Tuesday, 22 April 2014

Bab Satu Boys Over Flower

Adaptasi daripada komik popular romantis di Jepun Hana Yori Dango



            Makino memerhati sekeliling. Kiri, kanan, depan dan belakang semua bercakap tentang kemegahan barang yang mereka miliki. Dihadapan jam tangan jenama FRANCK MULLER yang bertakhta batu permata. Disebelah kiri beg tangan jenama Loui VUITTON. Di sebelah kanan dengan perhiasan diri yang dihiasi emas dengan permata.
            “Kenapa…Kenapa mereka membawa barang yang berjenama hebat untuk ke sekolah? Kenapa mereka bawa Franck Muller? Kenapa mereka bawa Loui Vuitton? Kenapa OMEGA? PIAGET? Kenapa Chanel?” Bisik dalam hati Makino sambil menongkat dagu sambil memerhatikan kawan sekelas.
            “Kenapa pelajar sekolah tinggi perlu ada pemandu untuk menghantar dan mengambil pulang dengan kereta mewah? Haa.. Ini betul – betul dah gila!” Bisiknya lagi yang sudah masuk tahun kedua di sekolah  tinggi swasta Eitoku. Sebilangan besar yang menghuni sekolah ini adalah daripada golongan atasan.
            “Cantik! Dekat mana kau beli loket tu?” Tanya Yamano Minako.
            “Vegas. Saya dengar keluarannya terhad sebab itu saya beli.” Jawab Asai Yuriko dengan megah.
            “Yeah?” Balas dua rakan baiknya.
            “Saya tinggal dekat Beverly Wilshire Hotel, Las Vegas.” Kata Ayuhara Erika pula.
            “Sungguh? Hampir terlepas!” Balas dua lagi rakannya.
            Makino mencemik melihat gelagat rakan sekelas. Semua datang dari dunia yang berbeza. Cikgu mula masuk ke dalam kelas. Dia mengedarkan borang soal selidik bagi setiap pelajar.
            “Apa khabar semua?” Tanya cikgu.
            “Baik..” Jawab semua pelajar.
            “Saya hanya orang biasa di sekolah ini. Saya tiada hak untuk bersuara dan hanya perlu mengikut mereka.” Bisik hatinya.
            “Ada orang dapat NOTIS MERAH!” Jerit seorang pelajar lelaki dari luar kelas. Semua pelajar tergamam. Kali ini giliran siapa agaknya?
            Kimoto Takayuki terduduk diatas lantai setelah mengetahui notis merah ada di dalam loker. Hampir seluruh badannya bergetar. Nafasnya tersekat –sekat. Apa pula seksaan yang perlu dihadapinya?
            “Kimoto Takayuki daripada kelas 2 B dapat notis merah! Semua datang ke kafe cepat!” Heboh pelajar lelaki tadi.
            Setelah pelajar lelaki itu memberitahu kepada semua, Motoki kawan kepada Kimoto  terus berlari keluar. Mungkin dia juga akan terbabit menerima seksaan dengan Kimoto.
            “Mari kita tangkap Motoki. Yeah!” Jerit pelajar lelaki di dalam kelas Makino. Semua pelajar berpusu – pusu keluar untuk melihat keadaan yang huru hara.
            Kimoto cuba berlari untuk menyelamatkan diri. Namun malang nasibnya, dia telah dikepung dengan ratusan pelajar lelaki. Mereka membawanya pergi.
            Makino masih lagi berada di dalam kelas. Dia rimas untuk bercampur tentang hal begitu. Dia membaring kepala diatas meja. Mengeluh panjang melihat keadaan yang berlaku.
            “Makino..” Tegur Sakurako.
            “Tak apa kah kalau saya tak pergi bersama mereka?” Tanya Sakurako. Dia merupakan pelajar yang baru berpindah ke sekolah ini. Kalau dia tahu apa yang berlaku, pasti dia menyesal kerana masuk ke sekolah tinggi Eitoku.
            Makino turut mengikut mereka daripada belakang. Kalau ikutkan hati, memang malas. Tapi kalau tak pergi, kemungkinan dia akan menjadi mangsa F4. Baginya dia hanya orang biasa yang perlu mengikut telunjuk mereka.
            “Apa yang berlaku? Notis merah tu apa?” Tanya Sakurako yang tak faham dengan situasi itu.
            “Notis merah bermaksud Pengisytiharan Perang daripada kumpulan F4.” Jawab Makino.
            “F4?” Hairan Sakurako.
            “Mereka adalah pelajar lelaki tahun ketiga yang mengawal seluruh sekolah ini. Nama singkatan daripada F4 iaitu Flower Four. Kalau awak dapat notis merah, semua orang akan dapatkan awak untuk menerima seksaan.” Jawab lagi Makino.
            Takayuki ditolak – tolak oleh pelajar lelaki yang membulinya. Ada juga yang membaling telur kepadanya. Hampir seluruh badannya berlumuran dengan cecair telur. Pelayan kafe segera mengemas ruang F4.
            “Kenapa semua orang ikut F4?” Tanya Sakurako yang mahu kepastian.
            “Mereka merupakan golongan yang paling terkaya disini.” Jawab Makino yang tidak penat membalas segala pertanyaan Sakurako.
            “Bukankah semua orang adalah sama disini?”
            “Disini semua orang berbeza tahapnya. Sekolah ini menerima sejumlah besar duit daripada ibu bapa pelajar. Sebab itu cikgu – cikgu disini tak boleh berkata apa – apa. Mereka berjanji untuk memberi kebebasan. Dan disebabkan itu juga kumpulan F4 tak pernah pakai uniform macam kita.”
            “F4!!!” Jerit Yuriko yang teruja. Dia bersama  Minako dan Erika merupakan peminat F4. Keadaan menjadi bingit apabila pelajar perempuan mula menjerit. Mereka semua tidak sabar menunggu kehadiran F4.
            “F4!...F4!... F4!....” Semua pelajar melaungkan nama kumpulan itu sambil menepuk tangan.
            “Ahli kumpulan F4 ialah Mimasaka Akira yang suka pada teman wanita yang tua 10 tahun daripadanya. Nishikado Soujiroh merupakan anak dan ketua bagi Tea Ceremony School. Dia juga seorang playboy dan kasanova. Hanazawa Rui seorang anak tunggal bagi syarikat yang besar. Dia seorang yang tenang dan agak misteri berbanding rakannya yang lain. Dan yang terakhir ialah Domyouji Tsukasa. Dia merupakan anak bongsu bagi mewarisi Domyouji Worldwide Financial group. Dia merupakan ketua bagi F4.” Terang Makino panjang lebar.
            Makino dan Sakurako hanya mampu melihat dari jauh. Bagi Makino, itulah pekara paling benci yang terpaksa ditonton.  Mereka menolak Motoki  dan Takayuki ke hadapan F4.
            “Domyouji! Dia adalah kawan Kimoto.”Beritahu salah seorang tali barut Domyouji.
            “Cepat bangun!” Paksa dua orang pelajar lelaki. Mereka menarik bahu Kimoto.
            “Mari kita mulakan!” Kata Domyouji dengan sinis.
Sorak pelajar – pelajar lain. Motoki menangis teresak – esak kerana ketakutan. Perlahan – lahan Domyouji mendekati Kimoto dan Motoki. Beberapa tumbukan daripada Domyouji hinggap dibadan Kimoto.
“Saya dah beritahu, jangan bazirkan masa saya!” Kata Domyouji. Satu tumbukan kuat hinggap diperut Motoki.
Hanazawa Rui mula bosan dengan sikap kawannya. Dia memang tak suka bercampur hal begitu. Segera dia meninggalkan tempat itu. Sempat dia memandang Makino sebelum pergi. Setiap kekerasan yang dibuat oleh Domyouji pasti disorak dengan bangga oleh pelajar lain.
            “Wah, tak sangka Domyouji mampu berikan tumbukan yang sangat hebat!” Puji tali barut Domyouji.
            Satu tendangan daripada Domyouji hinggap di muka tali barut tersebut. Padan muka! Nak jadi hamba sangat.
            “Saya tak ada masa untuk membazir pada hal begini.” Kata Domyouji yang puas memukul orang.
            “Baiklah. Permainan sudah tamat!” Kata Mimasaka Akira sebelum mereka bertiga meninggalkan tempat itu. Semua orang menepuk tangan dengan bangga kecuali Makino  dan Sakurako.
            “So cool!!” Puji pelajar perempuan.
Makino memandang sekeliling. Dia tak mampu bersuara dan hanya mampu memendam perasaan tidak puas hati. Dia mengengam erat tanggannya untuk menahan geram.

