan.
“Apa? Apa yang papa cakap ni?” Tanya Makino yang kehairanan.
“Kalau kamu salah gunakan, pasti kamu akan kalah.” Balas Chieko.
“Maksud mama, kalau melarikan diri pasti menang?” Soal semula Haruo.
“Melarikan diri tak bagus. Mama cerita tentang putera kacak!” Balas semula Chieko.
“Ah, betul tu.”Jawab Haruo.
“Bukankah pekara itu yang kakak impikan?” Tanya Susumu sambil tersenyum.
“Mana ada! Akak cuma fikir nak pergi dan cepat pulang.” Jawab Makino yang tersenyum sipu.

                        ***********************************

Domyouji duduk di atas sofa yang empuk. Di dalam bilik khas, Domyouji di beri rawatan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Dia melihat dress hitam yang pernah dipakaioleh Makino.
Bayangan Makino dengan pakaian itu masih segar di ingatan. Begitu cantik dan anggun. Cahaya seri terpancar diwajahnya.
Disebalik ingatan itu, domyouji cuba membenci Makino. Semakin lama membenci, semakin hari berperang dengan mainan hati.

                                    ******************************
Kumpulan F4 menanti kepulangan Toudou Shizuka di Narita Airport Terminal dengan penuh rasa sabar. Mimasaka Akira dan Nishikado Soujiroh sempat melayan pramugari yang cantik.
Domyouji masih menyimpan rasa marah terhadap Hanazawa Rui . Dia langsung tidak berbual dengannya.
“Hei, kenapa kamu berdua duduk jauh sangat.” Tegur Nihikado. Dia dan Mimasaka Akira baru muncul bersama dengan mereka.
“Siapa tahu….” Belum sempat Domyouji menghabiskan kata – kata Nishikado terus mencelah. Benggang rasa dirinya,
“Siapa tahu? Mari kita rasa gembira hari ini. Masa sudah sampai. Kau tak gembira ke? Sepatutnya kau perlu senyum.” Kata Nishikado kepada Hanazawa Rui.
“Kau rasa bedebar ye?” Usik Mimasaka Akira. Mereka tahu yang Hanazawa Rui menyimpan perasaan terhadap Shizuka.
“Diamlah.” Marah Hanazawa Rui dengan tersenyum.
“Kalau Shizuka lambat…” Domyouji masih belum dapat menghabiskan kata – kata, bayangan Shizuka muncul dihadapan mereka.
Kelihatan begitu anggun dan jelita, Shizuka. Hanazawa Rui terus mendapatkannya.
“Saya sudah balik.” Kata Shizuka sambil memeluk Hanazawa Rui.
“Shizuka!” Panggil Hanazawa Rui dengan lembut. Terpancar jelas dimatanya yang menanggung berjuta kerinduan.
“Lama kita tak jumpa. Awak semakin kacak.” Kata Shizuka dengan gembira.
“Saya sudah lama menunggu awak.” Balas Hanazawa Rui.
“Saya pun sama.”
Hanazawa Rui ingin memeluknya sekali lagi tetapi Shizuka terus memeluk kawannya yang lain. Perasaan kecewa dapat dirasainya sedikit.
Shizuka memeluk dan berkata yang sama kepada kawan – kawannya yang lain. Dia mendekati Domyouji.
“Aku tengok kau ada perbezaan daripada yang dulu. Ada apa – apa yang berlaku ke?” Usik Shizuka.
“Taka da apa yang berlaku.” Jawab ringkas Domyouji.
“Kau ada bawa balik lelaki Perancis tak?” Gurau Nishikado.
“Mungkin.”Ringkas jawapannya.
“Awak ada kekasih tak?” Tanya Shizuka pada Hanazawa Rui.
“Tak.. Saya tak ada kekasih.” Yakin Hanazawa menjawab.
“Teruklah awak ni. Cinta dapat menyinarkan kehidupan awak. Betul tak?”
“Kehidupan awak yang bersinar. Asyik – asyik wajah awak terpapang dalam majalah.” Kata Hanazawa yang separuh merajuk.
“Rui, sekarang Shizuka sudah jadi model terkenal. Kamu cemburu ke?” Kata Nishikado sambil memujuk.
“Bukan itu maksud aku. Aku cuma tak suka dia terlalu dedahkan dirinya untuk orang lain. Lagipun Shizuka bukan model yang murah.” Balas Hanazawa Rui yang bercampur perasaan sedih. Dia merenung ke mata Shizuka.
“Rui, awak selalu kata begini dan sentiasa risaukan saya. Sebab itu saya sukakan awak Rui. Terima kasih.” Shizuka menghadiahkan pelukan.

