Makino di bawa ke bilik khas. Dia masih tidak sedarkan diri. Beberapa orang yang tidak dikenali menanggalkan pakaiannya. Perlahan – lahan Makino membuka kelopak mata.
“Siapa mereka?” Soal dalam hatinya.
“Nampaknya kita sudah tanggalkan pakaiannya.” Kata seseorang yang tak dikenali.
Makino masih ingat lagi wajah terakhir yang sempat dilihatnya iaitu Domyouji. Apa yang terjadi? Makino semakin lemah. Dia bagaikan terkena suntikan pelali. Dia melelapkan mata.
“Mari kita mulakan.” Kata lagi suara yang tak dikenali itu.
Domyouji menunggu di ruang rehat. Kini dia mampu tersenyum puas. Cuba kau rasakan peperangan antara kita.
Makino baru sahaja tersedar daripada pengsan. Dia melihat sekeliling. Semuanya dalam keadaan mewah. Makino duduk diatas kerusi yang dihadapkan dengan sebuah cermin besar.
Makino terkejut melihat dirinya dalam cermin. Semua pakaiannya berubah. Dia dipakaikan dress hitam serta perhiasan diri yang mewah. Wajahnya agak berbeza apabila disolek.
“Apa semua ini?” Tergamam Makino.
Domyouji tersenyum sambil melihat Makino dari arah belakang. Makino yang sedar terus menoleh ke belakang.
“Kau! Apa semua ni?!” Tanya Makino.
“Withdraw.” Ringkas Domyouji membalas.
“Apa?” Bertambah kebingguan Makino.
“Kau isytiharkan peperangan, bukan? Withdraw.”
“Aku cuma bergurau.” Balas Makino.
“100 juta yen.” Ringkas Domyouji memberitahu.
“Huh?” Makino kehairanan.
“Semua jumlah perbelanjaan terhadap diri engkau.”
“100 juta yen?!” Terbeliak mata Makino. Seumur hidupnya pun tak pernah rasa duit sebanyak itu.
“Jumlah rawatan spa, rambut dan solekan ialah 10 juta. Dress 20 juta. Rantai, cicin dan lain – lain lagi membuatkan semuanya 100 juta yen.” Jelas Domyouji.
“Tak mungkin… Kau gunakan seolah -olah berhutang dengan kau!?” Bengang Makino.
“Diam! Aku tak kesah harganya berapa, kalau kau nak aku boleh bagilah. Dengan Percuma!” Kata Domyouji.
“Apa? Habis kenapa kau buat semua ni?”
Domyouji hanya membalas dengan ketawa sinis.
“Kenapa kau ketawa pula?! Kau ingat aku nak sangat semua benda ni?Arghh…” Makino cuba mencabut cicin dari jarinya.
“Apa pun, tak kan kau tak berminat langsung dengan semua barang yang aku bagi? Kau suka kan?” Tanya Domyouji yang cuba menguji Makino.
“Tapi, sebab…” Memang Makino akui, dia amat suka tapi bukan daripadanya. Apa maksud Domyouji sebenarnya.
Domyouji tersenyum sinis. Jika Makino mengaku pasti dia akan menang kali ini.
“Tengok, manusia boleh berubah sekelip mata hanya mengunakan kuasa dan kekayaan. Kau cuma orang biasa! Tiada harta kekayaan.” Hina Domyouji.
Makino rasa dirinya sangat tercabar dan terhina. Dia mengenggam erat tangan dan menahan marah di dalam hatinya.
“Senyum… Kalau kau rasa gembira, senyum? Imej kau sudah berubah pasti kau rasa gembira, bukan?.” Domyouji mula mendekati Makino. Dia mula memaksa Makino untuk menghadiahkan padanya dengan sebuah senyuman.
“Senyum. Senyum, aku kata!”Paksa Domyouji.
“Kau ni bodohkah? Macam mana aku nak senyum!? Apa yang kau bagi dekat aku, sedikit pun tak menarik! Aku tak berminat langsung! Kau tak boleh gunakan semua pekara dalam dunia ini dengan duit kau.” Tengking Makino. Tergamam Domyouji buat kali kedua.
“Aku tak akan mengalah, Domyouji! Kau jangan umpan aku seperti perempuan murahan lain!” Makino terus keluar daaripada bilik itu.
Terpaku Domyouji. Dia seolah – olah terkunci mulut untuk membalas. Dia tidak menjangka yang Makino akan membalasnya dengan hinaan.
“Hilang akal ke! Macam manalah nak senyum kalau kena paksa?!” Mengomel Makino sambil mencari jalan keluar. Langkahnya terhenti setelah mengingati sesuatu.
“Mana baju sekolah aku?”
Makino masuk satu demi satu bilik di setiap lorong. Melopong mulutnya melihat kemewahan setiap ruang di dalam villa itu. Dia melihat beberapa gambar di atas kabinet. Siapakah gadis yang cantik itu?
“Cantiknya… Ah, ini bukan masa untuk kagum dengan kecantikan orang lain.” Tersedar Makino semula.
Makino masuk ke dalam sebuah bilik lagi. Tergamam dirinya apabila melihat ruang meja makan yang sangat panjang. Ia mengingatkan pada satu babak di dalam sebuah filem terkenal.
“Ahhh!!! Ini meja makan Harry Potter ke? Herr.. macam tak percaya!”Makino mencari dan terus mencari. Hampir lesu dirinya.
“Dunia apa ni… Mana baju sekolah?” Makino berjalan ke ruang hadapan.
Pintu villa terbuka luas. Kaeda dan beberapa pengawal peribadinya masuk ke dalam villa. Kaeda sempat menjeling padangan ke arah Makino.
“Aaa… Nanti!” Tegur Makino ke arah Kaeda.
Segera pengawal peribadi Kaeda mengheret Makino keluar dari Villa mewah itu setelah menukar pakaian.
Makino meneloh ke belakang. Terpaku seketika melihat villa yang seperti istana itu.
“Wau…Rumah ni seperti di luar negara. Mungkin aku dah silap pilih musuh nampaknya.”Keluh Makino.