                                    ***********************************
Makino berlari laju ke arah keluar laluan kebakaran yang tidak digunakan pelajar lain. Baginya itulah tempat yang mampu memberi ketenangan jiwa.
“Bodoh betul semua orang! Apa yang hebat sangat tentang F4?” Mengomel Makino. Dia menumbuk bertubi – tubi pada tembok tangga untuk melepaskan geram.
“Seronok sangatkah kalau kawan kita sendiri dipukul. Mestilah tak!” Katanya seorang diri.
            “Aku Tak Akan Terpengaruh Dengan Mereka!!” Jerit Makino yang melepaskan tekanan.
            Makino menarik nafas lega. Separuh tekanannya dapat dikeluarkan. Setelah puas di meninggalkan tempat tersebut.
            Hanazawa yang terkejut dengan jeritan Makino, terus terjaga daripada tidur. Makino langsung tidak sedar yang  Hanazwa Rui turut ada disitu. Dia cuma duduk selang beberapa anak tangga. Dia yang tidak faham hanya memerhati Makino .
            “Hanya setahun setengah lagi aku perlu bertahan sehingga habis sekolah. Aku hanya perlu mendiamkan diri dan jangan terlalu menonjolkan diri. Itu sahaja harapan aku..” Bisik hati Makino.

                                    ***********************************

            Pada waktu petang, Makino menghabiskan masa dengan kerja sambilan di Japanese Sweet Shop.
            “Apa? Ada orang dapat notis merah lagi? Kimoto! apa yang dia buat?” Tanya Yuki.
            “Dulu dekat Kafe, Kimoto tak sengaja memercikan  jus daripada buah oren yang dia makan sehingga terkena mata Domyouji.” Balas Makino sambil makan daituku.
            “F4 nama daripada Flower Four. Hurmm… tak guna. Mereka semua tak tahu malu.” Mengomel Makino. Dia menyambung semula kerja setelah habis makan.
            “kalau kau kata macam tu dekat sekolah, aku rasa mereka akan berlawan dengan kau macam kangaroo!” Ketawa Yuki.
            “Yeah.” Akur Makino. “Yuki. Kalau kau tak mahu makan aku akan habiskan.” Hulur daituku kepada Yuki.
            “Nak tapi makanan tu sudah sampai tarikh luput.” Yuki mengelap sekitar almari kaca.
            “Tak ada masalah..” Makino menghabiskan makanan Yuki.
            “Tapi kau boleh bertahan.” Kata Yuki.
            “Yup. Kadang kala aku rasa sakit juga perut ni.” Balas Makino.
            “Bukan itu yang aku maksudkan. Aku tertanya – tanya macam mana kau boleh bertahan dengan orang yang berkelakuan bodoh di Eitoku. Dulu kau sentiasa melindungi aku daripada orang yang cuba menganggu aku. Daripada tadika sampai sekarang. Tapi tak ada siapa yang tahu kau sebenarnya baik.” Kata Yuki.
            Makino terfikir ada kebenaranya juga.
            “Saya harap…. Saya mampu tewaskan mereka semua dan tinggalkan Sekolah Tinggi Eitoku.” Balas Makino.
            “Tapi….” Tambahnya lagi. Wajahnya berubah apabila memikirkan F4 terutama Domyouji.

