Hana Yori Dango bermaksud Boys Over Flower. Cerita ini daripada Jepun yang diadaptasikan ke dalam bahasa melayu.
Makino merupakan gadis biasa di Sekolah Tinggi Eitoku. Dia yang serba kekurangan membuatkan dirinya menyendiri di Eitoku. Sakurako merupakan kawannya di Eitoku. Dia juga mempunyai sahabat di tempat kerja sambilan Japanese Sweet Shop iaitu Yuki.
F4 merupakan kumpulan yang terdiri daripada Domyouji, Hanazawa Rui, Mimasaka Akira dan Nishikado Soujiroh. Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dan hartawan. Mereka sering melepaskan kekerasan pada pelajar Eitoku.
Disebabkan sesuatu kejadian, Domyouji menyimpan dendam terhadap Makino. Setiap hari, Makino terpaksa menghadapi hari malangnya di Eitoku. Tetapi setiap kekerasan Domyouji pasti diselamatkan oleh Hanazawa Rui. Hanya dia yang ada disisi Makino.
Secara senyap Domyouji menyimpan perasaan terhadap Makino. Dia akan pastikan Makino akan jatuh cinta padanya. Saat romantik dilalui bersama.
Adakah Makino akan memilih Domyouji yang pernah membulinya sebagai cinta hati? Atau Hanazawa Rui yang sentiasa disisinya? Kumpulan F4 yang dikagumi dan digilai ramai kini menjadi gengaman Makino.
No comments:
Post a Comment