“KAU CIUM DIA?!” Terbeliak mata Yuki dengan
terkejutnya setelah mendengar cerita Makino Tsukushi.
Hampir tersembur daituku yang penuh
dalam mulut Makino. Segera dia mendapatkan Yuki. Dia menoleh kiri dan kanan.
Nasib baik tiada siapa yang mendengar.
“Kau cakaplah perlahan sedikit!”
Marah Makino.
“Wah, hebatnya kau!” Usik Yuki.
“Apa yang hebatnya! Tak ada yang
hebat langsung!” Bengang Makino.
“Kau cium musuh yang sentiasa
bergaduh dengan kau. Habis Hanazawa Rui macam mana?” Tanya Yuki.
“Bencinya….”
“Laa..Kenapa pula? Macam mana
perasaan orang lain yang pandang kamu berdua masa tu?”
“Ini semua kenyataan...” Tiba –
tiba sahaja muncul Okami di hadapan
mereka. Dia memasang telinga terlebih dahulu.
“Kak Okami?” Serentak Yuki dan
Makino. Sejak bila pula dia muncul disitu?
“Nampaknya, kau telah cium dengan
orang yang paling kau benci di dalam dunia ini. Akak pasti kau akan trauma
seumur hidup. Ciuman pertama kau telah dirampas oleh orang yang kau benci.”
Perlahan – lahan Okami mendekati Makino. Semakin seram rasanya.
“Sudahlah tu akak Okami. Jangan
takutkan dia.” Yuki cuba menghalang Okami daripada menakutkan Makino.
“Tambahan pula kau cium dihadapan
orang yang kau suka dan cinta di dalam dunia ini.” Tambahnya lagi. Orang yang
dimaksudkan oleh Okami itu ialah Hanazawa Rui.
Makino tertunduk. Muncung mulutnya.
Ada kebenaran juga apa yang Okami katakan. Dia betul – betul telah mencalar
hati Hanazawa Rui. Macam mana ni?
Okami menoleh kebelakang dan
berlalu pergi dengan ketawa versi ahli sihir yang jahat. Dia memang seronok
mengusik Makino Tsukushi.
“Kenapalah akak suka mengusik
Makino?” Tegur Yuki.
“Bagaimana perasaan kamu setelah dapat
ciuman pertama?” Okami sempat mengusik Makino lagi.
***********************************
“Ciuman pertama bukan cara aku
untuk senang jatuh cinta pada dia.” Tengking Domyouji yang panas hati ditambah
usikkan daripada Mimasaka Akira dan Nishikado Sojiroh. Mereka menghabiskan masa di dalam bilik
Domyouji dengan bermain mahjong.
“Tapi kau tak fikir ke, itulah
ciuman pertama kau?” Tambah Nishikado yang sengaja mengusik.
“Sudahlah! Jangan nak merepek!
Jangan bazirkan masa! Cepat main!” Marah Domyouji.
“Kau betul - betul cium dia di khalayak ramaiii...”
Sambung Mimasaka Akira.
Hati Domyouji mula berdegup kencang
menahan kemarahan. Bagai api yang mahu menyambar di mulutnya. Dia bangkit
sambil menolak mahjong yang dimain.
“Hoi, kau nak kata aku yang
terhegeh - hegeh teringin nak ciuman dia ke?! Bodoh!” Balas Domyouji dengan
menegking Mimasaka Akira.
Domyouji mengambil beberapa red
dart dan dibaling tepat pada dartboard untuk melepaskan rasa geram.
“Itu bukan ciuman pertama aku!”
Tambahnya lagi dengan rasa tidak puas hati.
“Setahu kami, itulah ciuman pertama
kau.” Nishikado dan Mimasaka Akira melabuhkan punggung di atas sofa sambil
memerhati Domouji.
“Kau silap! Kau tak tahu apa – apa
pun tentang aku!”
“Kalau macam tu, bila kau dapat
ciuman pertama?” Tanya Nishikado sengaja menguji Domyouji.
Domyouji teragak – agak untuk
menjawab.
“Entah?? Emm.. Mungkin dua hari
lepas.” Jawab Domyouji. Tanpa sengaja dia menyebut dua hari lepas iaitu parti
yang diadakan dirumah Todou Shizuka.
***********************************
Bunyi kebingitan kenderaan memecah
kesunyian malam. Makino berjalan pulang bersama Yuki dari tempat kerja. Dia dan
Yuki berhenti seketika ditengah jejantas. Sambil melihat kesesakan lalu lintas,
dia merenung pada sapu tangan yang diberi oleh Hanazawa Rui.
“Aku tak sanggup nak pergi ke
laluan tangga kebakaran selepas ini.” Keluh Makino. Dia tak sanggup berhadapan
dengan Hanazawa Rui.
“Tsukushi, aku fikir sudah tiba
masanya kau kena terus terang dengan dia.” Kata Yuki.
“Apa?” Makino yang terkejut menoleh
pandangan 90 darjah ke arah Yuki.
“Kau kena terus terang pada dia
dengan cara begini. Sejak kejadian hari itu, saya benar – benar sukakan awak.
Mata saya hanya dapat memandang awak sahaja.” Yuki cuba membantu Makino dengan
eksperisi wajah.
“Tak mahulah! Lagipun dia sudah ada
Shizuka.” Makino mengetap bibir.
“Habis kalau kau tak bagitahu dia,
hati kau rasa okay? Kau sanggup melihat cinta dari jauh?” Tanya Yuki bertubi –
tubi dengan rasa tidak puas hati.
“Ye,tapi…” Makino merenung pada
sapu tangan Hanazawa Rui. Teringat pula kata – kata Rui pada malam itu.
“Awak sangat cantik.” Puji Hanazawa
Rui dengan senyuman.
Terukir senyuman di bibir Makino.
Bagai ada semangat kekuatan kembali kepada dirinya. Dia tidak akan lupa saat
terindah itu.
“Dia kata pada aku, awak sangat
cantik.”Beritahu Makino
“Apa?” Yuki kehairanan. Tidak tahu
cerita apa yang Makino cuba katakan.
“Selepas aku tukar pakaian pada
malam itu, dia memandang aku dan dia kata yang aku cantik.”
“Betul ke? Siapa? Hanazawa Rui ke? Putera
kacak cakap cakap macam tu?” Terbeliak mata Yuki. Bertubi – tubi soalan yang
keluar dari mulutnya dengan teruja.
Makino membalas dengan mengangguk
kepala. Yuki teruja mendengar cerita Makino. Bagaikan cerita seorang puteri
yang ditawan dua orang jejaka putera.
Dalam masa yang sama Domyouji,
Nishikado dan Mimasaka Akira dalam perjalanan ke Pub dengan menaiki kereta
panjang Limosin. Nishikado dan Mimasaka Akira menghabiskan masa dengan bermain chess.
Domyouji
yang masih panas hati melihat di luar jendela. Tiada pekara lain yang dibincangkan
selain kejadian malam tempoh hari yang lalu.
“Aku tak akan maafkan Rui. Dia
punca segala – galanya.” Marah Domyouji.
“Jangan cakap begitu. Kau maaf
sajalah dia.” Pujuk Nishikado. Kalau difikirkan, masalah yang berlaku berpunca
daripada Domyouji.
“Kalau dia minta maaf pada aku. Em,
baru aku akan maafkan dia.” Balas Domyouji. Tak tergamak hatinya untuk marah
berpanjangan walaupun di hati masih panas membara.
“Nampaknya kau kena bawa berbincanglah
dengan Hanazawa Rui.”
“Tak perlu nak berbincang. Aku pun
tak kesah kalau di ada di sini ataupun tidak.” Balas Domyouji sambil memaling
wajah kearah lain.
Kereta mewah miliknya membelok ke
kanan. Mimasaka Akira terkejut apabila ternampak Makino yang lalu di sisi
jalan.
“Eh, itu Makino Tsukushi!” Kata
Mimasaka Akira yang separuh terkejut.
Bagai ada sesuatu magnet pada diri
Domyouji untuk Makino walaupun secara senyap.
“Kau tak nak berhenti kereta
sekejap ke?” Usik Nishikado.
Domyouji yang tersedar segera
berpura – pura memandang ke arah lain dengan perasaan berlagak.
“Buat apa nak berhenti kerata.
Buang masa je!” Jawab Domyouji dengan ego.
“Checkmate! YES! ” Jerit gembira
Mimasaka Akira yang telah kalahkan Nishikado dalam permainan Chess. Nishikado
menarik muka tidak puas hati.