                                    ***********************************

            Makino membuka periuk nasi eletrik bagi menyedok nasi ke dalam mangkuk. Alangkah terkejutnya telur juga ada di dalam periuk.
            “Mama! Kenapa telur ni ada dalam periuk?” Tanya Makino.
            “Kalau mama rebus berasingan, bazirlah eletrik.” Jawab Chieko, mak kepada Makino Tshukushi. Dia menghulurkan hidangan kepada Haruo, bapa Makino.
            “Apa pun mulai daripada esok, mama sediakan bekal makanan di dalam bekas ini.” Tambahnya lagi. Chieko mengeluarkan kotak bekal yang cantik daripada almari.
            “Apa?” Terkejut Makino. Selalunya bekas makanan ini harganya mahal.
            “Mak terjumpa. Mak sudah bersihkan.”
            “Tapi, kenapa nak bawa bekas makanan yang mewah ni. Lagipun bekal makanan saja kan..” Balas Makino.
            “Masa mak kahwin dulu, atok kamu berikan bekas ini kepada mak. Bekas ni original antik tau…” Jelas mak dengan penuh rasa terharu. Kini giliran anaknya untuk mengunakan bekas ini.
            “Oh, elok kotak bekas ni.”Puji Haruo yang muncul setelah mengambil minuman daripada peti sejuk.
            “Elok kan?” Tanya Chieko semula.
            “Yeah..” Balas Haruo.
            “Mama akan bekalkan udang untuk kamu esok.” Jelas perasaan gembira di wajah mak.
            “Tak nak lah. Itu makanan mewah!” Tolak Makino. Kerana bermegah sanggup menyusahkan orang lain.
            “Susumu!  Mari makan.” Mak memanggil Susumu yang sibuk belajar.
            “Baiklah!” Balas Susumu. Setelah menutup lampu belajar, dia ke ruang meja makan dengan membawa buku.
            “Air minuman ni sudah habis. Kalau tak silap saya papa jimat lebih daripada tiga hari.” Kata papa sambil menuang air minuman untuknya.
            “Papa! Kan mama sudah cakap minuman itu untuk seminggu.” Tegur mama.
            “Baiklah, lain kali papa akan cuba jimatkan beer sehingga 10 hari.” Balas Papa dengan bersemangat.
            “Wah….” Tepuk Mama dan susumu untuk memberi sokongan. Makino menghidangkan nasi kepada keluarganya.
            “Selepas ini saya akan cuba yang terbaik untuk masuk ke sekolah tinggi yang mempunyai yuran paling rendah!” Kata Susumu dengan bersemangat.
            “Lakukan yang terbaik!” Kata papa dan mama bagi memberi sokongan pada susumu. Kata – kata itu agak menguris hati Makino.
            “Kalau mama dan papa ada masalah, saya tak kisah kalau keluar daripada Eitoku.” Kata Makino.
            “Tak..tak… Bukan itu maksudnya. Kami semua  bergurau saja.”Balas mama untuk menjaga hati Makino.
            Semua ahli dalam keluarga sangat bangga setelah Makino dapat masuk ke Sekolah Tinggi Eitoku. Baik kawan papa, jiran mahupun kawan Susumu bertanya, pasti mereka menjawab dengan bangga.
 Demi menjaga hati mereka, Makino terpaksa menerima dengan senyuman. Oleh itu, dia tidak pernah bersuara “Saya mahu berhenti daripada Eitoku.” Dia masih ingat lagi hari pertama dia menjejak kaki ke Eitoku pada majlis orientasi. Seorang gadis jelita yang berucap ketika itu.
“Saya Toudou Shizuka dan bekas pelajar pada tahun 2000. Selamat datang ke Sekolah Tinggi Eitoku.
“Wah, cantiknya dia. Macam model. Dia merupakan anak kepada Ketua Syarikat Toudou. Dia sambung belajar di Perancis. Hebatnya dia!” Puji Cheiko sambil membaca artikel tentang gadis itu. Tanpa sedar suranya terlalu kuat sehingga menganggu orang lain.
“Shhh… Tolong diam!” Tegur salah seorang waris yang mengikuti majlis oreintasi.
Shizuka yang sedar dengan suara Chieko, terus memandang ke arah Makino. Tergamam Makino memandangnya.
“Saya ingin katakan kepada mereka yang memilih jalan ini, mereka perlu mejadi diri sendiri. Jika kamu berbuat begitu, saya pasti kamu akan rasa bahagia di sekolah ini.” Tambahnya lagi.
“Disebabkan aku mahu dikagumi oleh orang lain, aku terpaksa masuk ke Eitoku. Ingatkan bila masuk ke Eitoku, hidup aku lebih menarik. Aku benci Eitoku. Aku benci kesombongan F4. Aku benci kawan sekelas yang kejam! Tapi sejujurnya aku lebih benci dengan diri aku sebab aku tak mampu nak bersuara.” Mengeluh dalam hati Makino seorang diri.  

