Wednesday, 2 July 2014

Bab Satu: Kau, Bos PERFECT!


Alarm yang berbunyi kuat daripada Iphone, mengejutkan Daniel Arman dari nyenyak tidur. Dia menjeling ke arah jam. Tepat pukul 6.00 pagi. Dia yang masih pening, membuat beberapa senaman merengangkan otot. Mencapai kain tuala yang disangkut lalu masuk ke bilik air.
“Haa, panasnya air ni!” Jerit Arman. Hari ini dia perlu ke tempat kerja lebih awal untuk menyuarat bagi projek baru.
Syarikat Design Creative Sdn Bhd merupakan syarikat pembinaan bangunan yang sangat terkenal di Malaysia. Bercirikan kreatif, selamat dan mesra alam. Syarikat milik tunggal ini dipegang sepenuhnya oleh Datuk Daniel Arman Bin Hj. Farid yang merupakan usahawanmuda yang terkenal.
Sebagai kewajipan setiap umat islam, Arman menunaikan solat subuh terlebih dahulu. Setelah siap dengan persiapan diri, dia terus membawa beg dan beberapa proposal yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Cukup sekadar memakai kemeja putih dan tuxedo vests hitam, dia nampak tampan.
Arman memecut laju kereta Bmw 5 Series dengan penuh rasa tenang. Macho, gentleman, dan Cool adalah prinsip dirinya. Siapa yang tidak kenal Datuk Daniel Arman. Lampu isyarat bertukar merah. Arman memberhentikan keretanya. Datang beberapa orang gadis yang tergedik - gedik berhenti kereta di sebelahnya. Dengan sengaja Arman menurunkan cermin kereta.
“Hai….” Tegur salah seorang gadis itu dengan nada yang mengoda.
“Hai.” Balas Arman dengan mengukir senyuman panas.
Bertambah gedik gadis – gadis itu di dalam kereta. Arman merenung ke wajah gadis itu.
“Kulit awak cantik.” Puji Arman. Baginya ayat itu sudah basi kerana setiap kali bertemu dengan gadis, pasti dipujinya.
“Dia kata kulit aku cantik.” Beritahu gadis itu pada kawan – kawannya.
“Thank you. Ini kad I. Call malam ni, okay. Bye handsome guy.” Gadis itu menghulurkan kad bisniesnya dan di terima Arman.
Lampu isyarat bertukar hijau. Arman terus memecut laju. Dia sempat menjeling pada kad bisnes gadis tadi. Ketawa sinis apabila membaca kad itu. Doktor haiwan rupanya gadis tadi! Dia mencampak keluar kad di luar tingkap kereta dengan senang hati.
Iphone berdering. Arman menyumbat earphone ke telinga. Siapa pula yang buat panggilan waktu begini?
“Hello. Siapa ni?” Tanya Arman.
“Sayang, I ni. You breakfast tak lagi? Jom breakfast dengan I.” Balas seseorang yang pekat dengan suara jantan yang cuba dibuat pondan.
“Jangan nak sayang sangat boleh tak! Nak muntah aku. Kau tolong hantarkan hot tea dan spaghetti carbonara di pejabat aku.” Pesan Arman. Jarak Home Café dengan Design Creative hanya mengambil masa lima minit. Selang beberapa bagunan sahaja.
“Hahaha.. Baiklah. Aku hantarkan. Hang up.” Balas Shamsuri dengan ketawa.
Arman matikan panggilan. Dia menumpukan semula pandangan dihadapan. Sekali sekala dia ketawa kecil. Teringat pula suara pondan Shamsuri. Lucu rasanya.
Shamsuri dan Zain  merupakan sahabatnya sejak dibangku sekolah lagi. Senang kata, segala rahsia pasti dikongsi bersama. Kini Zain berjaya menjadi seorang doktor dan Shamsuri menjadi seorang usahawan serta pemilik Home Cafe.