Domyouji memandang Makino melalui jendela daripada tingkat dua. Domyouji masih ingat kata – kata Makino. Sememangnya kata – kata itu bermain di fikirannya.
***********************************
Dari luar suara rakan sekelas Makino jelas bergosip tentang dirinya.
“Makino Tsukushi sepatutnya dibuang ke daerah Tokyo Bay sekarang juga. Baru dia rasa.” Kata seorang lelaki.
“Itulah siapa suruh dia isytiharkan peperangan dengan Domyouji tanpa berfikir panjang.” Balas pelajar perempuan.
“Dia di ibaratkan membunuh dirinya sendiri.” Kata lelaki itu pula sambil ketawa. Mereka semua turut ketawa gembira.
Makino tidak mampu menahan marah lagi.
“Kalau aku pergi mana pun, bukan masalah korang!” Tengking Makino yang sudah lama muncul.
Semua menjeling ke arah Makino dengan rasa marah.
“Korang tahu tak, aku rasa lebih elok kalau dia berhenti sekolah serta merta.” Kata Asai Yuriko.
“Ye, betul tu! Sebelum dia berhenti sekolah kerana orang lain.” Balas Ayuhara Erika.
“Betul tu….” Balas semua pelajar lain. Mereka semua memulaukan Makino. Ini semua angkara F4!
Sakurako juga berlalu pergi. Makino terpaksa memendam rasa marah seorang diri. Tapi kenapa dia tinggalkan aku?
***********************************
Makino melangkah kaki ke Kafe untuk makan tengahari. Alangkah terkejut apabila melihat sepanjang pintu kaca di cat merah dengan perkataan yang tak senonoh. “Makino Tsukushi perempuan murahan jahat yang sudah 5 kali gugur kandungan.” Siapa yang tergamak menulis semua ni?
“Tertanya – tanya saya selama ini? Kali pertama saya dengar begini.” Kata Asai Yuriko.
“Sungguh tak cool!” Balas Yamano Minako.
“Kalau apa yang ditulis semua tak benar, saya fikir saya tak mampu nak hidup.” Kata Asai Yuriko lagi. Dia mengharapkan pekara yang tidak baik berlaku pada Makino.
“Tapi…saya rasa ia benar.” Balas Ayuhara Erika dengan yakin.
Makino mengenggam erat tangan menahan geram. Mereka semua kejam. Mereka memang gembira jika kawan sekelas mereka diejek dan dihina.
Makino berlari sekuat hati ke laluan kebakaran. Hujan renyai merintih dari awan seperti hatinya juga.
“Kenapa dengan semua orang! Aku masih ada dara lagi!” Jerit Makino separuh menangis. Begitu hina mereka memandang Makino seolah – olah dia tidak bermaruah.
Makino menarik nafas lega. Dengan menjerit sebegini, dia dapat tenangkan hati.
“Alamak, terlupa pula! Hanazawa Rui!” Dia menoleh ke belakang.
“Haa… Nasib baik dia tiada. Kalau tidak pasti dia dengar perkataan dara.” Tambahnya lagi.
Makino memandang persekitaran. Indah juga permandangan dari sini terutama permandangan selepas hujan.
“Hmm…dara, eh?” Muncul Hanazawa Rui dari arah belakang.
Alamak, dia! Makino menunduk malu. Sejak bila pula yang dia muncul. Hanazawa Rui memandang makino dengan senyuman.
“Tolonglah, jangan gelak!” Kata Makino.
Hanazawa Rui menyambung semula melihat buku yang sering dibawa ke mana sahaja.
“Awak tahu tak perbezaan masa diantara sini dengan Perancis?” Tanya Hanazawa Rui.
“Apa?” TanyaMakino sekali lagi.
“Perbezaan masa.” Ringkas Hanazawa Rui ulang.
“Tak…Saya tak tahu.” Jawab Makino.
Banyak gambar model cantik dalam buku yang Hanazawa Rui baca. Dia melihat dengan senyuman menawan. Makino merenung ke wajah Hanazawa Rui. Susah benar melihat senyuman itu.
Tiga sekawan, Ayuhara Erika, Yamano Minako dan Asai Yuriko melihat dari jauh. Tergamam mereka melihat Makino duduk bersama Hanazawa Rui yang digilai ramai.
“Nanti sekejap! Kenapa Hanazawa bersama dengan perempuan tu?!” Rungut Ayuhara Erika.
“Berani perempuan tu menghampiri Hanazawa. Dasar perempuan murahan!” Berang Asai Yuriko.
***********************************
Seperti biasa Makino akan berada di Japanese Sweet Shop pada waktu petang.
“Perbezaan masa…. Perbezaan masa antara japan dan Perancis.” Satu demi satu muka surat ditelitinya sambil makan daituku.
“Eh… Jumpa pun! Jawapannya lapan jam. Aku nak bagitahu dia esok.” Tambahnya lagi.
“Aku tengok kau sekarang semakin gembira.” Tegur Yuki yang sudah masak dengan perangainya.
“Apa?” Tanya Makino sekali lagi. Dia berpura – pura tidak faham dengan tujuan soalan Yuki.
“Bukankah lelaki yang kau ceritakan, salah seorang daripada kumpulan F4? Entah – entah dia lebih dahsyat daripada orang yang beri notis merah.” Kata Yuki.
“Yang beri notis merah dekat aku hanyalah Domyouji, ketua bapa syaitan!” Tegas Makino.
“Aku fikir Hanazawa Rui tak macam tu…” Tambahnya lagi sambil membayangkan wajah Hanazawa Rui disaat berada di hadapannya.
“Cuba kau fikir, kenapa dia tak hentikan semua permainan F4? Kenapa dia tak pernah rasa bersalah apa yang mereka buat? Macam penjenayah!”
“Dia bukan pejenayah!” Bela Makino
“Apasal yang engkau mempertahankan dia ni?” Teka Yuki sambil tersenyum.
“A..Aku tak mempertahankan dia lah!”
“Cuba kau jelaskan, dia jenis orang yang bagaimana?” Tanya Yuki yang cuba menguji hati kawannnya.