                        ***********************************
Dekat Kafe, semua pelajar disajikan dengan makanan mewah seperti hotel bertaraf lima bintang.
“Macam tak percaya…” Kata Makino sambil memerhati orang lain. Dia membuka bekal makanan yang dibawanya.
“Yang ini pun aku rasa macam tak percaya.” Kata Makino lagi sambil melhat bekas bekal makanan yang diberi oleh mama.
“Huh? Ini Udang kah?” Terkejut Makino melihat beberapa ekor udang yang sangat kecil.
“Hey! Awak ni Sanjou yang baru berpindah ke kelas C kan?” Kata pelajar lelaki yang menegur Sakurako.
“Ini kali pertama kita berjumpa. Mari kita makan bersama.” Kata kawannya pula. Dua orang pelajar lelaki itu cuba menganggu Sakurako.
“Ah! Sanjou… Mari sini.” Segera Makino memanggil Sakurako makan bersamanya. Segera Sakurako duduk dekat dengannya.
“Terima kasih banyak – banyak.” Ucap Sakurako dengan penuh berbudi bahasa.
“Tak ada masalah..” Balas Makino.
“Saya bukanlah orang yang baik. Tapi saya rasa saya tak mampu nak bertahan di sekolah ini.” Mengeluh Sakurako.
“Hey! Adakah awak juga orang biasa?” Tanya Makino dengan perlahan. Dia cuma meneka yang Sakurako juga orang biasa sepertinya. Belum sempat dia menghabiskan kata – kata, Sakurako terus berkata.
“Oh! Ah! Oh, tidak! Adakah makanan yang awak bawa tu berkulat?” Tanya Sakurako.
“Oh, tidak. Ini dinamakan Furikake.” Jelas Makino. Makanan yang dibawa itu ialah nasi yang dikepal dan disaluti dengan perisa.
Sakurako hanya melihat makanan yang dibawa oleh Makino. Baginya dia amat pelik dengan makanan tersebut.
“Awak nak cuba?” Makino menghulurkan  furikake kepada Sakurako.
“Terima kasih.” Ucap Sakurako dengan sopan.Dia cuba memakan sedikit furikake.  
“Sedapnya…” Puji Sakurako.
“Betul?” Gembira Makino mendengar pujian daripada Sakurako.
“Ya!” Balas Sakurako sambil tersenyum.
Setelah habis makan, mereka menyambung semula berbual.
“Sakurako, sedap nama awak. Cemburu saya!” Puji Makino.
“Nama awak pun comel juga,Tsukushi.” Balas pujian Sakurako.
“Apa? Comel? Nama saya sama dengan rumpai. Rumpai! Saya rasa mak ayah saya namakan saya selepas mereka makan ohitashi.” Balas Makino.
Sakurako hanya membalas dengan ketawa. Dia membawa dulang yang mempunyai pinggan dan mangkuk . Tanpa sengaja dia terlanggar Domyouji. Habis pakaian Domyouji kotor.
“Saya minta maaf.” Mohon Sakurako.
“Kau hanya cakap ayat yang sama saja.” Bidas Domyouji yang mula berang.
“Uh… Saya akan bayar kos cucian.” Rayu Sakurako lagi.
“Kos cucian? Kau bergurau ke” Domyouji membuka baju  dan membidas bajunya ke wajah Sakurako.
“Janganlah buli budak perempuan yang comel ini.” Kata Nishikado Sojiro sambil mengusap kepala Sakurako.
“Saya hanya mahu awak jika awak tua 10 tahun daripada saya. Awak ada kakak yang tua tak?” Kata Mimasaka Akira pula.
“Ahhh… Saya rasa sejuk. Kalau saya dapat penyakit radang paru – paru, apa yang awak boleh buat?” kata Domyouji dengan sinis.
“Saya anak kepada Domyouji Financial. Seluruh Japan bergantung padanya. Apa yang awak tahu tentang masa depan Japan?” Balas Domyouji yang penuh megah. Dia mula mendekati Sakurako. Makino menahan geram.
“Saya tanya apa yang awak tahu!” Tengking Domyouji.
“Hentikan…” Jerit Makino. “Tolong hentikan.”
Semua orang memandang kearah Makino.  Berani dia cuba berlawan dengan api.
“To..tolong maafkan dia.” Tersekat- sekat makino berkata sambil menunduk kepala. Domyouji yang panas baran, memandang Makino dengan serius.
“Di..dia cuma tak sengaja.” Rayu Makino.
Domyouji mula mendekati Makino. Setelah dia merenung ke wajah Makino dengan perasaan tidak puas hati, barulah dia beredar daripada tempat itu. Hampir tercabut nyawa Makino kerana amat ketakutan. Matilah aku selepas ini!

                                    ***********************************

   “Aku harap…. Aku harap sangat yang aku dapat hidup lebih tenang selepas ini.” Perlahan – lahan Makino membuka loker.
Notis merah daripada F4 lekat di dalam loker merah Makino.
“Aku dah terlibat dengan permainan mereka…” Tergamam Makino. Hampir seluruh badannya rasa tak bermaya.
“Ada orang dapat notis merah!!” jerit pelajar lelaki itu. 
            “Makino Tsukushi daripada kelas 2 C dapat notis merah!!” Heboh lelaki itu lagi.
            Kumpulan F4 sarapan di kafe. Mereka meyerahkan kerja kekerasan kepada pelajar bawahan. Bagi Domyouji, dia mahu mendegar berita seksaan sekejap lagi.
            “Mari kita keluar tengok mereka sekejap.” Ajak Domyouji.
            “Nampaknya, ini kali pertama pelajar perempuan yang dapat notis merah.” Kata Mimasaka Akira.
            “Hmm… Mungkin.” Balas Nishikado Sojiroh.
            Hanazawa Rui hanya menjeling pada Domyouji sambil menghirup secawan teh. Domyouji tersenyum sinis dengan rasa puas hati. Berani kau cuba lawan aku, sekarang terima balasannya.

            Makino yang baru masuk ke dalam kelas, terkejut kerana meja dan kerusinya sudah hilang. Semua orang bangun dan mendekatinya sambil ketawa hina. Makino menjeling dengan penuh rasa benci. Sakurako yang baru masuk ke dalam kelas, kehairanan melihat rakan yang lain.
            “Kenapa ni?” Tanya Sakurako.
            Makino bergegas keluar daripada kelas. Dia ternampak meja dan kerusi miliknya ada di luar bangunan.
“Jumpa pun…” Kata Makino dengan rasa geram. Segera dia mendapatkan kerusi dan mejanya.
Semasa Makino mengangkat meja, beberapa pelajar membuang sisa makanan daripada bangunan tingkat atas. Menjerit Makino. Pelajar – pelajar itu hanya ketawa melihatnya. Dia cuba elak apabila pelajar itu membaling tong sampah padanya. Kebam mulutnya meanahan geram.
Setiap hari di lalui dengan penuh seksaan. Baik di dalam kelas mahupun diluar. Asal berada di Eitoku pasti dia akan kena buli.
Sakurako yang menjadi sahabat baiknya juga rasa terancam dengan keadaan yang berlaku. Memang dia tidak menjangka pekara ini akan berlaku.