Dalam keasyikan kawannya berborak, Domyouji
sekali lagi mencuri pandangan ke arah Makino. Dia melihat makino yang berjalan
seorang diri dengan terukir senyuman manis dibibir. Semakin hanyut bayangan
Makino jauh dibawa pergi. Dia memandang hadapan semula sambil memikirkan
tentang Makino. Makino Tsukushi senyum?
****************************
“Jangan nak mengelak! Awak kena berdamai dengan Tsukasa.” Pujuk Shizuka sambil
berbicang diruang beranda bersama Hanazawa Rui.
“Sebenarnya, dia yang tak ambil
peduli.” Balas Hanazawa Rui sambil menghirup secawan kopi.
“Sebab itulah kamu…” Belum sempat
Shizuka menghabiskan kata – kata, Hanazawa Rui mencelah.
“Saya marah dia sebab dia biadap
bila bercakap dengan awak. Saya memang tak akan maafkan dia!” Sambung Hanazawa
Rui dengan tegas.
“Tapi… Apabila Tsukasa tercium
Tsukushi, kenapa kamu betul – betul marah pada Tsukasa?” Shizuka bertanya
dengan serius. Dia merenung tepat ke mata Hanazawa Rui.
“Apa?” Balas Hanazawa Rui dengan
ketawa sinis.
“Saya tahu kamu minat pada dia.
Tsukushi mempunyai semangat kekuatan dan dari matanya terpancar kejujuran. ”
Luah Shizuka dengan lembut agar Hanazawa Rui faham.
“Jadikan dia orang yang penting dalam
hidup kamu. Sekarang awak akan dapat bina kehidupan tanpa keraguan.” Tambahnya
lagi. Dia tidak mahu Hanazawa Rui terlalu mengharapkan cinta darinya.
Hujan lebat mula membasahi tanah.
Hanazawa Rui merenung ke bawah dengan perasaan sedih. Air mata mula ligat bermain
dikelopak mata. Shizuka, kenapa awak tak pernah pandang perasaan saya walaupun
sesaat?
“Pekara ini tidak akan berlaku.”
Kata Hanazawa Rui dengan perlahan.
“Apa?” Tanya Shizuka semula yang
tidak jelas mendengar kata dari Hanazawa Rui.
“Awak tahu tentang perasaan saya
bukan? Awak cuma nak main perasaan saya dengan kata – kata awak bukan?” Kata
Hanazawa Rui dengan lemah.
“Rui…”Panggil Shizuka dengan
lembut.
Hanazawa Rui terus bangun. Dia cuba
menahan sebak di dalam hati. Dia merenung ke mata Shizuka.
“Awak tak tahu, apa maksud hidup
tanpa keraguan?” Kata Hanazawa Rui. Setelah dia amati raut wajah Shizuka, dia mengambil jaketnya dan terus berlalu pergi. Walaupun
hujan turun lebat, biarlah air yang turun dari langit malam menemani tangisannya.
“Rui.. Rui… “ Kejar Shizuka dari
belakang.
Makino Tsukushi yang berlari
merendah hujan, berhenti seketika menumpang teduh di sebuah kedai kopi.
“Alamak, basah teruk.” Keluh Makino
yang basah kuyup. Tersentak dia setelah mendengar suara orang yang dikenalinya
dari jauh.
“Rui! Rui! Rui…. Nanti dulu!” Jerit
Shizuka.
“Awak tahu tak! Saya akan pulang ke
Perancis tak lama lagi.” Jelas Shizuka.
Hanazawa Rui berhenti melangkah.
Dia langsung tidak memaling ke wajah Shizuka dan hanya mendengar.
“Untuk masa depan, kamu jangan
harapkan saya lagi untuk kekuatan awak. Sebab itu, saya sudah buat keputusan
untuk mulakan hidup di Perancis. Saya perlu capai cita – cita saya sebagai
seorang peguam antarabangsa.” Jelas Shizuka.
Hanazawa Rui dengan perlahan
menoleh ke belakang dan merenung ke mata Shizuka. Dia akan tinggalkan aku?
“Saya tak akan mewarisi Toudou
Company lagi. Saya bukan anak kepada Toudou Financial Group, cuma manusia
biasa. Sebab itu saya nak mulakan hidup baru di Perancis.” Tambahnya lagi yang
cuba menahan sebak di dada.
Makino yang sembunyi di sebalik
diding memandang ke mata Hanazawa Rui. Jelas di matanya sedang menangis di
dalam hujan.
***********************************
“Baiklah, seterusnya cuba kamu teka
apakah maksud Senzai Ichiguu.” Kebiasaan Mama pasti bermain peribahasa Jepun
semasa makan.
“Senzai Ichiguu? Saya tahu! Senzai
Ichiguu bermaksud satu cup serbuk pencuci baju.” Teka Susumu dengan penuh yakin.
“Salah!” Balas Mama.
“Habis, apa jawapan yang betul
mama?” Tanya semula Susumu.
“Maksudnya, apabila pertemuaan
pertama tidak memilihnya maka dia berpeluang untuk mendapat mencari yang lain.
Contohnya, lelaki itu benar – benar cintakan seorang gadis tapi gadis itu tak
mahu padanya. Gadis itu pula minta putus. Maka dia ada peluang lain.” Terang
Mama.
Makino yang menguyah makanan turut
mendengar penjelasan mama.Tersentak hatinya. Aik, kenapa peribahasa hari ini
agak menyentuh hati? Rasanya ada kaitan apa yang berlaku pada hari ini. Makanan
di tekak pun rasa susah rasa nak ditelan. Hilang terus selera makan.
“Oh,begitu. Baru saya faham.”
Angguk Susumu.
“Saya sudah habis makan.” Kata
Makino Tsukushi sambil membawa pinggan
nasi ke singki.
Mereka semua kehairanan. Sejak bila
pula Makino Tsukushi makan sedikit.
“Eh, Hari ini kamu ada pelanggan
ramai ke?” Tanya Ayah meneka yang Tsukushi akan
letih berkerja.
“Tak. Saya rasa sesak dada.” Balas
Makino Tsukushi yang tak bermaya.
Sebenarnya itu cuma alasan sahaja. Dia mahu bersendirian di dalam bilik.
“Saya sudah habis makan.” Kata
Susumu pula.
“Susumu, kenapa kamu pun tak mahu
makan?” Ayah bertambah kehairanan apabila melihat makanan Susumu yang belum
disentuh.
“Saya rasa sesak di buah dada
saya.” Ejek Susumu dengan ketawa.
Makino yang malas melayan ejekkan
Susumu, terus masuk ke dalam bilik. Ekor mata mama mengiringi langkah Makino
Tsukushi.
“Pandailah kamu! Nanti bila kamu
besar, Ayah tak meragui lagi nak masukkan kamu ke sekolah yang terpilih.” Balas
Papa yang ketawa sambil mencuit pinggang Susumu.
“Betul ke ayah?” Tanya Susumu
semula.
“Saya rasa dia dalam dilema cinta.”
Mengadu mama dengan perlahan.
“Eh?” Papa kehairanan.
“Sejak anak kita balik dari parti
sekolahnya, dia berperangai begini.” Tambah mama lagi.
“Maksud mama, kakak mungkin
bercinta dengan salah seorang anak orang kaya?” Tanya Susumu dengan teruja. Selain
Makino Tsukushi, hanya anak orang kaya sahaja yang bersekolahan di Sekolah
Tinggi Eitoku.
Mama menekup mulut kerana terkejut
dengan kata – kata susumu. Ada juga kebenarannya.
“Mungkin dia risau tentang status
dirinya?” Kata Papa pula.
“Serius ni kalau dia betul – betul
cintakan salah seorang dari mereka.” Mama kian rancak berbual tentang hal ini.
“Jadinya cerita cinta kakak boleh
dijadikan contoh sebagai Senzai Ichiguu.” Teruja Susumu.
“Bercinta dengan orang kaya!” Kata
mereka serentak.
***********************************
Makino Tsukushi merebahkan tubuhnya
diatas katil. Dia merenung sapu tangan Hanazawa Rui yang dipegang.
“Betulke aku Senzai Ichiguu. Aku
ada peluang untuk dapatkan dia?” Soal seorang diri.
Senyuman terukir dibibir. Bagaikan
panahan cinta melekat dihatinya. Dia terus bangun dan masuk ke dalam bilik air.