                       

Ainul Mardiah mendapatkan kalendar yang ada di atas meja. Dia merenung ke luar jendela seketika. Bunyi burung disusuli cahaya petang singgah ke ruang biliknya. Tinggal empat hari lagi cuti semester akan tiba.
Biasanya pelajar lain akan gembira jika cuti semester sudah menjelma. Berbanding dirinya yang kian sunyi dan sedih. Kerinduan yang teramat pada keluarganya tidak dapat diubati. Trajedi kemalangan ramadhan tahun lepas meragut nyawa ahli keluarganya. Kini tinggal dirinya seorang. Ke mana aku perlu pergi? Di mana aku perlu mencari keluarga aku? Adik rindu mama, abah dan abang…
Air mata Ainul mula membasahi pipi. Begitu pahit terpaksa ditanggungnya. Meskipun kesedihan ini tidak dapat dirawat selamanya, dia mendoakan agar roh keluarganya di tempatkan orang yang beriman.
Selepas kejadian itu, hanya maksu yang kerap mengambil berat tentangnya. Sampai bila dia mahu bergantung pada maksu. Lagipun dia sudah dewasa. Maksu pun mempunyai keluarganya sendiri. Aku perlu berdikari! Itu yang penting. Orang yang masih berpijak di atas bumi, perlu meneruskan kehidupan.
Ainul mengesat air mata yang membasahi pipi. Dia cuba mengukir senyuman untuk memberi semangat pada diri sendiri. Bunyi pintu pagar dibuka. Segera dia menyembunyikan kesedihan.
“Assalamualaikum.” Ucap Aimy yang baru pulang dari kelas.
“Waalaikumusalam. Lambat kau balik hari ni?” Tanya Ainul.
“Saja. Aku jumpa classmate dulu. Lagipun, esok aku mula cuti semester.” Aimy merebah badan di atas sofa.
“Kau nak air? Aku buatkan.”
“Boleh juga. Ainul, cuti semester ni kau balik kampung aku kan? Jangan risau, aku akan tunggu kau sampai habis kelas.” Kata Aimy.
“Emm… Aimy, cuti semester ni aku tak balik rumah kau.” Balas Ainul sambil menuang air oren ais ke dalam gelas.
“Haa? Kenapa? Kau balik rumah maksu?” Teka Aimy.
“Tak. Aku ingat nak tinggal di sini. Aku nak cari kerja.” Ainul menghulurkan segelas air oren.
“Kau ni biar betul. Bahaya kau tahu tak? Tak boleh.. Tak boleh.. kau kena ikut aku balik! Kalau kau jadi apa – apa di sini, aku tak boleh nak tolong. Dari kedah nak ke sini, Selangor? Bukan jarak yang dekat.” Kata Aimy. Hanya sekali nafas, Aimy menghabiskan segelas air.
“Aku faham maksud kau. Tapi… sampai bila aku nak menumpang kau. Rumah sewa ni pun kau yang bayar 70%. Kadang kala makanan aku pun kau tanggung.” Ainul mendekati Aimy.
“Aimy, bagilah peluang aku untuk berdikari dekat sini. Jangan risau, insyaallah aku akan jaga diri.” Tambahnya lagi.
“Bukan sahaja jaga diri, jaga maruah dan jaga agama. Aku anggap kau macam adik aku sendiri walaupun kita sebaya. Keluarga aku pun anggap kau sebagai ahli kelurga kami.”
“Kiranya kau bagi peluang dekat aku. Aku sayang kau, Aimy. Opss, silap pula. Kak Aimy.” Ainul terus memeluk Aimy.
“Eh, jangan peluk aku! Rimasnya.” Ainul menolak badan Ainul.