“Hmm… dia. Kadangkala aku tak faham apa yang dia fikir. Aku rasa sentiasa tenang bila ada disisi dia. Ah… Kadangkala dia senyuman nampak macam budak – budak. Dia juga ada kaki yang panjang macam model. Mata dia bulat macam guli. Hurmm… macam mana dia boleh sentiasa rasa tenang?” Rancak Makino meluahkan sambil tersenyum sipu.
“Kiranya, kau suka dekat dia?” Teka Yuki lagi. Makino cuba menyorok tentang hatinya. Segera Makino menukar topik dengan bertanya tentang status Yuki.
“Macam mana dengan kau, Yuki? Lelaki yang terlanggar dengan kau, hari tu?”
Yuki hanya membalas dengan senyuman. Makino memandangnya dengan kehairanan.
“Apasal kau tersenyum?” Makino dapat menggagak jawapan daripada kawannya.
“Aku sudah buat…” Balas Yuki dengan ringkas.
“Eh! Apa?!” Terkejut Makino dan Okami.
Bertambah terkejut lagi makino apabila muncul Okami secara tiba – tiba. Okami terus memikirkan pekara yang negatif.
“Kamu tak tahu malu ke? Kamu tahu tak, saya hanya beri pekerjaan bagi orang yang Kimusume!” Marah Okami.
“Apa maksud kimuseme?” Tanya Makino yang kehairanan.
“Saya pun tak tahu.” Balas Yuki yang turut kehairanan.
“Kamu berdua tak tahu…” Mengeluh Okami. “Kimusume bermaksud perempuan yang masih suci.” Jawab Okami.
“Bukan maksud saya macam tu akak. Yang saya maksudkan ciuman. First kiss.” Segera Yuki memperbetulkan maksudnya.
“Oh… Ciuman ke. Tapi aku cemburu dengan kau.” Kata Makino. Muncung mulut Makino.
“Kamu sekurang – kurangnya mendapat ciuman yang pertama. Sekarang baru akak tahu kenapa dango sudah habis dijual. Ia juga berkaitan?” Kata Okami yang memberi perumpamaan. Bertamabah kehairanan Makino dan Yuki. Dango merupakan makanan yang diperbuat daripada nasi dan kacang merah.
“Apa pun antara lelaki dan perempuan… Kamu perlu berhati – hati dengan ciuman ketika sekolah tinggi.. Kamu faham, bukan!” Nasihat Okami lagi.
“Apa maksud akak?” Tanya Makino.
“Dulu saya pernah jumpa dengan seorang jejaka. Saya pernah bercinta dengannya. Dia merupakan anak orang kaya dan baik sikapnya. Tapi dia telah membunuh orang dan sekarang dia berada di penjara. Saya rasa bersalah sangat.” Cerita Okami dengan penuh asyik sebelum pergi.
“Apa yang dia nak cakap sebenarnya? Tak ada kaitan langsung.” Makino kehairanan.
Yuki memandang seorang perempuan yang mengintai dari luar kedai. Perempuan itu seperti ketakutan dan rasa bersalah.
“Tsukushi….tengok tu.” Yuki memberitahu.
“Sakurako!” Kata Makino.
***********************************
Nishikado Soujiroh dan Mimasaka Akira menghabiskan masa malam di Villa mewah Domyouji dengan bermain mahjong.
“Apa ni? Aku asyik dapat yang tak elok saja.” Berang Domyouji.
“Jangan salahkan permainan mahjong ni.” Balas Mimasaka Akira.
“Dalam dunia ni kau sangat terkenal, Domyouji Tsukasa.” Mimasaka Akira mula panaskan hati Domyouji.
“Diamlah…” Marah Domyouji.
“Eh, itu PON.” Kata Nishikado Soujiroh.
“Nampaknya, itu bukan tsumo.” Balas Mimasaka Akira.
“Oh ya, Makino Tsukushi ada balas apa – apa tak dekat kau?” Tanya Nishikado Soujiroh.
“Kau diam dan mainlah!” Jawab Domyouji dengan marah.
“Kalau korang nak tahu, aku tak pernah jumpa perempuan macam dia sebelum ni.”Tambahnya lagi.
”Yup. Dia seorang yang miskin tapi kuat. Seronok juga buli dia.” Kata Nishikado Soujiroh.
“Betul tu. Dia seorang yang kuat. Tangan dia juga kuat. Kau ingat tak tumbukan yang sama hinggap dekat muka kau dulu? Tumbukan daripada kakak kau.” Mimasaka Akira panaskan hati Domyouji lagi.
“Ye betul tu.” Balas Nishikado Soujiroh sambil ketawa.
“Tsukasa! Jangan melampau sangat!” Ejek Nishikado Soujiroh.
“Diamlah! Cepatlah main, Nishikado!” Bengang Domyouji sambil arah Nishikado.
“Taklah. Ini giliran kau. “ Kata Mimasaka Akira sambil ketawa.
“Aku tahulah!” Balas Domyouji dengan sombong.
“Hurm… Rasanya senang betul nak kalahkan kau, Tsukasa.” Leceh Nishikado.
“Ye…betul tu. Aku tahu Tsukasa. Niat kau nak Kokushi” Akui Mimasaka Akira. Maksud kokushi ialah meletakkan target yang tinggi dalam permainan mahjong.
“Kau tu patut main dengan hebat. ” Balas Domyouji.
“Alah, senang je ni.” Kata Mimasaka Akira yang boleh agak corak permainan Domyouji.
“Kemenangan ini untuk aku.” Kata Nishikado yang memulakan giliran.
Domyouji yang mula bengang mencampak mainan mahjong.
“Aku malas nak main dengan korang!” Domyouji mendapatkan jaketnya.
“Aku nak keluar, nak cari orang yang bakal menjadi mangsa aku.” Kata Domyouji lagi sebelum pergi. Tergangga mulut Mimasaka Akira.
“Dia cakap tentang Rui ke? Rui nak jadi mangsa dia?” Tanya Mimasaka Akira.
“Mungkin.” Jawab Nishikado.
“Rasanya Rui orang yang senang jadi sasarannya.”
“Secara semula jadi memang Rui jadi sasarannya.”