Sedikit demi sedikit dia menuang air ke dalam sebuah besen kecil dan memasukan
sedikit serbuk pencuci. Perlahan –lahan dia mengosok sapu tangan itu.
Setelap siap mencuci, dia masuk ke
dalam bilik semula. Kali ini, dia mengosok perlahan dengan sterika yang separuh
panas. Bersungguh –sungguh dia menjaga sapu tangan milik Hanazawa Rui dengan
sepenuh hati sepenuh jiwa.
***********************************
Loceng sekolah berbunyi menandakan
waktu rehat telah tiba. Makino Tsukushi segera berlari ke laluan tangga
kebakaran. Niat hatinya ingin memulangkan semula sapu tangan itu pada Hanazawa
Rui.
Makino menuruni anak tangga yang
selalu Hanazawa Rui duduk berehat. Langkahnya terhenti. Bayangan Hanazawa Rui
tiada? Kemanakah dia? Makino menghela nafas. Dia kembali ke kafe.
Tiada apa yang Makino lakukan
melainkan memandang sapu tangan Hanazawa Rui. Dia mengeluh panjang lagi.
Tiba – tiba sahaja ramai pelajar lain
berdiri di sekelilingnya. Kehairanan Makino. Kali ini apa yang mereka mahukan
lagi?
“Nampaknya Sanjou Sakurako sudah
tak datang sekolah tapi kau masih berani datang ke sekolah.” Kata Asai Yuriko
yang mulakan dahulu.
“Yeah..” Balas serentak pelajar
lain.
“Rasanya dia akan berhenti
sekolah.” Sambung Asai Yuriko.
“Eh?” Terkejut Makino Tsukushi.
Sanjou Sakurako berhenti sekolah? Tak mungkin! Ini semua salah dirinya.
“Ini semua salah kau! Itupun kau
masih berani datang ke sekolah?” Tambahnya lagi.
Makino yang terkejut terus berlari
keluar dari sekolah. Dia sengaja ponteng kelas semata – mata untuk pujuk Sanjou
Sakurako kembali ke sekolah.
***********************************
Rumah villa dari seni bina Inggeris
tersegam indah dari jauh. Makino dibenarkan masuk ke dalam bilik Sanjou Sakurako.
Dia masih baring pada katil. Makino melabuhkan punggungnya di kerusi yang empuk
bersebelahan katil Sanjou Sakurako.
“Saya sudah buat keputusan untuk
tidak ke sekolah lagi.” Ringkas penjelasan Sanjou Sakurako.
“Saya minta maaf. Ini semua salah
saya.” Mohon Makino Tsukushi.
“Tak apalah.”
Sanjou Sakurako teringatkan
sesuatu.
“Tsukushi… Betulkah awak cium
Domyouji di parti?” Tanya Sakurako.
Makino yang malu teragak – agak
untuk menjawab.
“Ala, itu cuma kemalangan yang
tidak disengajakan.” Jawab Makino yang tersipu – sipu.
Air wajah Sakurako terus berubah
masam. Dia terus menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.
“Tapi tak apalah sebab sekarang dia
sudah mula tak membuli kita lagi.” Gelabah Makino. Alamak, dia sudah salah
faham!
“Sakurako… Saya akan sentiasa
disisi awak.”Pujuk Makino Tshukushi.
“Kalau awak sunyi , awak terus
hubungi saya okay.” Makino cuba memujuk
lagi tetapi Sakurako tetap tidak membalas.
Makino cuba memahami. Mungkin ini
bukan masa yang sesuai untuk memujuknya. Dia bagun daripada kerusi empuk itu.
“Kita jumpa nanti ye.”Kata Makino.
Dia berlalu pergi meninggalkan Sakurako.
Sakurako bangun. Dia memandang
Makino dari jauh dengan penuh rasa dendam.
***********************************
Makino berlari sekuat hati untuk
pulang ke sekolah semula.
“Matilah kali ini kalau tak sempat
pulang.” Mengeluh Makino.
Belum sempat dia melintas, sebuah
kereta hitam berhenti dihadapannya. Segera Makino berhenti melangkah. Nasib
baik dia tidak dilanggar dengan kereta mewah ini.
Perlahan cermin kereta dibuka. Apa
Domyouji?
“Alamak, malang pula nasib aku!”
Mengeluh panjang Makino kali ini.
Domyouji baru sahaja tersedar
kewujudan Makino disebelahnya. Tiba – tiba sahaja pipinya menjadi merah.
“Oh, awak! Nampaknya kita bertemu
secara kebetulan.” Tergagap Domyouji
yang cuba menghulurkan senyuman. Entah mengapa gelabah dirinya.
“Kalau berhenti begini, ini bukan
kebetulan.” Bidas Makino dengan jelingan mata yang tajam.
Domyouji terus keluar dan berdiri
dengan menyandar pada kereta. Kononnya gaya macho lah tu!
“Kenapa awak ponteng kelas?” Tanya Domyouji yang secara tiba – tiba mengambil
berat pada Makino Tsukushi.
“Bukan masalah awak pun.” Mengomel
Makino dengan perlahan. Sejak bila dia
guna panggilan saya dan awak?
“Apa?” Tanya Domyouji yang kurang
jelas mendengar kata Makino Tsukushi.
“Kau juga punca aku ponteng kelas.”
Mengomel Makino sekali lagi.
“Saya nak pergi sekarang!” Beritahu
Domyouji.
“Jadi? Pergilah sekarang!” Makino
terus berlalu pergi.
“Hei… Hei… Hei… Awak!” Panggil
Domyouji. Makino berhenti melangkah.
“Masa… Awak cium saya. Awak sengaja
lakukan, betul tak?” Tanya Domyouji yang
mahu kepastian.
Makino tersentak. Soalan bodoh apa
yang dia tanya ni? Dia segera menoleh ke belakang.
“APA?! Kau ni bodohkah?! Aku tak
faham maksud kau.” Tengking Makino.
“Masuk!” Arah Domyouji dengan
membuat isyarat mata.
“Apa?” Tanya Makino kehairanan.
“Saya akan tumpangkan awak ke
sekolah. Cepatlah masuk ke dalam kereta!” Domyouji menarik erat tangan Makino.
“Nanti! Nanti! Hentikan!” Makino
merentap tangannya semula.
“Kau ni tak boleh dipercayai.”
Tengking Makino. Dia berlari sekuat hati meninggalkan Domyouji.
“Apa kau kata?!” Marah Domyouji.
Dia terus berlari mengejar Makino.
“Yaaaaa….” Jerit Makino.
“Nanti dulu!!” Jerit Domyouji.
Makino dan Domyouji berlari sekuat
hati di kaki lima kedai. Sebuah kereta Ferrari
458 Spider White turut mengejar dengan membelok ke arah kiri. Makino
turut berlari membelok ke arah kiri iaitu laluan belakang kedai.
“Tak guna! Laju betul dia berlari!”
Marah Domyouji. Domyouji turut masuk ke lorong belakang kedai.
“Jangan nak melampau sangat!” Satu
tumbukan hinggap di muka Domyouji sehingga rebah ke tanah.Makino berhenti lalu
dan menoleh kebelakang. Siapa tu?
“Tak mungkin!” Kata Makino yang
tergamam.
Domyouji terkesot – kesot cuba
bagun. Satu tendangan kena lagi pada Domyouji. Kali ini dia mendekati Makino.
“Apa yang awak nak?” Tergetar –
tergetar Makino.
“Aa..Apa yang awak nak?” Tanya
Makino lagi.
Domyouji bangun dengan mengelap
darah pada hujung bibir.
“Sakitlah kakak!!” Tengking
Domyouji.
“Kakak??” Tergamam Makino.
“Boleh saya bantu awak?” Domyoji Tsubaki menghulurkan senyuman.
***********************************
Kereta Ferrari 458 Spider berwarna
putih memasuki kawasan sekolah. Semua orang tergamam. Malah mereka turut
mengejar kereta itu dengan penuhteruja.
Tambahan pula, Makino Tsukushi turut ada di
dalam kereta itu. Jelas wajah tidak puas hati di muka Asai Yuriko, Yamano Minako
dan Ayuhara Erika.
“Kenapa Makino Tsukushi ada di
dalam kereta kakak Tsubaki?” Tanya Asai
Yuriko yang rasa teramat cemburu.
Tsubaki
berhenti kereta dihadapan bagunan sekolah. Dia menghulurkan sekeping kad kepada
Makino yang telah keluar dari keretanya.
“Awak boleh menghubungi saya bila –
bila masa dan di mana sahaja.” Kata Tsubaki.