                        ***********************************

Tergamam Makino melihat Villa mewah milik Toudou Shizuka. Sepanjang kawasan villa dihiasi dengan kelipan lampu seperti bintang di langit.
“Cantiknya….” Puji Makino yang seakan – akan terpukau dengan kemewahan sekolah.
Makino membuka pintu yang setinggi 300 cm. Terbeliak matanya melihat semua pelajar perempuan memakai dress yang cantik. Hanya dia seorang yang memakai jeans. Tersipu – sipu dia melangkah ke hadapan. Pelajar lain yang memandangnya terus ketawa sinis.
“Makino, kenapa awak datang lambat?” Tegur Asai Yuriko dari belakang.
“Apa? Apa yang awak pakai ni?” Tanya Ayuhara Erika yang separuh ketawa.
“Awak tak mematuhi tema iaitu dress.” Sambung Yamano Minako.
“Tapi, pakaian jeans pun okay juga.” Balas Makino yang cuba mempertahankan dirinya..
“Tak mungkinlah! Kami cuma bergurau dengan awak sahaja. Jangan ambil serius sangat.” Kata Asai Yuriko. Ketawa sinis mereka bertiga.
“Tak apalah. Jangan risau tentang pakaian awak. Kita datang cuma nak bergembira.” Tambahnya lagi.
Makino menunduk malu. Terasa janggal pula dirinya.
“F4!...” Jerit seorang perempuan. Semua memberi laluan untuk kumpulan F4 melaluinya. Terpesona pelajar perempuan melihat mereka yang begitu bergaya dan kacak.
Domyouji yang lalu, sempat menjeling ke arah Makino. Jelas wajah kesombongannya membuatkan Makino bertambah benci.
Makino kecewa. Ingatkan kumpulan F4 tidak akan muncul, tetapi sebaliknya.