“Aku tahu... Dia tak datang sini sebab dalam minda dia hanya ada nama Shizuka sahaja.” Kata Mimasaka Akira yang tahu rahsia kawannya.
“Aku tengok Rui semakin tak senang hidup sejak dapat tahu yang Shizuka nak balik sini.” Tambah Nishikado
***********************************
Makino pulang bersama Sakurako. Mereka berjalan di kota sambil bertemankan neon.
“Saya minta maaf. Sejak awak selamatkan saya… saya…” Mohon Sakurako.
“Tak apalah. Jangan risau tentang hal itu lagi. Awak tahu, bahaya kalau kita bersama macam ni.” Kata Makino.
“Tapi…”
“Dekat sekolah, baik awak jangan dekat dengan saya. Kalau awak nak cakap apa – apa, telefon sahaja saya. Saya tak fikir yang mereka boleh siasat sampai dalam telefon.” Pujuk Makino yang melihat Sakurako agak sedih kerana rasa bersalah.
“Saya betul – betul nak minta maaf.” Mohon Sakurako lagi.
“Tak apa.” Balas Makino dengan senyuman.
Sakurako juga membalas dengan senyuman. Makino terkejut melihat gambar model yang tepapang pada signboard yang ada di hadapannya.
“Ah! Kalau awaknak tahu, dia bekas pelajar Eitoku. Dia ialah Toudou Shizuka. Dia merupakan anak kepada pengurus besar syarikat Toudou. Dia juga model antarabangsa. Impian dia nak jadi seorang penguam antarabangsa. ” Kata Makino dengan bangga.
“Wow, awak tahu banyak tentang dia.” Balas Sakurako sambil tersenyum.
“Disebabkan dia, aku masuk ke Eitoku…”
Sakurako hampir menjerit kerana terkejut melihat salah seorang ahli kumpulan F4. Makino teperanjat.
“Kenapa ni?” Tanya Makino.
“Salah seorang ahli kumpulan F4.” Jawab Sakurako.
Segera Makino menoleh ke kiri. Bayangan seorang lelaki yang bersandar pada kerusi sambil memerhati wajah Shizuka. Terukir senyuman dibibir Makino.
“Hanazawa Rui… Awak tunggu sini sekejap.”Kata Makino kepada Sakurako. Dia terus mendekati Hanazawa Rui.
“Haa, apa yang awak buat dekat sini?”Gempar Makino. HanazawaRui langsung tidak terkejut.
“Awak lagi.” Keluh Hanazawa Rui.
“Saya sudah tahu perbezaan masa antara Japan dan Perancis ialah 8 jam.” Beritahu Makino.
“Awak ada kenalan di sana? Atau awak nak melancong?” Tambahnya lagi.
“Jadi, jawapannya 8 jam, huh.” Balas Hanazawa Rui tanpa menjawab soalan Makino.
Makino masih menunggu jawapan Hanazawa Rui. Mungkin Hanazawa tidak akan jawab. Dia memandang Hanazawa Rui yang asyik memandang poster model itu.
“Ah… Dia yang ada di dalam poster ini adalah senior kita. Awak pernah jumpa dia tak? Saya teringin sangat nak jumpa dia.” Kata Makino dengan kagum.
Makino menoleh pandangan ke arah Hanazawa Rui. Dia tergamam seketika setelah muka Hanazawa Rui amat dekat dengan mukanya. Hanya beberapa inci sahaja. Apa yang dia mahu buat. Tak mungkin jika ciuman pertama.
Sakurako yang memandang dari jauh juga tergamam. Semakin bedebar jantung Makino. Jari Hanazawa Rui mengusap lembut di hujung bibir Makino.
“Ada sesuatu yang lekat di bibir awak. Nampak macam serbuk yang berwarna putih.”Kata Hanazawa Rui.
“Mungkin itu cebisan daituku yang dimakan tadi semasa kerja. Macam mana dia boleh perasan?” Bisik hati Makino.
“Mungkin itu daituku..” Kata Makino perlahan.
“Daituku?” Tanya Hanazawa Rui sekali lagi.
“Em… Tak ada apalah. Sa..Saya minta diri dulu.” Makino terus berlalu pergi.
Makino menarik tangan Sakurako. Tanpa mereka sedar, Domyouji memandang dari jauh. Dia menyimpan satu rancangan besar untuk mereka.
***********************************
Seperti pagi yang biasa, Makino melangkah kaki ke Eitoku. Pekara yang benci perlu tempuhi ialah membuka loker. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya. Perlahan – lahan dia membuka loker. Aik… tak ada notis merah? Dia menghela nafas.
Makino berjalan ke kelas. Dia terserempak Sakurako yang baru tiba di sekolah. Mereka saling membalas senyuman.
Sakurako membuka loker miliknya. Dia yang terkejut terus rebah ke lantai kerana notis merah ada di dalam lokernya.
“Notis merah…” Tergamam Sakurako.
“Ada orang dapat notis merah!!” Jerit pelajar lelaki itu.
Ramai orang yang mendekati Sakurako, cuba mengapa - apakannya. Hampir mengeletar badanya.
“Kali ini, Sanjou Sakurako daripada kelas 2 C!! “ Heboh pelajar lelaki itu lagi.
Terbeliak mata Makino. Dia menoleh ke arah lelaki itu. Apa? Sakurako! Dia berlari sekuat hati untuk mendapatkan kawannya.
Pelajar lelaki itu menolak Sakurako ke hadapan Domyouji. Setelah Domyouji membuat isyarat, pelajar lelaki itu menuang sebaldi air ke Sakurako. Pelajar lain turut membaling guni kecil yang berisi tepung.
Sakurako menangis teresak – esak. Dia yang tak bermaya, terduduk di atas lantai. Makino baru muncul dengan membawa sebatang penyapu untuk menyelamatkan Sakurako.
“Awak tak apa – apa?” Tanya Makino.
“Tsukushi…” Panggil Sakurako sambil menangis.
Tergamak Domyouji membalas kepada orang yang tidak bersalah. Makino menarik nafas sedalam –dalamnya. Dia tidak dapat menahan marah lagi. Dia merenung ke mata Domyouji dengan penuh kebencian.