“Baiklah.” Sambut Makino Tsukushi
dengan tersipu – sipu.
Makino Tsukushi tergamam setelah membaca
kad Tsubaki.
“Apa? Los Angeles?!”
“Well, kalau saya dapat apa – apa
mesej dari kamu, saya akan datang ke sini dengan kadar segera.” Kata Tsubaki.
Kian ramai yang mula mendekati dengan penuh rasa teruja.
“Jangan risau, saya akan datang ke
Japan semula melalui penebangan persendirian.” Tambahnya lagi.
“Patutlah cepat datang.” Mengomel
Makino Tsukushi.
“Saya datang ke Jepun hanya
sekejap. Jadi, lain kali kita akan keluar
makan bersama.” Ajak Tsubaki.
“Um.. Kenapa kakak bantu
saya?”Tanya Makino dengan jujur.
“Sebab adik saya yang bodoh itu
suka menyusahkan kamu. Lagipun bau kamu sama.” Jelas Tsubaki dengan menghadiahkan
senyuman.
Makino Tsukuhi yang tidak faham
cuba mencium bau badannya. Bau badan yang samakah? Tsubaki hanya ketawa kecil
melihat gelagat Makino Tsukushi.
“Bukanlah. Maksud saya ialah
perangai kamu sama dengan Tsukasa. Patutlah dia suka dekat kamu, Tsukushi.”
Tsubaki memakai cermin matanya semula sebelum menghidupkan enjin kereta.
“Apa?” Makino Tsukushi masih dalam
kebingguan.
“Jumpa kamu lagi. Jangan lupa
hubungi saya!” Tsubaki mengukir senyuman.
“Baiklah. Terima kasih banyak -
banyak” Jawab Makino.
Tsubaki memecut keluar kereta
dengan laju. Menjerit – jerit pelajar lain. Tidakkira pelajar perempuan mahupun
pelajar lelaki.
“So cool!!” Kata Makino Tsukushi.
Tiga sekawan datang menolak kuat
Makino Tsukushi sehingga rebah ke tanah.
“SO COOLl!!!” Jerit serentak Asai Asai
Yuriko, Ayuhara Erika dan Yamano Minako.
***********************************
Sepuluh buah kereta BMW berwarna
hitam menyusur masuk ke tempat letak kereta bagunan Domyouji Financial. Dengan
angkuh Kaeda keluar dari kereta. Semua kakitangan menunduk hormat. Puluhan
pengawai peribadi menjaga setiap kawasan yang dilaluinya.
“Tuan. Cik Tsubaki telah pulang
ke Japan hari ini.” Beritahu salah seorang pembantu peribadinya.
“Tsubaki?” Tanya Kaeda sekali
lagi.
“Ya. Anak tuan.” Jawab pembantu
peribadi.
“Jadi, kamu nak cuba beritahu
tentang hal peribadi saya?” Tanya Kaeda dengan sombong.
Tersentak pembantu peribadinya.
Bukan itu niatnya.
“Nishida..” Panggil Kaeda.
“Ya Puan.” Jawab Nishida salah
seorang pembantu peribadinya lagi.
“Kamu siapkan surat peletakan
jawatan untuknya.Terima kasih atas perkhidmatan kamu di sini.” Jeling Kaeda dan
berlalu pergi begitu sahaja.
Nishida memangil pengawal
peribadi untuk membawa keluar pekerja Kaeda yang baru dibuang kerja secara tiba
– tiba.
“Tuan..Tuan… Nanti dulu. Bukan itu niat saya.” Merayu
pembantu peribadi itu.
***********************************
Domyouji masuk ke dalam biliknya.
Terkejut dia apabila melihat seseorang turut ada di dalam biliknya. Tsubaki
melipat dua suratkhabar yang dibaca.
“Mak suka ikut cara dia.” Kata
Tsubaki yang memulakan bicara.
“Kenapa tak beritahu nak
balik?!” Marah Domyouji Tsukasa.
“Maaf tak beritahu.” Senyum
lebar Tsubaki.
“Kenapa kakak balik?” Tanya
Domyouji.
“Suami akak yang benarkan.”
Tsubaki cuba sembunyikan sesuatu dengan berpura – pura membaca majalah.
“Apa yang lurus bendul tu buat
lagi pada akak?” Domyouji Tsukasa maksudkan abang iparnya.
“Jangan panggil dia lurus
bendul.” Tegur Tsubaki dengan lembut.
“Kakak masih nak membela dia
walaupun akak tak cintakan dia?” tanya Domyouji dengan serius.
“Akak bahagia dengan cara
begini.” Balas Tsubaki.
“Masa kakak nak kahwin dulu,
akak tak nak terima dia pun.” Ungkit Domyouji.
“Oh! Jadi? Kalau akak bercerai
dengan dia, kamu nak akak balik ke sini? Untuk jaga kamu sahaja?” Gurau
Tsubaki.
“Jangan cakap pekara yang
merepek lah!”
Tsubaki membalas dengan ketawa.
Kadang kala sifat adiknya yang manja itu membuatkan hatinya terhibur.
“Emm… Berapa lama akak ada
disini?” Tanya Domyouji Tsukasa.
“Ah, mungkin seminggu.” Tsubaki
menyambung semula membaca majalah.
Wajah Domyouji Tsukasa terus
berubah. Tsubaki memerhati adiknya. Dia mendekati Domyouji.
“Janganlah buat muka begitu.
Kakak akan balik ke sini lagi.” Tsubaki duduk di sebelah adiknya.
“Saya tak kesah pun akak nak
balik ataupun tidak.” Balas Domyouji dengan berlagak. Tapi kakaknya sahaja yang
boleh mengesan perasaannya.
“Hey Tsukasa. Kamu suka budak
perempuan tu?” Tanya Tsubaki dengan membuat isyarat mata. Budak perempuan yang
dimaksudkan itu ialah Makino Tsukushi.
“Siapa?” Domyouji Tsukasa
kehairanan.
“Budak perempuan yang kamu kejar
hari itu. Ingat tak lagi?”
“Kenapa kakak tanya pekara ni?
Jangan salah faham!” Tergagap Domyouji yang jawab acuh tak acuh.
“Ooooo…..” Balas Tsubaki sambil ketawa kecil.
Dia boleh rasa apa yang Domyouji Tsukasa cuba sembunyikan.
“Apa?” Tanya Domyouji Tsukasa
yang tidak puas hati.
“Kalau kamu buat baik dengan
dia, pasti dia tak akan mengelak daripada kamu.” Nasihat Tsubaki.
“Saya tak faham maksud kakak.
Lagipun saya tak perlukan nasihat kakak.” Pura – pura Domyouji tidak memahami.
“Kalau kamu ada masalah cinta,
beritahu sahaja akak.” Kata Tsubaki dengan mengukir senyuman.
Domyouji berfikir sejenak.
Memang betul apa yang dikatakan oleh kakaknya. Mungkin inilah masa yang sesuai
dia ceritakan segala – galanya.
“Kakak….” Belum sempat Domyouji
Tsukasa menghabiskan kata – kata, Tsubaki mencelah.
“He! Tengok.. Gambar Shizuka ada
dalam majalah.”
“Ya…” Terbantut niat Domyouji
Tsukasa. Dia merenung ke mata Tsubaki.
“Tengok. Shizuka telah menjadi
orang yang bejaya di luar negara.” Puji Tsubaki.
Mengeluh panjang Domyouji
Tsukasa. Mungkin lain kali sahaja, dia ceritakan pada Tsubaki.
****************
Makino membuka tingkap bilik.
Angin malam menjengah masuk. Kepekatan langit dihiasi keindahan bintang kecil.
Terkejut Makino melihat meteor yang melintas di langit. Orang kata kita, apa
yang dihajatkan pasti tercapai.
“Saya harap esok, saya akan
bertemu dengannya.” Kata Makino Tsukushi seorang diri.
Domyouji Tsukasa turut melihat
bintang dilangit dari ruang beranda. Angin malam menjamah tubuhnya. Hampir
mengeletar tubuhnya. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa melihat meteor yang
melintas.
***********************************
Seperti biasa setelah loceng
sekolah berbunyi menandakan waktu rehat, Makino pasti pergi ke laluan tangga
kebakaran. Dia melihat sapu tangan Hanazawa Rui. Dia yakin yang Hanazawa Rui
pasti ada.
Domyouji Tsukasa memandang Makino dari jauh.
Dia cuba mengekori Makino Tsukushi dari belakang secara senyap.