                                    ***********************************

Makino duduk berehat ditepi tangga. Di berasa penat kerana seharian di Eitoku, dia terpaksa menahan seksa.
“Sakurako…” Panggil Makino setelah Sakurako lalu dihadapannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada sahabatnya. Tanpa berkata apa – apa Sakurako berjalan meninggalkannya. Bagaikan tidak mengenali satu sama lain.
Makino tergamam. Dia memang tidak menjangka kawannya akan tinggalkan apabila dia berada dalam kesusuahan.
 Sebaldi air dicurahkan ke Makino daripada belakang. Tiga orang sahabat sejati yang muncul ketawa dengan penuh riak. Hampir basah kuyup Makino.
“Nampaknya ada orang dah hilang kawan..” Kata Ayuhara Erika.
“Awak ni memang sudah buruk dari mula. Awak cuma orang biasa. Berhentilah daripada Eitoku.” Kata pula Yamano Minako.
“Pergi berambuslah! Orang miskin yang kotor!” Sambung Asai Yuriko. Mereka ketawa dengan penuh hina.
Makino mengenggam tangannya dengan penuh rasa geram. Jika diikutkan hati, dia mahu sahaja membalas. Dia hanya menjeling sahaja.
Makino berlari ke tempat biasa di laluan keluar kebakaran. Di situ sahaja tempat yang dapat tenangkan dirinya.
“Sial…Sial…Sial….” Makino menangis semahu - mahunya di dalam hati sambil memukul dirinya.
“Oii… Tolong hentikan.” Muncul suara Hanazawa Rui.
Makino terkejut setelah mendengar suara itu. Dia menoleh ke bawah dan melihat Hanazawa Rui yang sedang membaca buku selang beberapa tangga bawah. Malang lagi nasibnya apabila bertemu salah seorang kumpulan F4.
“Awak boleh berhenti daripada bising dekat sini?” Tambah Hanazawa Rui. Dia bangun mendekati Makino.
“Ia adalah awak selepas semua…” Kata Hanazawa Rui.
“Huh?” Makino kehairanan. Dia tidak faham maksud yang ingin disampainya.
“Awak boleh melepaskan tekanan dekat sini?” Tanya Hanazawa Rui dengan menukar topik lain.
Makino tersentak. “Alamak, dia pernah dengarkah apa yang aku cakap selama ni?” Bisik Hatinya.
“Saya minta maaf tapi laluan kebakaran ini adalah kawasan saya.” Hanazawa beritahu.
“Apa?” Tertanya Makino. Ada juga kawasan milik F4.
“Saya suka disini jadi saya tak mahu awak menganggu saya.” Jelas Hanazwa lagi. Dia menyambung semula membaca buku.
Makino merenung ke wajah Hanazawa dengan penuh simpati. Dia mengharapkan Hanazawa akan faham nasibnya walaupun sedikit. Hanazawa membalas dengan renungan. Mungkin harapannya meleset.
Perlahan - lahan Makino melangkah keluar. Hanazawa Rui memandangnya dengan rasa kasihan.
“Saya tahu awak ada masalah.” Kata Hanazawa Rui secara tiba – tiba. Makino memandangnya semula.
Hanazawa terus meninggalkan tempat itu. Jika disitu mampu menenangkan fikiran pelajar perempuan itu, dia sanggup mengalah.
 Makino berasa terharu kerana bertemu dengan salah seorang kumpulan F4 yang tidak sama dengan Domyouji.

                                    ***********************************
Makino berjalan pulang ke rumah. Walaupun seharian diseksa di Eitoku tetapi dia mampu mengukir senyuman sepanjang perjalanan. Wajah Hanazawa Rui saat memandangnya masih bermain dalam fikiran.
Tanpa Makino sedar, sebuah kereta mewah mengikutnya daripada belakang sehingga dia sampai ke rumah. Domyouji yang ada di dalam kereta memandang Makino dengan penuh serius.


                        ***********************************

Domyouji merendam tali barut yang diupah untuk menyeksa Makino ke dalam kolam renang. Dia betul – betul berasa marah pada pelajar yang diupah. Sepatutnya, Makino berasa seksa tetapi kenapa dia masih mampu tersenyum.
“Aku tak nampak dia betul – betul terseksa… Apa yang terjadi?” Tengking Domyouji. Dia  menarik kepala pelajar lelaki itu. Dua orang pelajar lelaki yang diupah lagi hampir nyawa – nyawa ikan kerana direndam dalam air terlalu lama.
“Maafkan saya. Esok saya akan….” Belum sempat pelajar lelaki itu menghabiskan kata – kata, Domyouji  menolak kepalanya masuk ke dalam air semula.
“Kalau awak tak boleh buat, awak tahu nasib awak bukan, huh?” Domyouji memberi amaran kepada mereka.

                                    ***********************************
Makino bekerja sehingga larut malam. Dia dan Yuki mula mengemas untuk menutup kedai.
“Kau perlu pindah ke sekolah lain.” Nasihat Yuki.
“Aku pun fikir macam tu juga…” Balas Makino seperti tak bermaya.
“Memang patut pun.. Betul Tsukushi…”Kata Yuki sambil memegang bahu Makino.
“Kamu maksudkan Domyouji, anak kepada keluarga Domyouji Financial ke?” Muncul suara Okami iaitu pemilik kedai Japanese Sweet Shop. Terkejut Makino dan Yuki.
“Kak Okami dengar perbualan kami?” Tanya Makino.
“Kamu tahu, mereka mempunyai pengaruh besar di dunia ini. Kemungkinan mereka akan cuba menghapuskan kamu.” Kata Okami.
“Hapus?” Tercenggang Makino.
“Dulu bekas kekasih akak, yang akak amat cintai mempunyai kuasa besar. Dia seorang pengedar dadah. Akak sendiri pun tak tahu.” Cerita Okami apabila mengenangkan kisah silamnya.
“Nanti sekejap kak Okami, apa sebenarnya kehidupan akak….” Belum sempat Yuki menghabiskan kata – kata, Okami mencelah.
“Tsukushi. Hati – hati.” Nasihat Okami dengan nada yang serius.
Makino membalas dengan menagangguk kepala.