“Mari kita tamatkan pergaduhan ini. Aku sepatutnya yang jadi mangsa kau! Bukan Sakurako!” Tengking Makino.
“Jangan nak berlakon hebat sangat!” Kata seorang pelajar lelaki.
Makino hanya membalas dengan jelingan. Semua pelajar ketawa pada Makino.
“Apa gunanya kalau kau jadi kaya tapi bodoh! Sakurako tak terlibat langsung…”Belum sempat Makino menghabiskan kata – kata, Domyouji terus mencelah.
“Kau! Nampaknya masih tak faham lagi? Kau yang isyhtiharkan peperangan antara kita, bukan?”Kata Domyouji yang ketawa sinis.
“Kalau kau berhenti sekolah, pasti masalah kau akan selesai.” Jawab Pelajar lelaki itu.
“Kau memang tak berguna langsung!” Baling sebotol cecair hitam ke arah Makino.
Makino terus membidas botol itu dengan penyapu. Botol itu tercampak ke tepi. Bertambah malang lagi, cecair yang terkeluar dari botol itu, terkena pada hujung kasut Domyouji. Samua memandang kasut Domyouji bagai satu pekara yang menjengkelkan.
“Kamu!” Tengking Domyouji.
“Awak tak apa – apa Domyouji?” Tanya tali barut Domyouji yang begitu bimbang.
“Kau pergi mampuslah !” Jerit pelajar lelaki itu sambil membaling guni kecil yang berisi tepung.
Semua pelajar turut membaling guni kecil itu. Makino membiarkan dirinya menjadi mangsa kepuasan mereka. Dia cuba melindungi kawannya, Sakurako. Domyouji memandang Makino dengan satu perasaan yang berbeza. Perasaan yang dia sendiri tidak dapat dizahirkan.
“Berhenti semua!” Tengking Domyouji dengan kuat. Semua tergamam.
“Cukup….” Tambahnya lagi. Dia mendekati sambil merenung ke wajah Makino.
Domyouji menghela nafas. Dia cuba mencampakan jauh perasaan yang ada di dalam hati. Dia cuba kekalkan perasaan benci dan sombong cuba dikekalkan.
“Jilat…” Ringkas arahan Domyouji sambil memandang ke arah lain.
“Apa?” Terkejut Makino.
“Jilat kasut aku! Kalau kau buat, aku akan hentikan semua permainan ini.”
Domyouji merenung ke mata Makino. Jelas di mata Makino perasaan kesedihan yang ditanggungnya selama ini. Sayu hati Domyouji.
“Jilat… Jilat… Jilat… Jilat…” Jerit semua pelajar lain.
Makino memandang Sakurako. Permainan semua berpunca dirinya. Dia patut selesaikan demi menlindungi kawannya.
Makino melutut ke lantai. Semakin rancak pelajar lain memberi arahan. Nishikado dan Mimasaka Akira menonton dengan serius. Perlahan – lahan Makino menunduk kepala ke kaki Domyouji.
Belum sempat menghampiri kasut Domyouji, suara seseorang yang dikenali mencelah.
“Awak sudah silap!”
Terhenti Makino. Semua menoleh ke belakang. Bayangan lelaki itu ialah Hanazawa Rui yang menyandar pada dinding.
“Perbezaan masa.” Kata Hanazawa Rui yang cuba membantu.
“Perbezaan masa?” Makino kehairanan.
“Jawapannya 7 jam sebab bulan Oktober ialah bulan penjimatan eletrik.” Hanazawa mendekati Makino.
“Emm… Saya minta maaf.” Balas Makino.
Domyouji yang terasa malu, terus beredar.
“Baiklah, masa sudah tamat.” Kata Nihikado.
“Permainan tamat.” Kata Mimasaka Akira.
Mereka berdua mengikut Domyouji dari belakang. Hanazawa Rui menguntum senyumanan kepada Makino sebelum pergi.
Makino memujuk Sakurako yang masih dalam ketakutan.
***********************************
Makino berlari ke laluan tangga kebakaran. Harapannya agar dapat bertemu dengan Hanazawa Rui. Dia menuruni anak tangga. Kecewa hatinya takala bayangan Hanazawa Rui juga tidak muncul.
“Kenapa…” Soal dirinya seorang sambil menyandar pada dinding.
Makino masih teringat di saat Hanazawa Rui menyelamatkan dirinya. Setiap kali kesusahan melanda pasti dia turut ada. Tapi, kenapa dia perlu selamatkan dirinya?
***********************************
Hari ini Makino masih tidak dapat notis merah. Dia yang berjalan di kaki lima, tergamam apabila semua pelajar menegurnya dengan mesra.
“Hi, Makino! Buat yang terbaik!” Tegur pelajar lelaki itu dengan tersipu – sipu.
Terhenti langkah Makino. Tergangga mulutnya. Apa yang sudah berlaku? Bukankah semua pelajar membencinya? Tetapi mengapa mereka menegur? Dia mula kehairanan.
“Selamat pagi Makino.” Tegur pelajar lain.
Makino berjalan ke Kafe untuk makan tengahari. Semua menyambutnya seperti tuan puteri. Apa yang berlaku? Tidak senang hatinya.
“Ah! Itu Tsukky! Tsukky… Tsukky, datanglah sini!” Jerit Asai Yuriko. Semua pelajar lain turut memanggil Makino.
“Tsukky? Sejak bila nama aku ditukar?”Tercengang Makino mendengar panggilan barunya.
“Masih ada di situ lagi! Cat merah itu perlu dikeluarkan! Kemaskannya! Cepat .. Cepat… Cepat…” Kata tiga sahabat itu dengan memberi sokongan kepada pekerja yang membersihkan cat merah di dinding kafe. Tulisan cat merah yang menghina Makino tempoh hari.
“Apa semua ni?”
“Oh, Tsukky. Saya minta maaf tetang pekara yang berlaku kelmarin.” Mohon Asai Yuriko yang separuh merengek.
“Sejujurnya, kami tak mampu selamatkan awak daripada Domyouji.” Tambahnya lagi.
“Sekiranya Hanazawa tak datang selamatkan awak, saya pasti membantu awak kelmarin.” Sambung Yamano Minako.