Perlahan – lahan Makino Tsukushi
menuruni anak tangga. Sekali lagi bayangan Hanazawa Rui tidak muncul.
“Kenapa dia tak ada disini?” Kecewa
Makino. Mengeluh panjang dia kali ini.
“Saya Nak Jumpa Dia!” Jerit Makino
Tsukushi sekuatnya untuk melepaskan rasa rindu dihati.
Tiba – tiba bunyi tombol pintu
dipulas. Makino Tsukushi menoleh ke belakang. Adakah Hanazawa Rui yang membuka
pintu?
“Tak mungkin.” Kata Makino
Tsukushi.
Muncul Hanazawa Rui. Dengan bergaya
dia mendekati Makino Tsukuhi. Gelabah Makino Tsukushi. Ke kiri dan ke kanan dia
bergerak rasa tak kena.
“Siapa yang awak nak jumpa tu?”
Tanya Hanazawa Rui sambil merenung ke wajah Makino Tsukushi.
“Huh? Em.. Aa… la..lama kita tak
jumpa. Sa.. Saya nak..” Tergagap Makino. Tersipu – sipu dia kerana malu. Belum
habis dia berkata, Hanazawa Rui mencelah.
“Shizuka nak balik ke Perancis.
Jadi saya tak ada sesiapa lagi.” Kata Hanazawa Rui yang memaling wajah ke arah
lain.
Terbantut niat Makino Tsukushi
untuk memulangkan sapu tangan Hanazawa Rui. Dia cuba memahami Hanazawa Rui.
“Betul kah dia nak balik ke
Perancis?” Tanya Makino Tsukushi. Tiada jawapan dari Hanazawa Rui. Sapu tangan
yang dipegang disimpan ke dalam poket.
“Awak tak apa – apa?” Tanya Makino
Tsukushi.
“Dia tak pernah putus asa setiap
kali keputusan yang dia buat.” Jelas nada suara kecewa Hanazawa Rui.
Makino merenung ke mata Hanazawa
Rui. Dia pasti sedih dan sukar menerima kenyataan ini. Jelas dari matanya, dia
sedang menanggung kesedihan. Hanya mampu mengukir senyuman pahit.
Domyouji membuka pintu perlahan –
lahan. Dia melihat Makino Tsukushi yang merenung ke mata Hanazawa Rui. Makino
Tsukushi bagaikan tersimpan perasaan terhadap Hanazawa Rui. Dia cuba menahan
marah agar mereka tidak perasan kehadirannya. Segera dia meninggalkan tempat
itu dengan perasaan seribu kekecewaan.
“Tapi, kalau dia pergi tak bermakna
awak tak boleh jumpa dia lagi kan?” Pujuk Makino Tsukushi yang cuba membuka semula
kesunyian.
“Awak nak jumpa dia?” Tanya
Hanazawa Rui.
“Eh?”
“Awak nak jumpa Shizuka sekali
lagi?” Tanya Hanazawa Rui.
“Uh…” Ringkas jawapan dari mulut
Makino.
“Dulu awak pernah kata yang awak
nak jumpa dia. Shizuka, orang yang awak nak jumpa betul tak?”
“Ah… Ya..” Balas Makino Tsukushi
sambil mengangguk – angguk kepala.
“Dulu awak beritahu saya yang awak
peminat Shizuka.” Tambahnya lagi.
Makino Tsukushi cuba membalas
dengan senyuman.
***********************************
Hanazawa Rui membawa Makino
Tsukushi berjumpa dengan Shizuka di villa milik keluarga gadis jelita itu.
“Cik. Rui datang untuk bertemu dengan cik.”
Beritahu pembantu rumahnya yang berusia dalam
40 an.
“Hai. Selamat petang.” Ucap Shizuka
dengan gembira.
“Hai. Makino Tsukushi datang nak
jumpa awak untuk ucapkan terima kasih atas bantuan awak pada malam parti tu.”
Beritahu Hanazawa Rui.
“Tak perlu ucapkan terima kasih.”
Kata Shizuka.
“Macam mana dengan makcik? Dia
masih marah?” Tanya Hanazawa Rui tentang ibu Shizuka. Sememangnya ibu tidak
bersetuju dengan keputusan Shizuka.
“Buat masa sekarang, ibu masih baru
terima kenyataan walaupun hatinya berat nak melepaskan saya.” Jawab Shizuka.
“Saya nak jumpa mak cik sekejap.”
Hanazawa Rui mengundur diri untuk bertemu dengan ibu Shizuka.
“Jemputlah masuk.” Ajak Shizuka
yang sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Perancis.
Melopong mulut Makino setelah masuk
ke dalam bilik Shizuka. Ruang keluasan biliknya sahaja bagai sebuah rumah.
Cukup dengan kelengkapan.
“Awak nak bersiap untuk berlepas
esok?” Tanya Makino.
“Saya belum lagi. Seminggu lagi
baru saya akan bertolak ke Perancis tapi saya akan hantarkan barang ini
terlebih dahulu.”
“Satu minggu lagi? Awak tak akan
kembali ke sini lagi?” Tanya Makino Tsukushi.
Shizuka menarik nafas sedalam –
dalamnya untuk mencari kekuatan.
“Saya rasa begitulah. Lagipun
itulah keputusan saya.” Jawab Shizuka.
Makino melihat sekeliling. Kemudian
matanya tertumpu pada beberapa gambar yang dihiasi di atas kabinet. Shizuka
melihat gelagat Makino Tsukushi.
“Boleh awak beritahu siapa yang ada
di dalam gambar ini?” Tanya Makino sambil membelek gambar.
“Oh, itu kumpulan F4 dan saya
semasa kecil. Di sebelah saya ialah Hanazawa Rui. Comel tak?” Jelas Shizuka.
Makino memandang tepat pada gambar
Hanazawa Rui semasa kecil. Begitu rapat sekali mereka berdua.
“Saya tak pernah melihat dia
tersenyum begini.” Kata Makino dengan perlahan. Makino teringat senyuman pahit
yang terukir di wajah Hanazawa Rui pagi tadi.
“Dia betul – betul mencintai awak.”
Tambah Makino lagi. Air mata bermain di kelopak mata. Mungkin Hanazawa Rui
bukan ditakdirkan cinta untuk Makino. Jika ditunggu seribu tahun lagi belum
tentu dia akan membuka pintu hati kerana dia
benar – benar mencintai Shizuka.
“Tolong jangan balik kePerancis
semula.” Tiba – tiba sahaja Makino Tsukushi berkata. Shizuka memandang dengan
penuh kehairanan.
“Kenapa awak kata begini?” Tanya
Shizuka.
“Demi Hanazawa Rui, saya merayu
pada awak jangan pulang ke Perancis.” Merayu Makino Tsukushi dengan nada suara
sebak.
Hanazawa Rui terhenti langkah di
hadapan pintu setelah mendengar kata – kata Makino.
“Saya selalu jumpa dia di laluan
tangga kebakaran. Setiap hari dia merenung gambar awak. Selalu cakap tentang
awak. Senyuman lembut dibibirnya. Tapi, sejak awak nak balik ke Perancis, dia
mula tidak datang kelaluan tangga kebakaran. Bila saya memandang dia seakan –
akan menahan air mata walaupun dia cuba mengukir senyuman.” Luah Makino
Tsukushi.
“Kalau awak balik ke Perancis, saya
akan ada perasaan terhadapa dirinya. Tolong jangan pergi. Saya merayu pada
awak. Tolong tinggal disini.” Air mata Makino tak mampu ditanggung lagi.
“Saya minta maaf. Saya tak boleh
tunaikan permintaan awak.” Pujuk Shizuka.
Makino Tsukushi tak mahu berputus
asa untuk merayu. Dia terus mendekati dan melutut ke lantai. Hanazawa Rui
tergamam dengan pekara yang dilakukan Makino Tsukushi.
“Tolong Shizuka. Saya tahu sukar.
Saya tahu apa yang saya buat ni tak masuk akal.” Merayu dan terus merayu
Makino.
“Tolong bangun Tsukushi.” Shizuka
mendekati dan memujuk MakinoTsukushi. Hanazawa Rui terus berlalu pergi dengan
perasaan marah.
“Saya sudah merancang segala
–galanya. Kalau saya pergi ke sana dan pulang semula ibarat saya telah membuat
pekara yang sia – sia. Orang yang normal akan selalunya berkata “ Kalaulah aku
dapat undurkan masa.” Tapi bagi saya, kata – kata itu yang saya tak suka. Saya
tak mahu hidup menyesal kemudian.” Jelas Shizuka agar Makino memahaminya.