                                    ***********************************
Perlahan – lahan Makino melangkah kaki mendekati lokernya. Kali apa agaknya yang akan F4 lakukan. Dia membuka dengan penuh debaran. Alangkah terkejutnya beberapa ekor ular ada di dalam loker.
“Uwaaahh….” Jerit Makino. Beberapa ekor ular yang diletak di dalam lokernya mula keluar.
Semua orang yang berdekatan menjerit sambil berlari keluar. Makino yang rebah di lantai tergamam tanpa kata. Tiga orang lelaki yang diupah mula mendekatinya.
            “Apa yang awak nak?” Tanya Makino dengan ketakutan.
            Mereka menutup mulut Makino dan membawanya ke makmal sains. Disitu amat sunyi. Mereka cuba memperkosa Makino.
            “Aaa…” Makino cuba menjerit meminta tolong walaupun mulutnya ditutup.
            “Tutup mulut dia, betul – betul!” Arah pelajar lelaki itu kepada kawannya
            “Hentikan!” Jerit Makino. Dia meronta dan menangis teresak – esak.
            “Jangan melawan.” Pelajar lelaki itu menampar pipi Makino. Mereka menindih Makino dengan bangku.
            Pelajar lelaki mula membuka butang blazer Makino. Tiga orang lelaki mengepungnya.Dia tak berdaya untuk berlawan mahupun meronta. Jika menjerit, hanya sia – sia sahaja kerana tiada siapa akan membantunya.
            “Apa yang awak buat pula kali ni?” Muncul suara Hanazawa Rui. Mereka semua terkejut.
            “Hanazawa tolong saya…” Bisik hati Makino. Dia melihat Hanazawa yang tidur diatas bangku.
            Hanazawa mendekati mereka. Dia merenung ke wajah Makino.
            “Lepaskan dia…” Ringkas ayat yang keluar daripada mulut Hanazawa Rui.
            “Tapi.. Kami tak boleh lepaskan dia. Kami kena buat sampai dia berputus asa.” Jelas lelaki itu.
            “Diam! Aku cakap, lepaskan dia!” Hanazawa mula berang.  Tiga orang pelajar yang diupah segera meninggalkan tempat itu. Hanazawa mengangkat bangku yang ditindih.
            Makino menangis teresak – esak. Hanazawa merenung ke wajah Makino dengan penuh simpati.
            “Awak adalah perempuan yang bersih… Yang suci…”Kata Hanazawa Rui. Makino memandangnya.
            “Akhirnya saya sudah jumpa tempat yang sunyi.” Tambahnya lagi dengan menukar topik yang lain.
            “Te..terima kasih.” Ucap Makino sambil menangis teresak – esak. Dia bersyukur kerana Hanazawa Rui sempat menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa rogol.
            “Awak jangan salah faham. Saya..cuma bencikan apa yang mereka lakukan.” Kata Hanazawa Rui sebelum meninggalkan Makino.
            Makino memandang Hanazawa yang berlalu pergi. Di saat aku memerlukan, pasti kau akan muncul.

                                    ***********************************

            Tiga orang pelajar lelaki yang diupah olehDomyouji  tidak sanggup berhadapannya. Domyouji hanya mendapat berita tentang Makino melalui telefon. Mereka mengadu tentang Hanazawa Rui.
            “Rui…..” Domyouji tidak menjangka kawannya menjadi dalang untuk mengagalkan rancangannya.
            “Ya. Dia muncul semasa kami betul – betul nak memperkosakan dia.”
            “Habis, kenapa korang biarkan dia terlepas macam tu sahaja?” Domyouji yang mula marah terus matikan panggilan. Dia rebah di atas sofa. Dia betul – betul rasa tidak puas hati.
            “I will return to New York when I finish the M&A business. What was the response from the Manhattan Bank?” Muncul Kaeda, Ibu kepada Domyouji. Pengawal peribadi mengawal disekelilingnya setiap masa.
            “No. Just stop the deal… I said, stop it right now.” Kaeda matikan panggilan.
            Domyouji yang tidak suka pada ibunya mula rasa tidak selesa.
            “Oh, kamu ada dekat sini.” Kaeda mula perasan Domyouji.
            “Hurmm… Mak apa! Selepas 6 bulan tak jumpa anaknya, ini ucapan yang dia cakap.” Bidas Domyouji.
Kaeda menghiraukan kata – kata Domyouji. Dia hanya membalas dengan jelingan kepada anaknya.
                                   
                                    ***********************************

            Domyouji dan Ibunya makan malam bersama. Suasana menjadi suram. Pembantu peribadi Kaeda, Nihida duduk di tepi sambil menulis catatan.
“Boleh kamu panggilkan tukang masak sekejap?” Arah Kaeda.
“Ya. Puan.” Patuh Nishida, pembantu peribadinya.
Domyouji melihat ibunya. Pasti ada yang tak kena. Tukang masak yang dipanggil pun masuk dengan rasa hormat.
“Kenapa Puan panggil saya?” Tanya tukang masak.
“Mulai daripada esok awak jangan datang lagi.” Ringkas Kaeda berkata dengan senyuman.
Tergamam tukang masak itu. Domyouji juga terkejut dengan kata – kata ibunya. Kaeda membuat syarat kepada pelayan untuk membawa pergi makanan yang dimakannya.
“Nishida. Saya perlukan tukang masak baru.” Kata Kaeda dengan ringkas.
“Baiklah, puan.” Patuh Nishida. Dia membawa tukang masak keluar. Kaeda dan Domyouji saling merenung dengan penuh rasa dendam.

