Friday, 31 August 2012

kekasih gelapku..

Dahulunya aku tidak pernah percaya akan cinta Kekasih Gelap sehinggalah aku merasai kehadiran cinta itu sendiri..
Setiap pagi aku akan bersiap ke tempat kerja. Aku akan sampai lebih awal 20 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Aku meminati pada seorang jejaka yang bekerja di tempat sama. Setiap kali kehadirannya, aku merasakan sesuatu yang berlainan sehinggakan aku sendiri tidak pasti. Jantung aku berdegup kencang.
Namun aku malu ingin menyatakan perasaan aku. Aku tidak mahu orang lain menganggap aku 'Perigi Mencari Timba'. Aku hanya menyimpan perasaan aku di sudut jauh dihati ku.
Aku sering mengejek dan membuli dirinya sehingga dia pernah tidak melihat wajah aku seminggu. Itu semua aku lakukan kerana ingin mendapatkan perhatian kau..
Tetapi semuanya sudah berakhir, pagi itu aku mendapat berita, bagi orang lain adalah berita baik bagi aku berita itu mampu membunuh hatiku. Tidak lama lagi dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Yang lebih perit lagi, gadis yang dipilihnya ialah rakan aku sendiri.
Aku mengharapkan kau bahagia bersamanya.Walaupun disudut hatiku masih mengharap kau ada disisi aku seperti dahulu...Namun aku percaya ini semua TAKDIR..

No comments:

Post a Comment