"Kenapa awak pilih saya sedangkan ramai lagi gadis diluar sana yang lebih cantik dari saya?" kata-kata itu diungkap oleh kekasihku.
Aku hanya tersenyum dan memandang wajahnya tanpa jemu. "saya memilih awak bukan kerana rupa paras tetapi ketulusan hati."
"macam mana awak tahu saya tulus mencintai awak?'' sekali lagi kekasihku menguji aku.
Aku mendekatkan diri padanya, lalu merenung wajahnya sambil berkata. "Ketulusan tidak boleh dikira. Saya tahu awak tulus mencintai saya sebab awak sentiasa ada disisi saya susah dan senang. Sakit dan sihat saya sentiasa awak ambil tahu. Bila saya susah awak sentiasa hulurkan tangan,bila saya sedih awak lah tempat luahan saya dan bila saya gembira awak akan turut gembira...."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia mula menangis. Sayu hatiku bila melihat air matanya yang mula membasahi pipi.
"Saya minta maaf kalau tersalah cakap." Cepat-cepat aku mengusap air matanya.
"Awak tak ada salah.Saya yang terharu. Saya tak sangka,awak boleh terima saya dengan seadanya.."
"InsyaAllah dengan izin-Nya,jika kita ada jodoh,saya akan menjaga awak. Dan hati saya hanya untuk diri awak. Saya yang akan menjadi imam awak suatu hari nanti."
Kekasih ku hanya tunduk dan tersenyum..

No comments:
Post a Comment