                                    ***********************************

            “Wow! Kulit ayam goreng!” Gembira Haruo.
Walaupun makanan tak semewah, tetapi mereka tetap bersyukur. Serba serbi perlu dijimatkan termasuklah makanan.
            Makino berwajah masam. Dia memang tidak ada perasaan untuk gembira bersama kelurganya. Hati dan fikirannya hanya memikirkan nasib yang perlu ditanggung selepas ini.
            “Saya makan dulu..” Melulu Susumu dengan mengambil kulit ayam goreng.
            “Nanti dulu, Susumu.” Kata Haruo.
            “Sebelum kamu makan, kamu kena bau dulu baru berselera nak makan dengan nasi.” Tambahnya lagi.
            “Oh, bagus juga idea papa. Baru kita rasa seronok nak makan.”
            Semua ahli keluarga Makino berkongsi kegembiraan. Masing – masing teruja bau kulit ayam goreng. Makino masih lagi tertekan dengan nasibnya disekolah. Tiada siapa ahli keluaranya yang tahu nasib malangnya. 
            “Tsukushi, bau lah…” Kata Haruo sambil menghulurkan kulit ayam goreng.
Makino melemparkan mangkuk nasinya. Tergamam ahli keluarganya yang lain. Kehairanan mereka semua.
“Hentikan.. Saya rasa tak lawak pun.” Kata Makino.
“Kenapa dengan kakak?” Tanya Susumu.
“Kamu semua bagi tekanan. Saya rasa menyampah! Saya rasa… membazir kerana hantar saya ke Eitoku” Makino terus masuk ke dalam bilik. Dia terpaksa memendam tekanan perasaan yang dihadapinya seorang diri.
            Ahli keluarganya saling memerhati antara satu sama lain. Mereka tercengang. Kebiasaannya dia seorang yang ceria.
            Makino merebahkan tubuhnya diatas katil. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya dan menghembus. Dia cuba mengutip sisa kekuatan yang masih ada dalam dirinya.

                                    ***********************************

            Ratusan orang di kelab malam membuatkan keadaan menjadi seksa. Nishikado dan Mimasaka Akira berada di bilik khas.
            “Akira…” Panggil manja teman wanita Mimasaka Akira.
            “Hmm?”
            “Akira, saya ada sesuatu untuk awak.”
            “Apa dia?”
            Teman wanita Mimasaka Akira yang tua daripadanya 10 tahun itu menghulurkan sekeping kertas iaitu pengesahan bercerai. Dia sanggup bercerai semata – mata untuk Mimasaka Akira.
            “Nampaknya kita boleh berkahwin selepas awak habis belajar.” Kata teman wanitanya. Belum sempat dia menghabiskan kata –kata , Akira menghadiahkan dengan ciuman
            “Terima kasih atas segalanya. Ia amat menyeronokkan.” Kata Akira. Dia terus menarik tangan teman wanitanya.
            “Nanti sekejap, Akira.”  Rayu teman wanitanya.
            “Saya dengar dia nak balik. Tolong bawa dia pulang.” Arah Akira kepada pengawal peribadinya.
            Nishikado yang memeluk teman wanitanya, melihat karenah Mimasaka Akira dengan tersenyum.
            “Oii..Kau tu terlalu bekeras dengan dia, Akira.” Kata Nishikado
            “Aku tak seteruk engkau. Sekurang – kurangnya aku tak dikelilingi dengan 21 orang teman wanita!” Bidas Akira.
            “Huh? Betul ke Soujiroh?” Terkejut teman wanita Nishikado.
            “Pekerjaan saya memang dikelilingi perempuan, tetapi saya akan tetap memilih awak.” Jawab acuh tak acuh oleh Nishikado. Dia membelai tangan teman wanitanya.
            “Kulit awak sangat lembut. Secantik green tea.” Tambahnya lagi.
            “Apa awak cakap ni?” ketawa teman wanitanya.
            Domyouji yang baru muncul melihat sekeliling. Tak nampak bayangan Hanazawa Rui.
            “Rui ada dekat sini tak?” Tanya Domyouji.

            Domyouji dan kawan – kawannya menyambung semula perbualan di pusat snooker. Domyouji hanya memandang kawan – kawannya bermain snooker. Dia mengadu tentang ketidakpuasan hatinya antara dia dengan Hanazawa Rui.           
            “Patutlah..” Balas Mimasaka Akira sambil memukul bola snooker.
            “Dia cuma sedikit menyusahkan tapi rancangan kau bagi mengupah orang untuk merogol Makino,  aku rasa tak baik.” Kata Nishikado yang berbual tentang Hanazawa Rui.
            “Tak! Aku cuma biarkan mereka gunakan rancangan mereka!” Balas Domyouji separuh nada marah.   
            “Kenapa engkau nak bad mood pula?” Tanya Mimasaka Akira.
            “Kalau rancangan tak mejadi, permainan ini tak akan selesai.”Balas Domyouji lagi.
            “Bawa bertenang Tsukasa. Kau cuma membazirkan masa.” Kata Nishikado.
            “Macam mana kau nak kawal Domyouji Financial pada masa depan kalau sekolah yang kecil pun kau tak boleh kawal.” Cabar Mimasaka Akira.
            Domyouji membalas dengan senyuman sinis. Dia mengambil kayu snooker lalu memukul pinggan yang ada di hadapannya. Nishikado dan Mimasaka Akira terkejut dengan tindakannya. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan rasa panas hati.