                       
                       

Kesesakan jalan raya membuatkan Arman begitu berhati – hati ketika memandu. Dia tidak mahu menimbulkan sebarang risiko di jalan raya. Tambahan pula memandu kereta kesayangannya. Perjalanan ke Design Creative Sdn Bhd semakin hampir. Dia menukar arah ke susur kiri jalan sebelum membelok ke kawasan tempat letak kereta.
 Tinggi lampai serta kacak membuatkan ramai mata gadis yang memandangnya. Termasuk pekerja cleaner. Selangkah kaki masuk ke bagunan syarikat miliknya, pasti disambut oleh pembantu peribadi. Itulah rutin harian.
            “Good morning bos.” Sapa Honey.
            “Morning. Hari ini saya ada meeting?” Tanya Arman. Sesiapa sahaja yang lalu disebelah pasti menegur. Dia hanya membalas dengan isyarat tangan.
            “Hari ni bos ada meeting dengan department company tentang projek bangunan sekolah swasta. Pukul 2.30 petang.” Jelas Honey.
            “Lagi?”
            “Emm.. Sekejap.” Honey meneliti semula buku catatan.
            “Itu sahaja.” Tambahnya lagi.
            “Tolong tambahkan satu lagi mesyuarat. Saya  nak jumpa pelatih – pelatih baru yang sampai minggu lepas dalam mesyuarat jam pukul 10.30 nanti.”
            “Mesyuarat tergempar bos? Pukul 10.30 pagi ke?” kata Honey dengan ketawa kecil.
            “Habis, 10.30 malam? Mestilah 10.30 pagi! Tak ada yang tergempar pun.”
            “Hehe.. Baiklah bos.”
            Arman memulas tombol pintu pejabatnya. Arghh…. Kenapa masih tidak kemas? Inilah pekara yang paling dia tidak suka. Jika orang tidak amanah pasti dibencinya.Arman melihat jam di tangan.Tepat pukul ssembilan.
“Kak Su masih tak datang lagi?” Tanya Arman sambil menjeling pada Honey.
“Emm… kejap lagi dia datang, bos. Kalau bos nak saya kemas pun boleh. Lagipun pejabat bos bukanlah semak pun.” Balas Honey teragak –agak.
“Saya tak pernah bayar gaji kamu untuk kemas bilik saya. Kamu telefon syarikat cleaner untuk gantikan orang lain. Pastikan pisang tidak berbuah dua kali. Faham!” Tegas Arman. Dia terus masuk ke dalam bilik.
Honey mengeluh. Masalah cleaner pun dia perlu selesaikan. Dia duduk semula di tempatnya yang berhadapan pejabat Arman.

                       
                       

“Ni pakaian kau. Baru sahaja kering di ampaian.” Ainul menghulurkan selogok pakaian Aimy.
“Terima kasih.” Balas Aimy dengan wajah yang sedih.
Ainul melihat pakaian Aimy yang dilipat dan disimpan dalam bagasi. Banyaknya? Hampir dua bagasi. Dia tak mahu pulang ke sini ke?
“Banyaknya pakaian kau.”
“Biasalah. Cuti kali ni dua bulan. Ainul, betul ke kau tak nak ikut aku balik? Risau aku! Kau bukan ada telefon nak call aku. Baliklah dengan aku?” Pujuk Aimy sekali lagi.
Akibat Ainul begitu marah pada bekas kekasih lamanya, telefon bimbit menjadi habuan. Hampir berkecai dia membaling pada dinding.
“Maaflah, Aimy. Keputusan aku tak akan berubah. Alah, nanti aku telefon kau guna public fon depan sana.”
Aimy mula teringatkan sesuatu. Dia terus mencari – cari sesuatu dalam laci almari. Ainul hanya memerhati dengan kehairanan.
“Dah jumpa pun. Kenapalah aku tak terfikir selama ni?” Gembira Aimy dengan memegang kotak sederhana besar.
“Jumpa apa?” Soal Ainul dengan kehairanan.
“Telefon lama aku. Nah! Kau gunalah.” Aimy menghulurkan kotak dengan senyuman.
Teragak –agak Ainul mencapai kotak itu. Perlahan – lahan dia membuka. Telefon bimbit jenis Nokia 105 yang berwarna biru. Terharu Ainul.
“Terima kasih.” Ucap Ainul.
“Sama – sama. Maaflah, telefon aku tak canggih.” Ketawa Aimy apabila teringat telefon bimbit Ainul yang berkecai itu.
“Tak apa. Aku rasa bersukur sangat. Terima kasih.” Ucap Ainul sekali lagi
Aimy membalas dengan senyuman. Bunyi hon kereta bertubi – tubi mengejutkan mereka. Mungkin abang Min iaitu abang kepada Aimy pun tiba.
“Mungkin Abang Min. Ainul, kau tolong bagitahu abang aku kejap. Suruh dia tunggu sebentar.”
“Okay. Aku pergi dulu.” Balas Ainul dengan tersengih – sengih. Dia memang rapat dengan Amin. Seperti pasangan kekasih.