                                    ***********************************

Makino membawa makanan yang diambil ke meja berhadapan kolam. Dia malas bergaul dengan pelajar lain yang ada di dalam. Gelojoh Makino menghabiskan makanan lazat. Muncul lelaki kacak yang tidak dikenali cuba berkenalan.
“Awak pelajar kolej Shizuka,kan?” Tanya lelaki itu.
“Tak, saya cuma…” Makino tidak sempat menghabiskan kata – kata.
“Wah, awak sangat comel dan unik.” Puji lelaki itu.
“Oh, ye ke?” Makino tersipu – sipu menerima pujian itu.
“Memang gadis itu unik sangat!” Muncul suara yang tidak ingin didengari.
“Dia sangat terkenal di sekolah kami, kalau awak nak tahu. Bertapa teruknya dia…” Kata Asai Yuriko.
“Saya juga dengar sudah 5 kali dia gugur.” Sambung Ayuhara Erika. Ketawa mereka bertiga. Setelah lelaki itu mendengar kata – kata mereka, dia terus berlalu pergi dengan pandangan hina.
“Kiranya, kamulah yang menulis pada dinding itu.” Makino menahan marah.
“Apa yang awak cakap ni? Awak nak tuduh kawan sendiri ke?” Yamano Minako menjeling pada Makino.
“Martabat rendah!” Tambah mereka lagi.
“Siapa yang martabat rendah? Apa salah aku dekat korang?” Marah Makino.
“Ingat kami tak tahu yang awak nak cuba dapatkan Hanazawa Rui. Awak ni memang perempuan tak tahu malu! Awak tahukan, kami habiskan duit dan masa untuk menjadi teman istimewa F4. Awak berbeza tahap dengan kami! Sedarlah!” Bidas Asai Yuriko.
“Kenapa kau tak pergi sekolah lain, huh? Kalau kau tak kaya, kau patut keluar atau berhenti sahaja.” Sambung Yamano Minako.
“Bukan masalah kamu semua yang nak sibuk sangat!” Tengking Makino.
Domyouji tersentak dengan suara Makino yang kuat. Dia terus memandang Makino. Apa yang terjadi?
“Kau jangan buat sampai kami akan buatkan Hanazawa ketawa pada kau. Pergi berambuslah!” Ketawa sinis Asai Yuriko.
“Lagipun, aku yang cantik pun Hanazawa tak pernah pandang sebab Hanazawa sudah ada kekasih.” Sambung Ayuhara Erika.
Keadaan menjadi bingit tambahan semua pelajar menjerit. Terkejut Makino. Keluar gadis yang jelita, Todou Shizuka yang diapit oleh Hanazawa Rui. Jelas di wajah mereka saling menyukai. Makino agak kecewa. Dia menyangka malam itu pasti putera kacak itu akan menjadi pelindungnya.
“Awak nampak tak? Kekasih Hanazawa ialah Toudou Shizuka!”Kata Asai Yuriko.

Makino merenung ke arah Hanazawa Rui. Dia menangis dalam hati. Tiada siapa yang akan jadi penyelamatnya untuk mala mini. 
“Pergi baliklah!” Asai Yuriko menuang segelas air ke Makino. Semua mata menumpu pada mereka.
“Maaf, tangan saya licin.” Ketawa mereka bertiga.
Seorang demi seorang menuang air ke Makino. Hampir basah kuyup dirinya. Pelajar lain hanya memandang sambil ketawa. Makino masih lagi rasa kecewa.
Domyouji yang melihat dari jauh, segera bangun mendekati Makino. Tak guna mereka kerana membuli Makino dihadapannya.
“Nampaknya awak sudah basah.” Muncul suara Hanazawa Rui yang ada disisinya.
Makino terkejut lalu memandang Hanazawa Rui. Dia menyangka pasti Hanazawa tidak akan membantunya.
“Awak ada sapu tangan?” Tanya Hanazawa.
Saya tak ada.” Jawab Makino perlahan.
“Tak mungkinlah! Tak kan kamu tak mampu nak membeli sapu tangan?” Ejek Yamano Minako.
Hanazawa menghulurkan sapu tangan untuk Makino. Perlahan – lahan dia mengambil.
“Terima kasih.” Jawab Makino yang masih sedih. Mereka saling merenung ke mata. Domyouji yang memandang, cuba menahan geram.
Muncul Todou Shizuka yang mendekati Asai Yuriko, Ayuhara Erika dan Yamano Minako.
 “Terima kasih kerana memeriahkan majlis ini.”
“Shizuka!! Sudah lama kita tidak berjumpa.” Kata kawan bertiga.
“Dress awak cantik sangat.” Puji Yamano Minako.
“Terima kasih kerana datang. Sebagai tanda terima kasih, saya ada sesuatu untuk kamu bertiga.” Senyum Shizuka.
Shizuka menyembur minuman keras ke arah mereka bertiga Lalu, mereka jatuh ke dalam kolam. Terkejut semua yang melihat tindakan Shizuka. Menjerit mereka meminta tolong.
Shizuka menghadiahkan senyuman kepada Makino. Dia benar – benar tergamam. Dia tidak menyangka yang Shizuka turut membantunya.