                                    ***********************************

            Jam tepat pukul 4.00 pagi. Makino masih tidak dapat melelapkan mata. Dia masih berasa geram dengan F4.
 Lamunannya terhenti setelah Makino mendengar bunyi pinggan dari arah dapur. Dia mula bangun perlahan – lahan untuk mengintai dari bilik. Rupa – rupanya mama dan papa ada di dapur.
            “Wow, kamu ukir seperti bunga. Comel sangat.” Puji papa Makino, Haruo.
            “Susumu cakap, tolong berikan lobak merah untuk bekal kakak.” Beritahu Chieko.
            “Oh, patutlah.” Balas Haruo.
            “Oh, mama terlupa! Sepatutnya mama tinggalkan sedikit fish cake untuk bekal papa.”
            “Tak…tak… Papa okay, mama letakkan dalam bekal Tsukushi.” Haruo beralah.
            “Tapi…”
            “Mama hiaskan makanan tu agar nampak cantik. Baru dia selera.” Pesan Haruo.
            “Baiklah. Mama tak pernah lupa yang kegemaran Tsukushi ialah udang.” Kata Chieko.
            “Papa rasa Tsukushi pasti gembira.”
            Tanpa sengaja Makino mendengar perbualan mama dan papa. Sebak rasanya melihat kesusahan mama dan papa yang sanggup bangun pagi semata – mata membuat bekal untuknya. Papa dan Susumu sanggup mengalah dalam makanan hanya untuk dia. Hanya untuk mengembirakannya.
           
                                    ***********************************
            Seperti biasa Makino akan membawa bekal makanan untuk makan di kafe. Terkejut Makino melihat bekal yang dibawanya ialah seekor lobster yang dimasak lazat. Wah, makanan ini dapat mencapai tahap 5 bintang.
            “Makanan ini dah berlebihan.” Teruja dia makan bekal yang dibawa. Terukir senyuman menandakan dia betul – betul gembira.
            Bunyi hentakan kaki semakin menghampiri Makino. Alangkah terkejut Makino melihat Domyouji berdiri dihadapannya. Makino menunduk kepala. Domyouji melihat bekal makanan Makino.
            “Kau hanya orang biasa tapi kau cuba hidup seperti golongan orang atasan. Aku tahu sebab aku lelaki yang hebat.” Domyouji mengambil bekal makanan Makino.
            “Aku tak tahu pula orang yang golongan macam kau boleh masak makanan begini.” Domyouji mencampak bekal makanan Makino ke atas lantai dengan penuh rasa marah.
            Tersentak hati Makino melihat makanannya di buang ke lantai. Lobster yang diidamkan selama ini hanya dibuang begitu sahaja. Tanpa rasa belas, Domyouji memijak lobster sehingga separuh hancur.
            Pelajar lain yang melihat hanya tersenyum. Makino cuba mengutip makanan yang masih boleh dimakan.
            “Hey! Jom kita pergi ke Ginza!” Ajak Domyouji kepada kawan – kawannya. Ginza merupakan salah sebuah pusat membeli belah.
            “Kenapa?” Tanya Mimasaka Akira.
            “Kasut aku dah kotor.” Jawab Domyouji sambil tersenyum sinis.
            Hanazawa Rui memandang Makino dengan simpati. Makino terkenang perbualan mama dan papa dan  kesusahan mama dan papa menyediakan bekal hanya untuk anaknya. Tergamak dia menghina makanan yang dibuat oleh mama dan papa. Ini betul – betul melampau.
            “Nanti sekejap!” Kata Makino menahan geram.
            “Huh? Kau ada cakap sesuatu?” Tanya Domyouji  sambil tersenyum sinis.
            Makino bangun dan mendekati Domyouji. Dia fikir tekanan yang ditanggung tak boleh dipendamnya lagi. Dia perlu lakukan sesuatu.
            “Aku tak tahu yang engkau ni orang kaya atau apa. Tapi aku tahu kau sangat bodoh dalam menggunakan duit sendiri!” Tegas Makino.
            Makino melompat – lompat seperti kanggaro. Semua pelajar yang memandang berasa hairan dengan gelagat Makino.
            “Jangan Melampau Sangat!” Satu tumbukan daripada Makino hinggap dipipi Domyouji.
            Domyouji rebah diatas lantai. Dia betul – betul tidak menjangka Makino akan menumbuknya. Tergamam semua yang memandang. Hanazawa Rui dan Sakurako tersenyum puas.
            “Saya tak akan berlari ke mana – mana. Saya isyhtiharkan peperangan antara kita bermula. ” Tegas Makino lagi.
            Domyouji masih tergamam. Tumbukan itu mengingatkannya pada seseorang yang pernah memberi tumbukan seperti itu.
            Makino membungkus semula bekal makanan. Dia sempat memandang Hanazawa Rui yang tersenyum sebelum dia berlalu pergi. Dia menjeling kearah Domyouji yang ketakutan. Tahu pun langit itu tinggi atau rendah. Pelajar – pelajar lain semua beri ruang kepada Makino untuk berlalu pergi.
           
                                    ***********************************

“Aku dah lakukan yang terbaik. Sejujurnya, aku masih rasa takut untuk menerima ancaman seterusnya.” Bisik hati Makino sambil melihat bintang dilangit melalui tingkap biliknya.
“Aku tak akan kalah jika mereka mahu apa – apakan aku. Kerana aku Tsukushi, sekuat Rumpai.” Makino kini mampu mengukir senyuman. Bersemangat Makino mulakan hidup yang baru dengan tenang.

                        ***********************************
“Mama tak tahu apa yang berlaku tapi tolong hati – hati.” Chieko membungkus makanan untuk anaknya. Kesan retakkan ada pada bekal makanan Makino.
“Baiklah.” Balas Makino.
“Ini dia…” Chieko menghulurkan bekal makanan.
“Saya pergi dulu.” Kata Makino dengan senyuman.
“Hati – hati.”
Makino melangkah dengan penuh rasa tenang. Bagaikan dilahirkan semula. Dia menarik nafas lega. Setiap langkahnya disusuli dengan penuh semangat.
Dua buah kereta mewah berhenti dihadapannya.  Keluar lelaki memakai pakaian serba hitam seperti pengawal peribadi.
“Nanti sekejap!” Terperanjat Makino. Dia tidak sempat melarikan diri.
Lelaki itu menutup mulut Makino dan membawa dia masuk ke dalam kereta. Dia sempat memandang lelaki yang ada di dalam sebuah kereta mewah di belakang. Domyouji…. 
Tubuh Makino kian lemah. Dia tak mampu lagi bergerak. Apa yang dia mahu buat kali ni? Kini dia menjadi mangsa penculikan.