                                   
                       

“Assalamualaikum. Abang Min masuklah dulu. Lambat lagi Aimy nak kemas barang tu.” Pelawa Ainul sambil membuka pintu pagar untuk Amin.
“Tak apa. Abang Min boleh tunggu dekat luar. Ainul sihat?” Tanya Amin dengan mengukir senyuman manis yang mampu mencairkan hati Ainul.
“Alhamduillah sihat. Abang Min nak minum? Ainul buatkan air.” Tanya Ainul dengan menyadar pada pintu pagar.
“Eh, tak payah! Tadi abang sudah minum. Ainul temankan abang borak dekat sini pun kira bersyukur.” Mengenyit mata kanan Amin. Dia memang suka mengusik Ainul. Kalau Ainul pulang ke kampung, dia orang yang paling kecoh.
“Ada – ada sahaja abang Min ni!” Ketawa kecil Ainul.
“Sure, Ainul tak nak ikut Aimy balik?” Tanya Amin dengan serius.
“Emm..” Ringkas Ainul menjawab.
“Alah, tak best lah! Abang baru ingat nak bawa Ainul makandurian dusun Pak Hamid.” Amin menarik muka 14. Muncung mulutnya.
“Durian? Pak Hamid? Pak Hamid tuan tanah dusun durian Musang King?” Bertubi – tubi soalan terpancul dari mulut Ainul. Tergamam Ainul setelah mendengar durian dusun Pak hamid.
“Ha’aa…Sedap! Bayangkan isi durian yang berwarna kuning pekat. Manis pula tu! Terasa di tekak!” Balas Amin dengan penuh perasaan.
“Ruginya…” Monyop muka Ainul. Bila difikirkan durian bukan boleh buat dia tambah duit. Terus dia tersedar dari lamunan.
“Ooo… Abang Min nak pujuk Ainul balik dengan menggunakan nama durian Musang King Pak Hamid. Abang Min jangan nak tipu Ainul lah. Pak Hamid tu kedekut orangnya!” Bidas Ainul.
“Abang Min saja nak uji Ainul.” Ketawa besar Amin.
“Abang Min ni tak baik tau buat Ainul macam ni. Nak merajuk lah.” Ainul menarik muka 14. Dia terus memaling wajah ke arah lain sambil berpeluk tubuh.
“Haa.. Merajuk apa? Macam pasangan kekasih, aku tengok.” Tegur Aimy yang muncul dari dalam rumah.  Tersentak mereka berdua.
“Tak ada apa lah.” Jawab serentak Ainul dan Amin.
Aimy berdehem. “Amboi, jawap pun serentak!”
“Mana beg kau satu lagi? Biar aku bawakan.” Segera Ainul menukar bicara.
“Ada dekat dalam.” Jawab Aimy sambil menjeling pada abangnya.
Ainul segera mengambil beg Aimy. Amin menyusun barang Aimy ke dalam bonet kereta.
“Nah, Abang Min.” Ainul menghulurkan beg Aimy pada Amin.
“Aimy. Nanti bila kau sudah sampai, call aku tau. Kalau kau rasa letih hantar je mesej. Aku betul – betul risau perjalanan kau.” Kata Ainul sambil mengenggam erat kedua tangan Aimy.
“Aku lagi risaukan kau, Ainul. Jangan lupa nasihat aku. Jaga diri, jaga maruah dan jaga agama.” Aimy memperingati Ainul sekali lagi.
Ainul gembira kerana mempunyai sahabat yang baik seperti Aimy.  Dia berharap Aimy akan menjadi sahabat selamanya.
Berat hati Aimy melepaskan genggaman tangan Ainul. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Matanya tetap pada Ainul.
Ainul terus melambai sehingga bayangan kereta Proton wira mula lenyap. Sedikitrasa sedih ada di dalam hatinya. Dia yakin malam ini pasti merindui Aimy.