                        ***********************************

Makino membersihkan diri. Dia duduk bersama Shizuka di bilik pakaian.  Shizuka memilih pakaian yang sesuai untuk dipakaikan Makino.
“Hurmm… Kenapa awak bantu saya?” Tanya Makino.
“Rui ada  cakap yang dia amat minat pada seorang perempuan. Sejak saya pandang awak, saya tahu perempuan itu ialah awak.” Jawab Shizuka.
“Apa?” Tersentak Makino. Betulkah apa yang dia cakap? Berbunga –bunga hatinya.
“Saya terkejut juga sebab dia tidak pernah minat pada mana –mana perempuan lain.” Jelas Shizuka.
Makino rasa begitu kuat hatinya. Dia mengenggam erat sapu tangan Hanazawa Rui.
“Saya rasa dia suka awak.” Tambahnya lagi.
“Ah.. tak mungkinlah. Saya tak fikir macam tu sebab…”Makino jawab acuh tak acuh.
“Oh, saya rasa kasut ini sesuai untuk awak.” Shizuka menghulur ke kaki Makino.
“Wah, mesti kasut ini mahal!”
“Di Paris, ramai orang cakap perempuan perlu memakai kasut yang cantik. Kerana kasut yang akan membawa kita ke tempat yang tenang dan cantik. ” Shizuka menghulurkan senyuman.
“Hebat tak cerita saya?” Tambahnya lagi.
“Hebat…” Balas Makino yang turut tersenyum. Tidak sangka dia akan mendapat layanan sebegini. Terutamanya daripada seorang idolanya.

                                    ***********************************

“Wah….” Tergamam semua orang melihat Makino dan Shizuka yang menuruni tangga. Makino yang agak kekok cuba membiasakan diri. Dia yang memakai dress baldu berwarna putih.
Kumpulan F4 yang duduk berbual juga memandang. Tergamam Domyouji melihat kecantikan gadis itu. Makino memandang Hanazawa Rui yang mendekatinya.
“Awak sangat cantik.” Puji Hanazawa Rui dengan senyuman.
Makino membalas dengan senyuman.
Domyouji memandang Makino yang menghulurkan senyuman pada Hanazawa Rui. Mudahnya engkau memberi senyuman kepada orang lain. Hatinya begitu panas apabila teringat kata – kata daripada Makino dahulu.
“Kau ni bodohkah? Macam mana aku nak senyum!?” Kata – kata itu bermain di mindanya.
Domyouji terus bangun dan mendekati Makino.
“Siapa beri keizinan kau bercakap dengan dia. Kau tahu, aku yang beri notis merah, bukan?” Tanya Domyouji kepada Hanazawa. Dia cuba menahan marah.
“Awak jangan berkeras sangat. Awak rasa dia cantik tak?” Balas Shizukayang tidak tahu keadaan sebenar.
“Kalau awak nak tahu Shizuka, saya tidak akan maaf kepada orang yang bercakap dengan dia.” Balas Domyouji. Shizuka tergamam dengan kata – kata Domyouji.
“Apa pun, aku juga tak akan maafkan kau jika bercakap begitu pada Shizuka” Hanazawa Rui cuba mempertahankan Shizuka.
Satu tumbukan daripada Domyouji hinggap di pipi Hanazawa Rui. Tergamam semua orang. Domyouji cuba mendapatkan Hanazawa untuk memukulnya lagi.
“Jangan!” Jerit Makino.
Belum sempat Domyouji mendekati Hanazawa Rui, Makino menolak Domyouji. Suasana menjadi sepi. Mereka semua tergamam memandang Makino dan Domyouji.
“Tak mungkin!”  Kata Mimasaka Akira sambil tersenyum.
“Mungkin itu jalannya.”Sambung Nishikado Soujiroh sambil tersenyum sinis.

Makino dan Domyouji rebah ke lantai. Bibir Domyouji hinggap di bibir Makino. Apa? Ciuman pertama bersamanya? Oh, tidak….