“Betul tu.” Sokong Ayuhara Erika.
“Jadi, Tsukky awak maafkan kami?” Mohon Asai Yuriko.
Makino hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sejak bila mereka berubah baik. Ada sesuatu yang telah berlaku?
***********************************
“Parti?” Tanya Yuki sambil mengemas kedai.
“Ya. Mereka ajak aku ke parti sempena kepulangan Toudou Shizuka. Mereka tanya aku, jika aku boleh datang.”
“Baguslah tu. Kau tak pernah keluar bersama dengan pelajar – pelajar Eitoku. Jadi,tak mungkin kau nak tolak permintaan itu, betul tak? Aku turut gembira untuk kau, tau. “Teruja Yuki.
“Kalau kau pergi, mungkin mereka akan tahu siapa Tsukushi yang sebenar.” Tambahnya lagi.
“Ya.. Tapi aku harap yang F4 tak akan muncul masa parti itu nanti.” Balas Makino yang agak kecewa.
“Kalau muncul pun, apa salahnhya. Cuba kau bayangkan tuan putera kacak yang kau selalu cakap itu datang? Kalau ada apa – apa berlaku, pasti dia akan selamatkan kau.” Kata Yuki yang terlebih teruja.
“Tak mungkinlah. Dia mungkin tak akan ada selalu disisi aku.” Balas Makino.
“Tak mengapa…Tapi, kau pergilah!” Pujuk Yuki.
Makino hanya membalas dengan senyuman. Muncul Okami secara tiba – tiba dari arah belakang.
“Kamu mahu teman tak?” Tanya Okami dengan tersenyum sengih untuk mempromosikan dirinya.
“Terima kasih sajalah. Saya tak perlu teman.” Tolak pelawaan Makino secara lembut.
***********************************
“Mama rasa kita perlu tolak duit perbelanjaan makanan bulanan sedikit supaya kita boleh belanja untuk parti kamu.” Kata Chieko sambil menyedok nasi ke dalam mangkuk.
“Mama buat begini supaya kita dapat beli dress cantik untuk kamu.”Tambahnya lagi.
“Tsukushi akhirnya dapat juga bergaul dengan orang golongan atasan.”Kata Haruo dengan gembira.
“Akhirnya, kakak jadi Cinderella!” Sambung Susumu yang betul – betul teruja.
“Eh..Berhenti mengarutlah. Saya dengar parti tu cuma memakai jeans dengan bergaya. Tak perlulah sehingga terpaksa potong duit perbelanjaan makanan, Mama”Kata Makino sambil tersenyum.
“Apa? Tak perlu? Macam mana putera kacak nak jatuh cinta dengan kamu? Itulah kebaikan Eitoku. Kamu perlu sentiasa kelihatan cantik walaupun makan makanan yang masin. ” Balas Chieko yang mula bergurau dengan anaknya.
“Papa sudah faham, Tsukushi. Kita perlu potong daging untuk dapatkan tulang.” Kata Haruo yang beri perumpamaan.
“Apa? Apa yang papa cakap ni?” Tanya Makino yang kehairanan.
“Kalau kamu salah gunakan, pasti kamu akan kalah.” Balas Chieko.
“Maksud mama, kalau melarikan diri pasti menang?” Soal semula Haruo.
“Melarikan diri tak bagus. Mama cerita tentang putera kacak!” Balas semula Chieko.
“Ah, betul tu.”Jawab Haruo.
“Bukankah pekara itu yang kakak impikan?” Tanya Susumu sambil tersenyum.
“Mana ada! Akak cuma fikir nak pergi dan cepat pulang.” Jawab Makino yang tersenyum sipu.
***********************************
Domyouji duduk di atas sofa yang empuk. Di dalam bilik khas, Domyouji di beri rawatan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Dia melihat dress hitam yang pernah dipakaioleh Makino.
Bayangan Makino dengan pakaian itu masih segar di ingatan. Begitu cantik dan anggun. Cahaya seri terpancar diwajahnya.
Disebalik ingatan itu, domyouji cuba membenci Makino. Semakin lama membenci, semakin hari berperang dengan mainan hati.
******************************
Kumpulan F4 menanti kepulangan Toudou Shizuka di Narita Airport Terminal dengan penuh rasa sabar. Mimasaka Akira dan Nishikado Soujiroh sempat melayan pramugari yang cantik.
Domyouji masih menyimpan rasa marah terhadap Hanazawa Rui . Dia langsung tidak berbual dengannya.
“Hei, kenapa kamu berdua duduk jauh sangat.” Tegur Nihikado. Dia dan Mimasaka Akira baru muncul bersama dengan mereka.
“Siapa tahu….” Belum sempat Domyouji menghabiskan kata – kata Nishikado terus mencelah. Benggang rasa dirinya,
“Siapa tahu? Mari kita rasa gembira hari ini. Masa sudah sampai. Kau tak gembira ke? Sepatutnya kau perlu senyum.” Kata Nishikado kepada Hanazawa Rui.
“Kau rasa bedebar ye?” Usik Mimasaka Akira. Mereka tahu yang Hanazawa Rui menyimpan perasaan terhadap Shizuka.
“Diamlah.” Marah Hanazawa Rui dengan tersenyum.
“Kalau Shizuka lambat…” Domyouji masih belum dapat menghabiskan kata – kata, bayangan Shizuka muncul dihadapan mereka.
Kelihatan begitu anggun dan jelita, Shizuka. Hanazawa Rui terus mendapatkannya.
“Saya sudah balik.” Kata Shizuka sambil memeluk Hanazawa Rui.
“Shizuka!” Panggil Hanazawa Rui dengan lembut. Terpancar jelas dimatanya yang menanggung berjuta kerinduan.
“Lama kita tak jumpa. Awak semakin kacak.” Kata Shizuka dengan gembira.
“Saya sudah lama menunggu awak.” Balas Hanazawa Rui.
“Saya pun sama.”
Hanazawa Rui ingin memeluknya sekali lagi tetapi Shizuka terus memeluk kawannya yang lain. Perasaan kecewa dapat dirasainya sedikit.
Shizuka memeluk dan berkata yang sama kepada kawan – kawannya yang lain. Dia mendekati Domyouji.