                                   
                       


Ainul Mardiah mengeluh perlahan sambil menikmati udara pagi yang segar di halaman rumah. Dia melihat jam pada telefon bimbit. Tepat pukul lapan pagi. Udara yang nyaman bagaikan mengerti hatinya yang sedang gundah gulana.
Rasa gementar menebal dalam diri. Hendak memohon kerja bukanlah pekara yang senang. Pelbagai ragam dan alasan boleh dilihat. Bagaimana jikalau tiada kerja kosong? Bagaimana hendak mula memohon kerja?
Ainul tiada pengalaman memohon kerja sebelum ini. Selepas Spm dahulu, arwah ibunya lebih senang jika dia hanya duduk di rumah. Setelah permergian ahli keluarganya, hanya duit simpan keluarga yang digunakan.
Ainul masuk semula ke dalam rumah. Suasana menjadi sedikit gelap setelah dia menutup pintu. Dia merebah punggung di atas sofa. Separuh mengeluh. Tiada mood hendak menonton televisyen.
“Arghh… Aku tak boleh begini selamanya! Aku tak boleh rasa gementar dan takut! Perlu kuat! Ainul, kau pasti boleh! Malaysia boleh!” Tegas Ainul dengan nada suara yang tinggi.  Cara begini boleh meningkatkan semangat dalam diri.
Dia terus bangkit. “ Sekarang aku perlu bersiap, sarapan dan keluar mencari kerja. Yes, that’s right girl! Let’s go!” Semangat dirinya. Dia terus masuk ke dalam bilik.
Setelah siap mandi, Ainul mengenakan seluar jean hitam dan baju kemeja merah. Rambutnya yang panjang di ikat ringkas. Sempat dia minum segelas air melo dan makan sekeping roti bakar. Dia mengunci tingkap dan pintu sebelum keluar.
“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian hari ini. Amin.” Ainul meraup muka dengan kedua tapak tangan. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya. Azam kali ini pasti tercapai. Insyaallah.

                                   
                       

