Awak..saya masih ingat lagi saat pertemuan kita. Bagaikan tidak ku sangka dari permulaan sebagai teman akhirya sebagai lebih daripada seorang teman.
Kau sentiasa menghantar mesej dan menghubungi aku pada waktu malam. Hubungan kita bertambah erat. Kau sentiasa ada bila aku sedih, susah, atau gembira. Aku sentiasa merindui kau setiap masa dan aku percaya hanya kau yang mampu mengukir senyuman dibibirku.
Namun sejak kau menerima tawaran melanjutkan pelajaran diluar negara, hatiku mula kosong. Kerinduan semakin mencengkam jiwa. Aku rindukan kau disisiku, tawamu, senyumanmu dan kata-kata yang memberi semangat padaku.
Kau jarang sekali membalas mesej apatah lagi untuk menghubungi aku.Aku percaya mungkin kau sibuk dengan urusan kau. Aku sanggup menunggu dan menunggu untuk kau membalas mesejku. Sampai satu masa aku menitis air mata memikirkan yang kau sudah lupakan aku. Aku terpaksa redha...
Bip....Bip...bunyi mesej masuk. Aku terus mencapai telefon bimbitku dan membaca. "Sorry sayang lambat balas. I miss you so much." Terukir senyuman dibibirku. Air mata yang mengalir menjadi kering dipipi.
"I miss you to so much"..jawab aku semula.
Saturday, 1 September 2012
Friday, 31 August 2012
kekasih gelapku..
Dahulunya aku tidak pernah percaya akan cinta Kekasih Gelap sehinggalah aku merasai kehadiran cinta itu sendiri..
Setiap pagi aku akan bersiap ke tempat kerja. Aku akan sampai lebih awal 20 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Aku meminati pada seorang jejaka yang bekerja di tempat sama. Setiap kali kehadirannya, aku merasakan sesuatu yang berlainan sehinggakan aku sendiri tidak pasti. Jantung aku berdegup kencang.
Namun aku malu ingin menyatakan perasaan aku. Aku tidak mahu orang lain menganggap aku 'Perigi Mencari Timba'. Aku hanya menyimpan perasaan aku di sudut jauh dihati ku.
Aku sering mengejek dan membuli dirinya sehingga dia pernah tidak melihat wajah aku seminggu. Itu semua aku lakukan kerana ingin mendapatkan perhatian kau..
Tetapi semuanya sudah berakhir, pagi itu aku mendapat berita, bagi orang lain adalah berita baik bagi aku berita itu mampu membunuh hatiku. Tidak lama lagi dia akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Yang lebih perit lagi, gadis yang dipilihnya ialah rakan aku sendiri.
Aku mengharapkan kau bahagia bersamanya.Walaupun disudut hatiku masih mengharap kau ada disisi aku seperti dahulu...Namun aku percaya ini semua TAKDIR..
ketulusan hati
"Kenapa awak pilih saya sedangkan ramai lagi gadis diluar sana yang lebih cantik dari saya?" kata-kata itu diungkap oleh kekasihku.
Aku hanya tersenyum dan memandang wajahnya tanpa jemu. "saya memilih awak bukan kerana rupa paras tetapi ketulusan hati."
"macam mana awak tahu saya tulus mencintai awak?'' sekali lagi kekasihku menguji aku.
Aku mendekatkan diri padanya, lalu merenung wajahnya sambil berkata. "Ketulusan tidak boleh dikira. Saya tahu awak tulus mencintai saya sebab awak sentiasa ada disisi saya susah dan senang. Sakit dan sihat saya sentiasa awak ambil tahu. Bila saya susah awak sentiasa hulurkan tangan,bila saya sedih awak lah tempat luahan saya dan bila saya gembira awak akan turut gembira...."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia mula menangis. Sayu hatiku bila melihat air matanya yang mula membasahi pipi.
"Saya minta maaf kalau tersalah cakap." Cepat-cepat aku mengusap air matanya.
"Awak tak ada salah.Saya yang terharu. Saya tak sangka,awak boleh terima saya dengan seadanya.."
"InsyaAllah dengan izin-Nya,jika kita ada jodoh,saya akan menjaga awak. Dan hati saya hanya untuk diri awak. Saya yang akan menjadi imam awak suatu hari nanti."
Kekasih ku hanya tunduk dan tersenyum..

Wednesday, 15 August 2012
Monday, 13 August 2012
seandainya aku tahu sebuah pengakhiran cinta sebegini rupa pasti aku memilih untuk membenci kau..mengapa dahulunya aku memberi ruang terhadap kau? mengapa dahulunya aku jatuh cinta insan seperti kau..aku lebih rela dihumban ke lautan yang luas daripada aku sengsara dalam tangisan..aku sudah lelah dengan semua ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)