Makino hanya mendengar.
“Saya nak hidup berdikari dengan
cara saya. Awak fahamkan?” Tambahnya lagi.
Makino mengangguk kepala walaupun
sukar untuk menerima.
“Saya faham.” Jawab Makino
Tsukushi. Mereka sama – sama bangkit.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan
awak.” Mohon Makino yang mula sedar.
“Tak ada lah. Saya betul – betul
bangga dengan keberanian awak.”
Shizuka memegang bahu Makino
Tsukushi. “Tolong jagakan Rui.”
“Saya minta maaf.”Makino tak boleh
menerima permintaan Shizuka. Dia terus berlalu pergi. Makino membuka pintu
utama untuk keluar. Tiba – tiba muncul suara dari belakangnya.
“Apa yang awak buat?” Tanya
Hanazawa Rui. Langkah Makino terhenti. Dia menoleh ke belakang semula.
“Eh?” Makino berpura – pura tidak
memahami.
“Apa yang awak lakukan sebentar
tadi?” Hanazawa Rui mula mendekati Makino.
“Tak ada apa – apa.” Balas Makino
Tsukushi yang cuba berdalih.
“Siapa yang suruh awak buat begitu?
Saya bawa awak ke sini bukan untuk menyuruh awak meluahkan segala – galanya.
Demi saya konon. Apa semua ni? Ini semua tak perlu.” Hanazawa Rui cuba menahan
marah walaupun matanya mula berkaca.
“Tak perlu?” Tanya Makino Tsukushi
sekali lagi.
“Apa yang awak fikir sehingga nak
melutut bagai?” Kata – kata Hanazawa Rui mula bernada marah.Dia mula tidak
dapat menahan diri.
“Saya…” Makino cuba mempertahankan
diri.
“Sanggup awak buat begini. Saya tak
akan percayakan awak lagi.” Bidas Hanazawa Rui.
Air mata Makino mula bertakung.
Kata – kata Hanazawa Rui menguriskan hatinya. Namun dia cuba menerangkan hal
yang sebenar.
“Saya nampak kesedihan di dalam
hati melalui wajah awak. Awak mungkin tak akan bertemu dengannya lagi.” Jelas
Makino Tsukushi.
“Kehidupan saya tak berkaitan
dengan awak. Pergi balik.”
Tergamam Makino Tsukushi. Hanazawa
Rui tidak pernah berkasar dengannya. Dia menahan tanggisan di dalam hatinya.
“PERGI!” Hanazawa Rui menegking
sekali lagi.
Makino Tsukushi yang sebak menahan
kesedihan terus berlari keluar. Hanazawa Rui terus rebah ke lantai. Apa yang
telah dia lakukan? Kebingguan Hanazawa Rui.
Makino Tsukushi berhenti di sisi
jalan yang sunyi. Dia menangis semahu – mahunya. Mengapa Hanazawa Rui langsung
tidak faham tentang dirinya? Hanya neon
yang menemani raungan tangisannya.
***********************************
Seminggu telah berlalu. Ramai
peminat Shizuka memenuhi ruang menunggu di Lapangan Narita Airport Terminal.
Shizuka sibuk melayani peminatnya sebelum berangkat pergi.
“Shizuka!” Panggil Domyouji yang
baru datang bersama Mimasaki Akira dan Nishikado Sojiroh.
“Tentang kejadian di parti tempoh
hari lalu…” Tambahnya lagi yang teragak- agak memohon maaf.
“Saya tahu. Tolong sampaikan saya
pada Rui” Balas Shizuka.
Domyouji Tsukasa menjeling apabila
mendengar nama Hanazawa Rui. Teringat pula kejadian dilaluan tangga kebakaran.
Panggilan untuk penebangan ke Perancis telah pun tiba.
“Sudah tiba masanya untuk saya
pergi.” Kata Shizuka pada Domyouji Tsukasa.
Shizuka mendekati peminatnya. Dia
ucapkan selamat tinggal dan kata – kata terakhir pada peminat.
Makino Tsukushi yang baru sampai ke
lapangan terbang bergegas supaya tidak terlambat.
“Shizuka….” Jerit Makino. Shizuka
menoleh ke belakang. Domyouji memandang tepat ke wajah Makino Tsukushi.
“Awak datang pun.” Shizuka terus
mendapatkan Makino Tsukushi.
“Saya minta maaf kerana lambat.”
Mohon Makino. Dia melihat orang yang ada di sekeliling. Hanazawa Rui tiada di
situ.
“Mana Hanazawa Rui?” Tanya Makino
Tsukushi.
“ Dia tak datang. Dia ni macam budak
– budak. Oh, lupa pula!” Shizuka mengambil sesuatu di dalam bagasi. Dia
menghulurkan kotak yang berisi kasut tumit tinggi yang cantik pada Makino
Tsukushi.
“Ambillah. Saya pasti awak akan
nampak cantik bila memakai kasut ini.”
Makino Tsukushi menyambut hadiah
daripada Shizuka. Tergamam dia seketika.
“Selamat tinggal.” Ucap Shizuka
dengan senyuman. Makino turut membalas dengan senyuman.
Shizuka menarik bagasi dan berlalu
pergi. Semua melambai tangan padanya. Bayangannya mula lenyap dari pandangan. Makino menoleh ke
belakang setelah mendengar nama Hanazawa Rui.
“Apa yang kau buat ni? Kenapa kau
tak dapatkan dia?” Tanya Mimasaka Akira bertubi – tubi.
Makino mula rasa marah. Dia
mendekati Hanazawa Rui. Domyoujimemandang Makino.
“Kau ni bodohkah?! Datang selepas
dia pergi. Kalau kau benar –benar cintakan dia, kau kena ada sentiasa di sisinya. Kau ni lelaki jenis
apa?” Marah Makino.
“Saya akan pergi juga.” Balas
Hanazawa Rui.
“Ah? Apa?” Makino kehairanan.
“Saya akan pergi ke Perancis juga.”
Hanazawa Rui menunjukkan tiket yang dibelinya.
“Rui…”Tergamam Mimasaka Akira.
“Kau serious?”Tanya Nishikado
Sojiroh.
Terkunci mulut Makino Tsukushi.
Apa? Dia akan pergi. Habis aku? Hanazawa Rui mula rapat dengan Makino Tsukushi.
Dia merenung tepat ke mata gadis yang ada dihadapannya.
“Makino, saya benar – benar suka tentang
awak. Saya langsung tiada kekuatan sebelum ni tetapi awak selalu sedarkan saya.
Terima kasih.” Hanazawa Rui mencium dahi Makino sebagai tanda terima kasih.
Domyouji yang melihat ciuman itu,
menahan geram. Hanazawa Rui berlalu pergi. Sedikit pun tidak memandang Domyouji
Tsukasa.
“Nanti dulu Rui!” Domyouji
menengking. Hanazawa Rui terhenti langkah.
“Betulkah kau nak pergi?” Tanya
Domyouji Tsukasa dengan nada suara rendah.
“Emm.” Ringkas jawapan Hanazawa
Rui.
“Apa semua ni? Kenapa kau tak
beritahu aku dulu?” Marah Domyouji Tsukasa semula.
“Saya minta maaf.” Hanazawa Rui
memandang ke arah lain. Domyouji menarik bahu Hanazawa Rui supaya dia dapat
memandang wajahHanazawa Rui.
“Selama ini, kita sentiasa bersama.
Kenapa dengan engkau? Kenapa nak pergi secara tiba – tiba?” Domyouji menolak
kawannya.
Mimasaka Akira dan Nishikado Sojiroh terus
berlalu pergi ke tempat lain. Makino Tsukushi memandang sayu pada Hanazawa Rui.
“Tsukasa, tentang hari itu aku
nak...” Hanazawa Rui cuba meminta tentang malam parti.
“Aku tak kesah tentang hari itu!
Hey! Betul kah kau nak pergi? Kalau kau ada di sini, kami akan jaga kau. Kau rasa
akan selamat di sana?” Luah Domyouji
dengan air mata.
Hanazawa Rui menghiraukan kata –
kata Domyouji Tsukasa. Dia tetap dengan keputusannya.
“Jaga diri, Tsukasa.” Ucap ringkas Hanazawa
Rui. Domyouji menarik nafas sedalam – dalamnya. Dia perlu menerima keputusan
yang menyakitkan ini.