“Maaf. Tiada kerja kosong di sini.” Kata Manager di sebuah butik pakaian.
“Kami tidak perlukan pekerja untuk sementara. Kalau nak berkerja, sekurang – kurangnya, sehingga hujung tahun ini.” Jelas promoter kedai  Telekomunikasi.
“Maaf. Buat sementara ini, kami tak perlukan pekerja.” Balas seorang wanita pemilik restoran makanan.
Ainul mengesat peluh di dahi sambil menyedut air kotak. Panas terik menambah lagi bebannya. Dia duduk duduk seketika di kaki lima kedai komputer.
“Arghh…Susahnya nak cari kerja! Ingatkan senang. Aku bukan minta kerja CEO ke, Personal Assistant ke, accountant ke atau pengawai bank. Aku minta kerja yang senang je. Kenapa susah nak dapat?!” Merengek Ainul seperti bayi yang dahaga susu. Orang yang lalu lalang melihatnya dengan kehairanan.
Ainul mengeluh kerana kepenatan. Matanya tertumpu pada sebuah Home Café di seberang jalan. Dia berfikir sejenak.
‘Perlukah aku cuba memohon kerja di situ? Emm.. cuba sahajalah. Kalau tak dapat, aku pulang ke rumah. Lagipun sudah masuk waktu zohor.’ Bisik hati Ainul.
Ainul memeriksa kiri dan kanan dengan penuh berhati – hati untuk melintas. Nasib baik kereta tidak begitu banyak. Selangkah kakinya masuk ke Home Café, dia terasa bagai kehidupan yang mewah. Alunan muzik yang mendamaikan di campur suasana yang begitu tenang.
Rata – rata orang yang senang sahaja disitu. Kalau dibandingkan dirinya, sampai mati pun tak dapat rasa kopi di café itu. Kekok rasa dirinya. Semakin kecil dirinya dan terus mengecil.
“Hai…” Tegur Ainul dengan nada perlahan.
“Yes. You want order?” Balas Shamsuri.
“No. I just want…” Ainul terdiam seketika. Layakkah aku berkerja disini?
“What?” Shamsuri kehairanan melihat gadis yang tersipu – sipu dihadapannya.
“Saya nak minta kerja?” Ainul berterus terang.
“Kerja?” Shamsuri memandang Ainul dari sudut bawah sehingga atas. Tiada apa yang menarik tentang gadis ini. Ainul berasa pelik dengan renungan Shamsuri. Seperti lelaki gatal.
“Tiada kerja kosong disini.” Tambahnya lagi.
Melopong mulut Ainul. Selepas ditenung sebegitu rupa barulah dia memberitahu, tiada kerja di sini. Ainul mendegus. Semakin panas hatinya.
“Encik! Saya bukan nak kurang ajar di sini. Kalau encik pandang saya macam tu. Saya boleh agak yang encik hanya memilih pekerja yang cantik dan seksi. Betul tak? Lelaki gatal!” Puas Ainul menegking. Semua mata memandang tepat padanya. Dia terus berlari keluar.
Arman yang baru masuk ke Home Café hampir dilanggar oleh Ainul. Dia kehairanan melihat gadis itu yang begitu kecewa seperti ditinggalkan kekasih.
  “Apasal tu?” Tanya Arman sambil memerhati Ainul yang baru sahaja melintas jalan.
“Entah? Perempuan tu mungkin terdesak nak dapatkan kerja. Maybe? Kau cuti? Nak order?”
“Ha’aa, aku cuti. Ice Americano. Nak bawa balik.” Kata Arman sambil menghulurkan kad kredit.
“Tanda tangan disini. Apasal tak nak lepak dulu?” Balas Shamsuri sambil menyediakan Ice Americano secepat satu minit.
“Aku ada hal kejap.”
“Hal konon! Kau bukan ada anak bini macam aku. Nah, air kau!”
“Terima kasih. Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lain.” Balas Arman. Selangkah dia keluar dari Home Café, matanya tertumpu pada gadis tadi di seberang jalan sambil termenung. Dia terus ke seberang jalan.
“Hai.” Tegur Arman yang berdiri dihadapan Ainul. Tangan kiri diselup poket dan tangan kanan memegang Big Cup Ice Americano.
Ainul hanya menjeling padangan ke arah Arman. ‘Kalau dilihat dari pakaiannya, biasa sahaja. Dari segi tampan, memang menang lah. Kalau dia beli air dari café tu, mesti orang yang senang.’ Bisik hati Ainul dengan menilai Arman dari luaran.
Arman kehairanan melihat gadis itu yang memandangnya dari atas sehingga bawah.
“Awak ada masalah ke?” Arman cuba sekali lagi. Kali ini dia menggunakan nada suara yang biasa digunakan pada gadis – gadis lain.
“Kalau ada pun, aku tak akan berkongsi dengan kau.”  Ringkas Ainul membidas.
“Amboi sombongnya! Gadis yang selalu saya jumpa, tak pernah sombong. Lagi teruja nak berborak dengan saya adalah.Tapi awak…” Arman ketawa sinis.
“Tapi apa? Kau nak kata aku ni bukan perempuan? Haiss, ada juga manusia yang nak tambah beban aku lagi!” Bengang Ainul.
“Wohoo! Rileks lah. Masalah tak baik di pikul sorang. Cuba cerita awak cerita.” Kali ini Arman mengenyit mata kiri.
Ainul malas melayan orang sepertinya. Tak boleh dipercayai! Sekali dia cekup dan dijual sebagai hamba, naya dirinya! Dia terus beredar dari situ.
Arman tercengang sekali lagi. Niat hatinya, datang untuk cuba membantu. Dia faham gadis itu memerlukan pekerjaan. Secara tidak sengaja, dia memang perlukan pekerja di syarikatnya.
“Nanti dulu!” Jerit Arman.
Ainul berhenti melangkah. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. “Nak apa?”
“Awak nama apa?” Tanya Arman
Ainul berfikir sejenak. “Mardiah.” Beritahu Ainul. Sengaja dia menggunakan nama terakhir. Hanya orang yang dikenalinya sahaja boleh memanggil Ainul.
“Mardiah, Awak nak cari kerja kosong betul tak? Tempat kerja saya perlukan perkerja.” Ajak Arman.
Terbeliak mata Ainul setelah mendengar perkataan “perlukan pekerja”. Bolehkah dia mempercayai lelaki itu? Atau dia bapa ayam yang mahu gunakan sebagai pelacur?
Arman berjalan semakin menghampiri Ainul. Dia betul –betul mahu membantu.
Ainul dapat merasai kehadirannya. Segera dia meninggalkan tempat itu.
Arman tercengang lagi. Gadis itu membuatkan harga dirinya sebagai jejaka rebutan gadis hancur berkecai! Tidak pernah gadis berlalu pergi ketika dia mahu berkenalan. Tidak pernah…