“Aku tengok kau ada perbezaan daripada yang dulu. Ada apa – apa yang berlaku ke?” Usik Shizuka.
“Taka da apa yang berlaku.” Jawab ringkas Domyouji.
“Kau ada bawa balik lelaki Perancis tak?” Gurau Nishikado.
“Mungkin.”Ringkas jawapannya.
“Awak ada kekasih tak?” Tanya Shizuka pada Hanazawa Rui.
“Tak.. Saya tak ada kekasih.” Yakin Hanazawa menjawab.
“Teruklah awak ni. Cinta dapat menyinarkan kehidupan awak. Betul tak?”
“Kehidupan awak yang bersinar. Asyik – asyik wajah awak terpapang dalam majalah.” Kata Hanazawa yang separuh merajuk.
“Rui, sekarang Shizuka sudah jadi model terkenal. Kamu cemburu ke?” Kata Nishikado sambil memujuk.
“Bukan itu maksud aku. Aku cuma tak suka dia terlalu dedahkan dirinya untuk orang lain. Lagipun Shizuka bukan model yang murah.” Balas Hanazawa Rui yang bercampur perasaan sedih. Dia merenung ke mata Shizuka.
“Rui, awak selalu kata begini dan sentiasa risaukan saya. Sebab itu saya sukakan awak Rui. Terima kasih.” Shizuka menghadiahkan pelukan.
***********************************
Tergamam Makino melihat Villa mewah milik Toudou Shizuka. Sepanjang kawasan villa dihiasi dengan kelipan lampu seperti bintang di langit.
“Cantiknya….” Puji Makino yang seakan – akan terpukau dengan kemewahan sekolah.
Makino membuka pintu yang setinggi 300 cm. Terbeliak matanya melihat semua pelajar perempuan memakai dress yang cantik. Hanya dia seorang yang memakai jeans. Tersipu – sipu dia melangkah ke hadapan. Pelajar lain yang memandangnya terus ketawa sinis.
“Makino, kenapa awak datang lambat?” Tegur Asai Yuriko dari belakang.
“Apa? Apa yang awak pakai ni?” Tanya Ayuhara Erika yang separuh ketawa.
“Awak tak mematuhi tema iaitu dress.” Sambung Yamano Minako.
“Tapi, pakaian jeans pun okay juga.” Balas Makino yang cuba mempertahankan dirinya..
“Tak mungkinlah! Kami cuma bergurau dengan awak sahaja. Jangan ambil serius sangat.” Kata Asai Yuriko. Ketawa sinis mereka bertiga.
“Tak apalah. Jangan risau tentang pakaian awak. Kita datang cuma nak bergembira.” Tambahnya lagi.
Makino menunduk malu. Terasa janggal pula dirinya.
“F4!...” Jerit seorang perempuan. Semua memberi laluan untuk kumpulan F4 melaluinya. Terpesona pelajar perempuan melihat mereka yang begitu bergaya dan kacak.
Domyouji yang lalu, sempat menjeling ke arah Makino. Jelas wajah kesombongannya membuatkan Makino bertambah benci.
Makino kecewa. Ingatkan kumpulan F4 tidak akan muncul, tetapi sebaliknya.
***********************************
Makino membawa makanan yang diambil ke meja berhadapan kolam. Dia malas bergaul dengan pelajar lain yang ada di dalam. Gelojoh Makino menghabiskan makanan lazat. Muncul lelaki kacak yang tidak dikenali cuba berkenalan.
“Awak pelajar kolej Shizuka,kan?” Tanya lelaki itu.
“Tak, saya cuma…” Makino tidak sempat menghabiskan kata – kata.
“Wah, awak sangat comel dan unik.” Puji lelaki itu.
“Oh, ye ke?” Makino tersipu – sipu menerima pujian itu.
“Memang gadis itu unik sangat!” Muncul suara yang tidak ingin didengari.
“Dia sangat terkenal di sekolah kami, kalau awak nak tahu. Bertapa teruknya dia…” Kata Asai Yuriko.
“Saya juga dengar sudah 5 kali dia gugur.” Sambung Ayuhara Erika. Ketawa mereka bertiga. Setelah lelaki itu mendengar kata – kata mereka, dia terus berlalu pergi dengan pandangan hina.
“Kiranya, kamulah yang menulis pada dinding itu.” Makino menahan marah.
“Apa yang awak cakap ni? Awak nak tuduh kawan sendiri ke?” Yamano Minako menjeling pada Makino.
“Martabat rendah!” Tambah mereka lagi.
“Siapa yang martabat rendah? Apa salah aku dekat korang?” Marah Makino.
“Ingat kami tak tahu yang awak nak cuba dapatkan Hanazawa Rui. Awak ni memang perempuan tak tahu malu! Awak tahukan, kami habiskan duit dan masa untuk menjadi teman istimewa F4. Awak berbeza tahap dengan kami! Sedarlah!” Bidas Asai Yuriko.
“Kenapa kau tak pergi sekolah lain, huh? Kalau kau tak kaya, kau patut keluar atau berhenti sahaja.” Sambung Yamano Minako.
“Bukan masalah kamu semua yang nak sibuk sangat!” Tengking Makino.
Domyouji tersentak dengan suara Makino yang kuat. Dia terus memandang Makino. Apa yang terjadi?
“Kau jangan buat sampai kami akan buatkan Hanazawa ketawa pada kau. Pergi berambuslah!” Ketawa sinis Asai Yuriko.
“Lagipun, aku yang cantik pun Hanazawa tak pernah pandang sebab Hanazawa sudah ada kekasih.” Sambung Ayuhara Erika.
Keadaan menjadi bingit tambahan semua pelajar menjerit. Terkejut Makino. Keluar gadis yang jelita, Todou Shizuka yang diapit oleh Hanazawa Rui. Jelas di wajah mereka saling menyukai. Makino agak kecewa. Dia menyangka malam itu pasti putera kacak itu akan menjadi pelindungnya.
“Awak nampak tak? Kekasih Hanazawa ialah Toudou Shizuka!”Kata Asai Yuriko.