“Di Perancis nanti, kalau ada orang
yang apa – apakan kau. Beritahu sahaja, kami bertiga akan datang.”
“Terima kasih. Aku pergi dulu.”
Balas Hanazawa Rui dengan senyuman.
Hanazawa Rui sempat menghadiahkan senyuman
pada Makino Tsukushi yang pandang dari jauh. Dia meneruskan perjalanan.
Mimasaka Akira dan Nisikado Sojiroh pulang semula dengan sebiji buah apple.
“Tsukasa, ambillah.” Mimasaka Akira
menghulurkan buah apple pada Domyouji dengan membuat isyarat mata.
“RUI!!!” Jerit Domyouji Tsukasa. Hanazawa Rui
menoleh semula ke belakang. Domyouji Tsukasa membaling buah apple dan disambut
oleh Hanazawa Rui. Hanya mereka berempat sahaja yang mengetahui disebalik
maksud buah apple itu.
Makino dan mereka bertiga melihat
dari jauh kapal terbang yang membelah awan. Domyouji Tsukasa tidak jemu
melambai –lambai tangan walaupun tiada siapa akan mebalas lambaian itu.
“Bye – bye Hanazawa Rui.” Kata
Makino perlahan dengan perasaan agak sedih.
“Rui!! Semoga berjaya! Rui!! Jaga
diri! Rui.. Rui…” Jerit Domyouji Tsukasa dengan melambai tangan pada kapal
terbang yang kian hilang disebalik awan.
Makino tersenyum melihat Domyouji Tsukasa.
Kali pertama dia melihat air mata Domyouji Tsukasa menitis. Air mata yang benar
– benar ikhlas.
***********************************
“Pandangan aku terhadap dia agak
berubah sedikit.” Kata Makino setelah menceritakan segalanya pada Yuki. Orang
yang dia maksudkan ialah Domyouji Tsukasa.
“Sebagai lelaki biasa atau kawan?”
Usik Yuki. Makino Tsukushi membalas dengan senyuman.
Seperti biasa, sekiranya Yuki dan
Makino Tsukuhi kian rancak berbual pasti Okami akan mencelah.
“Tak sangka, rupanya dia seorang
yang baik. Dulu akak juga pernah bercinta dengan seorang lelaki seperti Tiger
Mask.” Muncul Okami secara tiba- tiba. Entah dari mana.
“Haa… Dia mula nak merepek.”
Mengeluh Yuki.
“Dari wajahnya nampak garang dan
ganas tapi hatinya lembut.Walaupun dia sebenarnya merupakan pemain gusti tetapi
dia menderma sebahagian harta pada rumah anak yatim. Sebenarnya dia hidup dalam
kesunyian disebalik muka yang ganas. Orang yang memahaminya ialah saya.” Luah
Okami dan menghilang diri semula.
Melopong mulut Makino yang
kehairanan dengan luahan Okami. Adakah berkaitan dengan dirinya?
“Aku tak faham apa yang dia nak
cuba katakan?” Kata Yuki.
***********************************
Makino Tsukushi merebahkan tubuhnya
diatas katil. Dia amat berasa letih kerana penat bekerja. Dia tetap memandang
sapu tangan Hanazawa Rui. Sapu tangan ini sahaja yang mampu merawat rindu
dihati.
“Nampaknya aku tak berjaya
pulangkan sapu tangannya.” Kata Makino. Mungkin ada sebab sapu tangan ini masih
ada pada dia. Sekurang – kurangnya rindu dihatinya dapat diubati.
*************************
Domyouji cuba membuat ayat di atas
kertas terlebih dahulu sebelum menghantar mesej pada Hanazawa Rui. Berkerut
dahinya memikirkan ayat yang sesuai.
“Bagaimana kau di Perancis? Apa
yang kau sedang buat sekarang?”
Domyouji Tsukasa teringat pula
ciuman Hanazawa Rui pada Makino dilapangan terbangan tempoh hari. Begitu sakit
hatinya. Bagaimana kalau Hanazawa Rui juga menyukainya? Aku?
“Sejujurnya adakah kau suka pada
Makino Tsukushi?” Serius Domyouji Tsukasa menulis.
“Apa yang kamu tulis?” Muncul
Tsubaki dari belakang.
“Waa…” Terperanjat Domyouji
Tsukasa. Hampir terconteng kertasnya.
“Surat cinta ye..” Usik Tsubaki.
“Bukanlah!! Jangan terkejutkan
orang.” Gelabah Domyouji Tsukasa.
Tsubaki merampas lalu membaca
dengan kuat. Berkerut dahinya cuba memahami ayat yang Domyouji tuliskan.
“Hai Kazu?” Tsubaki kehairanan.
Siapa Kazu?
“Rui lah, bodoh!” Marah Domyouji.
Dia merampas semula kertas itu.
“Kakak tak pandai baca ke?!”
Tambahnya lagi dengan ketawa sinis.
Tsubaki mengeleng kepala. Kasihan
pula rasanya melihat ayat yang dia tulis. Walaupun sudah dewasa, dia tetap
lemah dalam mengeja.
“Nak kakak tuliskan?”
“Kenapa pula kakak nak tuliskan?
Saya nak luahkan isi hati saya.” Domyouji menyambung semula menulis.
“Tsukasa, kenapa kamu nak cuba
tanya Hanazawa Rui?” Tsubaki sempat membaca ayat terakhir yang berkaitan Makino
Tsukushi.
Alamak! Domyouji memikirkan alasan
yang sesuai selain melibatkan Makino Tsukushi.
“Saya nak tanya kenapa dia ikut
Shizuka ke Perancis?” Jawab Domyouji acuh tak acuh.
“Herm.. Begituke?” Tsubaki tahu itu
bukanlah jawapan yang sebenar.
“Apabila kamu mencintai seseorang,
kamu perlu melakukan sesuatu. Perlukan pengorbanan.” Tsubaki duduk atas sofa
sambil memerhati Domyouji Tsukasa.
“Apa?” Domyouji masih kebinguan.
“Kakak ambil dari petikan dalam
novel Hemingway’s. Kalau kamubetul – betul cintakan cinta, selami hati kamu
terlebih dahulu. Barulah kamu akan faham. Kamu bersikap baran, jadi berhati –
hati.” Nasihat Tsubaki dengan lembut.
Domyouji Tsukasa hanya mendengar. Betul
apa yang dikatakan oleh Tsubaki. Dia tidak boleh mengalah begitu sahaja. Dia
perlu lakukan sesuatu untuk menarik hati Makino agar menyukainya.
“Sabar itu separuh dari iman. Cinta tak boleh
dibeli dengan wang ringgit. Kamu perlu mencintai barulah dicintai. Faham?”
Tambahnya lagi.
Domyouji Tsukasa merasai sesuatu
semangat mula meresap dalam hatinya. Benar cinta itu memerlukan kesabaran. Dia
bangun secara tiba – tiba. Terperanjat Tsubaki.
“Kakak, mulai saat ini saya rasa
teperangkap dalam cahaya.” Kata Domyouji dengan serius.
“Terperangkap dalam cahaya? Kamu
salah guna ayat.” Tegur Tsubaki.
“Terima kasih. Bukankah kakak nak
pulang esok? Pulang dengan selamat tau. Nanti kalau kakak pulang ke sini
semula, saya akan menjadi orang yang lebih sempurna.” Kata Domyouji dengan
gembira.
Mengangga mulut Tsubaki. Risau pula
lihat Domyouji begini. Domyouji menyambung semula menulis pesanan untuk
Hanazawa Rui.
“Tak apakah kalau aku tinggalkan
dia begini?” Bisik Tsubaki.
***********************************
Loceng sekolah berdering. Makino
Tsukushi membawa bekal makanan ke Kafe.
“Wah…” Teruja Makino melihat
bekalan makanan yang dia bawa. Memang sedap setaraf hotel lima bintang.
Muncul tiga sahabat yang tidak
habis – habis menganggu Makino Tsukushi. Asal nak makan, pasti muncul.
“Sedihnya. Hanazawa Rui dia sudah
pergi.” Sindir Asai Yuriko. Pelajar lain turut memandang sinis. Mengeluh
panjang Makino.
“Shizuka pun sudah pulang dan kakak
Tsubaki pun sudah pulang ke Los Angeles.” Sambung Ayuhara Erika.
“Tak ada siapa pun akan berpihak
pada kau, orang miskin.” Tambah Yamano Minako dengan pedas.