                       
                        



Sinopsis Kau,Bos Perfect! hasil karya Fasya Sani.


Ainul Mardiah seorang gadis yang matang dan sentiasa belajar untuk berdikari. Kehidupannya sebatang kara, membuatkan dirinya terus bangkit. Dia juga berpegang kuat pada prinsip hidup.

Datuk Daniel Arman Hj  Farid merupakan usahawan yang terkenal. Jejaka rebutan ramai gadis. Cukup dengan sekadar senyuman, hati perempuan pasti cair. Macho dan gentle itulah gayanya. Di syarikat, dia lebih tegas dan di luar waktu kerja, dia bersikap biasa.

Ainul dan Arman bertemu dalam suatu kejadian. Arman cuba berkenalan, namun Ainul tidak ambil peduli.
Arman rasa tercabar, lalu berusaha bagi mendapatkan gadis itu. Lalu mereka menjadi sahabat yang dijanjikan selama dua bulan. 

Ainul mendapat kerja sementara sebegai pembersih pejabat di Design Creative Sdn Bhd. Sebagai rutin, dia akan mengemas bilik bos dan buatkan kopi sepenuh hati dan sepenuh jiwa sebelum bosnya tiba. Arman merupakan bos di syarikat Design Creative Sdn Bhd. Dia mula jatuh hati pada pembuat kopi tanpa dia tahu siapa gadis tersebut.

Dua bulan kemudian, Ainul mula tidak bertemu Arman dan bekerja di syarikat itu lagi. Dia menumpu sepenuhnya pada tahun terakhir di universiti. Arman yang baru sahaja mengetahui tentang gadis kopi itu, mula mengejarnya semula.

Amin, abang kepada Aimy berniat untuk melamar Ainul setelah tamat belajar. Amin merupakan kekasih gelap Ainul. Arman yang dilanda angau terus berusaha mendapatkan Ainul.

Siapakah pilihan Ainul? Amin atau Arman?