Makino merenung ke arah Hanazawa Rui. Dia menangis dalam hati. Tiada siapa yang akan jadi penyelamatnya untuk mala mini.
“Pergi baliklah!” Asai Yuriko menuang segelas air ke Makino. Semua mata menumpu pada mereka.
“Maaf, tangan saya licin.” Ketawa mereka bertiga.
Seorang demi seorang menuang air ke Makino. Hampir basah kuyup dirinya. Pelajar lain hanya memandang sambil ketawa. Makino masih lagi rasa kecewa.
Domyouji yang melihat dari jauh, segera bangun mendekati Makino. Tak guna mereka kerana membuli Makino dihadapannya.
“Nampaknya awak sudah basah.” Muncul suara Hanazawa Rui yang ada disisinya.
Makino terkejut lalu memandang Hanazawa Rui. Dia menyangka pasti Hanazawa tidak akan membantunya.
“Awak ada sapu tangan?” Tanya Hanazawa.
Saya tak ada.” Jawab Makino perlahan.
“Tak mungkinlah! Tak kan kamu tak mampu nak membeli sapu tangan?” Ejek Yamano Minako.
Hanazawa menghulurkan sapu tangan untuk Makino. Perlahan – lahan dia mengambil.
“Terima kasih.” Jawab Makino yang masih sedih. Mereka saling merenung ke mata. Domyouji yang memandang, cuba menahan geram.
Muncul Todou Shizuka yang mendekati Asai Yuriko, Ayuhara Erika dan Yamano Minako.
“Terima kasih kerana memeriahkan majlis ini.”
“Shizuka!! Sudah lama kita tidak berjumpa.” Kata kawan bertiga.
“Dress awak cantik sangat.” Puji Yamano Minako.
“Terima kasih kerana datang. Sebagai tanda terima kasih, saya ada sesuatu untuk kamu bertiga.” Senyum Shizuka.
Shizuka menyembur minuman keras ke arah mereka bertiga Lalu, mereka jatuh ke dalam kolam. Terkejut semua yang melihat tindakan Shizuka. Menjerit mereka meminta tolong.
Shizuka menghadiahkan senyuman kepada Makino. Dia benar – benar tergamam. Dia tidak menyangka yang Shizuka turut membantunya.
***********************************
Makino membersihkan diri. Dia duduk bersama Shizuka di bilik pakaian. Shizuka memilih pakaian yang sesuai untuk dipakaikan Makino.
“Hurmm… Kenapa awak bantu saya?” Tanya Makino.
“Rui ada cakap yang dia amat minat pada seorang perempuan. Sejak saya pandang awak, saya tahu perempuan itu ialah awak.” Jawab Shizuka.
“Apa?” Tersentak Makino. Betulkah apa yang dia cakap? Berbunga –bunga hatinya.
“Saya terkejut juga sebab dia tidak pernah minat pada mana –mana perempuan lain.” Jelas Shizuka.
Makino rasa begitu kuat hatinya. Dia mengenggam erat sapu tangan Hanazawa Rui.
“Saya rasa dia suka awak.” Tambahnya lagi.
“Ah.. tak mungkinlah. Saya tak fikir macam tu sebab…”Makino jawab acuh tak acuh.
“Oh, saya rasa kasut ini sesuai untuk awak.” Shizuka menghulur ke kaki Makino.
“Wah, mesti kasut ini mahal!”
“Di Paris, ramai orang cakap perempuan perlu memakai kasut yang cantik. Kerana kasut yang akan membawa kita ke tempat yang tenang dan cantik. ” Shizuka menghulurkan senyuman.
“Hebat tak cerita saya?” Tambahnya lagi.
“Hebat…” Balas Makino yang turut tersenyum. Tidak sangka dia akan mendapat layanan sebegini. Terutamanya daripada seorang idolanya.
***********************************
“Wah….” Tergamam semua orang melihat Makino dan Shizuka yang menuruni tangga. Makino yang agak kekok cuba membiasakan diri. Dia yang memakai dress baldu berwarna putih.
Kumpulan F4 yang duduk berbual juga memandang. Tergamam Domyouji melihat kecantikan gadis itu. Makino memandang Hanazawa Rui yang mendekatinya.
“Awak sangat cantik.” Puji Hanazawa Rui dengan senyuman.
Makino membalas dengan senyuman.
Domyouji memandang Makino yang menghulurkan senyuman pada Hanazawa Rui. Mudahnya engkau memberi senyuman kepada orang lain. Hatinya begitu panas apabila teringat kata – kata daripada Makino dahulu.
“Kau ni bodohkah? Macam mana aku nak senyum!?” Kata – kata itu bermain di mindanya.
Domyouji terus bangun dan mendekati Makino.
“Siapa beri keizinan kau bercakap dengan dia. Kau tahu, aku yang beri notis merah, bukan?” Tanya Domyouji kepada Hanazawa. Dia cuba menahan marah.
“Awak jangan berkeras sangat. Awak rasa dia cantik tak?” Balas Shizukayang tidak tahu keadaan sebenar.
“Kalau awak nak tahu Shizuka, saya tidak akan maaf kepada orang yang bercakap dengan dia.” Balas Domyouji. Shizuka tergamam dengan kata – kata Domyouji.
“Apa pun, aku juga tak akan maafkan kau jika bercakap begitu pada Shizuka” Hanazawa Rui cuba mempertahankan Shizuka.
Satu tumbukan daripada Domyouji hinggap di pipi Hanazawa Rui. Tergamam semua orang. Domyouji cuba mendapatkan Hanazawa untuk memukulnya lagi.
“Jangan!” Jerit Makino.
Belum sempat Domyouji mendekati Hanazawa Rui, Makino menolak Domyouji. Suasana menjadi sepi. Mereka semua tergamam memandang Makino dan Domyouji.
“Tak mungkin!” Kata Mimasaka Akira sambil tersenyum.
“Mungkin itu jalannya.”Sambung Nishikado Soujiroh sambil tersenyum sinis.
Makino dan Domyouji rebah ke lantai. Bibir Domyouji hinggap di bibir Makino. Apa? Ciuman pertama bersamanya? Oh, tidak….
No comments:
Post a Comment