Mereka menambah dengan ketawa sinis yang
membuatkan hati Makino Tsukushi membuak – buak kemarahan.
Pang! Makino menampar meja. Dia
bangun dan mendekati mereka bertiga.
“Kalau korang ada masalah, jangan
nak membabitkan aku! Kalau tidak aku akan buat sesuatu.” Tengking Makino.
“Kau jangan nak berlakon hebat
sangat.” Bidas Asai Yuriko.
Tiba – tiba bahu Asai Yuriko
ditarik kuat ke belakang oleh Domyouji Tsukasa sehingga rebah ke lantai.
Pelajar lain memberi tumpuan sepenuhnya pada mereka.
“Oh, tangan Domyouji menyentuh..”
Belum sempat Asai Yuriko merengek keanak – anakkan, Domyouji Tsukasa menengkingnya.
“Diamlah, hudoh!!” Bagai panahan
petir menghinggap dihati Asai Yuriko.
“Yuriko!” Yamano Minako dan Ayuhara
Erika mendapatkan rakannya.
Domyouji Tsukasa merenung tepat ke
mata Makino Tsukushi. Renungan itu mampu menghentikan dengupan jantung Makino
Tsukushi.
“A.. Awak nak apa?” Tergagap Makino
Tsukushi bertanya dengan nada suara perlahan.
Pang! Sekali lagi bunyi meja
ditampar. Terperanjat Makino Tsukushi. Kali ini Domyouji Tsukasa pula yang
menampar meja. Dia cuba mengawal marah dengan menarik nafas sedalam – dalamnya.
“Sabar itu separuh dari iman.” Kata
Domyouji Tsukasa dengan perlahan. Untukmenghilangkan rasa gelabah dia berjalan
mengelingi Makino berberapa kali. Dia berdiri semula dihadapan Makino.
“Hari Ahad, di Ebisu Garden hadapan
Clock Tower Square, jam 1 petang.” Domyouji bercakap sepantas kilat. Selepas
dia memberitahu, segera dia meninggalkan tempat tersebut.
Tercengang Makino Tsukushi. Apa
sebenarnya yang Domyouji mahu katakan? Hari Ahad? Ebisu Garden? Tak mungkin dia
nak…
Tiga orang sahabat itu tergamam
seketika. Tidak sangka Domyouji Tsukasa datang hanya berjumpa dengan Makino
Tsukushi. Orang miskin ini!
“Kenapa? Kenapa Domyouji datang cuma
nak berjumpa dia?” Soal Asai Yuriko.
“Haa.. Aku tak dengar! Aku tak nak
dengar.” Ayuhara Erika menutup telinganya.
“Aa.. Aku dengar Domyouji nak
mengajak dia keluar dating?” Kata Yamano Minako dengan serius
“HAAAA…..” Semua pelajar memandang
Makino Tsukushi dengan menjerit. Tambahan pula pelajar perempuan. Terpinga –
pingga Makino Tsukushi. Segera dia mengemas bekal makanan dan mengejar Domyouji
Tsukasa.
“Nanti dulu.” Panggil Makino
Tsukushi.
“Huh?” Domyouji Tsukasa menoleh ke
belakang. Makino! Segera dia memaling wajah ke arah lain dengan ego.
“Nak apa?” Marah Domyouji Tsukasa.
“Apa yang awak cakap sebenarnya
tadi? Saya tak faham.”
“Apa? kau tak faham? Bodoh! Sebenarnya aku ikut daripada Humingyay.”
Balas Domyouji dengan penuh angkuh.
“Humingyay?” Kebingguan Makino.
Bukankah Humingway.
Domyouji ketawa kecil apabila
melihat wajah Makino Tsukushi yang kehairanan.
“Tak baca buku lah tu.” Domyouji
meneruskan perjalanannya.
Menambah kebuntuan Makino Tsukushi
*****************************
Seperti yang dijanjikan, Domyouji
sampai lebih awal di Ebisu Garden hadapan Clock Tower Square. Di situ ramai
pasangan kekasih keluar bersama. Domyouji mejeling jam di tangan yang
menunjukkan pukul 12.45 tengahari.
“Nampaknya aku datang lebih awal.
Kalau dia lambat lima minit, aku akan bunuh dia.” Kata Domyouji dengan senyuman
sinis.
Makino keluar bersama Yuki.
Mengikut rancangan, mereka akan keluar membeli belah bersama bagi menghabiskan
masa pada hujung minggu.
“Bukankah hari ini kau akan keluar
dengan dia?” Tanya Yuki bagi mendapat kepastian.
“Perlukah aku jumpa dia untuk hilangkan mood hujung minggu?” Jawab
Makino dengan ringkas dan padat.
“Tapi kalau kau tak pergi, dia akan
balas dendam pada kau semula. Bagaimana?”
“Betul juga.” Mengangguk Makino
Tsukushi.
“Kau pergi jumpa dia pun terseksa. Tak
jumpa dia pun terseksa.” Kata Yuki.
“Aku yang isytiharkan peperangan,
jadi sama juga kalau aku pergi. Tetap terseksa di sekolah.” Balas Makino
Tsukushi dengan memeluk tubuh.
“Wah, comelnya!” Mata Yuki menghinggap
di sebuah butik. Dia terus berlari masuk.
Makino rasa sesuatu yang tidak
kena. Dia menjeling jam di tangan. Tepat pukul 1.00 petang.
Berkali – kali Domyouji Tsukasa
mengeluh. Dia melihat jam di tangan sekali lagi. Kali ini jam tepat menunjukkan
pukul 1.15 petang. Naik bengang rasanya!
“Maafkan saya kerana lambat…”
Muncul suara itu dari jauh. Domyouji Tsukasa segera bangun. Malangnya, suara
itu bukan milik Makino Tsukushi. Pemilik suara itu terus berlalu pergi bersama
kekasihnya.
“Siap kau Makino!” Geram Domyouji
Tsukasa.
Satu demi satu kedai Makino
Tsukushi dan Yuki singgah. Hampir lima buah butik dan beberapa buah gerai
makanan. Naik letih Makino Tsukuhi.
Muncung mulut Makino Tsukushi
kerana bosan. Dia menjeling pada jam di tangannya sekali lagi. Ah, sudah
terlalu lambat! Mungkin dia sudah pulang.
Yuki membeli anak patung lelaki
yang memakai topeng Harimau. Kehairanan dia sejenak.
“Anak patung apa ni?” Tanya Yuki.
“Mungkin itulah Tiger Mask.”
Teringat Makino Tsukushi dengan kata – kata Okami.
“Ooo…” Yuki membuka topeng harimau untuk
melihat wajah anak patung tersebut. Jelas wajah comel anak patung tersebut.
“Comelkan?” Ketawa kecil Makino.
“Oh, barulah aku faham. Kenapa kak
Okami contohkan kekasihnya dengan patung Tiger Mask. Tengok patung ni, seorang
lelaki yang kesunyian di sebalik topeng harimau walaupun tiada siapa yang tahu dia
seorang yang gentle.” Jelas Yuki.
Tersentuh hati Makino Tsukushi.
Sejurus dia teringat pada Domyouji Tsukasa. Walaupun dia seorang yang kuat
adakalanya dia nampak baik. Dia memandang di luar kedai. Hujan turun membasahi
bumi.
Hatinya meronta – ronta untuk
berjumpa Domyouji Tsukasa. Mungkin kali ini Domyouji Tsukasa tidak main – main.
Jam tepat pukul 4.00 petang.
“Saya minta maaf, Yuki.” Dia segera
mengambil payung dan berlalu pergi. Yuki kehairanan.
Makino berlari sekuat hati. Hatinya
kuat mengatakan yang Domyouji Tsukasa bukan bergurau. Sejak kejadian kejar
mengejar, dia dapat melihat keikhlasan hati Domyouji.
‘Kenapa awak ajaksaya keluar? Tak
mungkin.. Tak mungkin kalau awak masih tunggu saya lagi. Saya betul – betul lewat.
Tak mungkin kalau awak masih tunggu saya.’ Bisik hati Makino.
Makino Tsukushi berhenti di hadapan
Clock Tower Square. Tercunggap – cunggap dia kepenatan. Dia cuba mencari
bayangan Domyouji Tsukasa jika masih ada.
“Tak mungkin…” Tersentuh hati
Makino Tsukushi melihat Domyouji yang basah kuyup menunggunya. Hampir
mengeletar tubuhnya.
“Tak mungkin. Kenapa?” Bisik
hatinya lagi.